Showing posts with label jambu. Show all posts

 

Keputusan Akhir Maharaja Lawak Mega 2013 | Sepahtu Juara

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2013



Tahniah Sepahtu kerana dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2013 sebentar tadi. Agak mendebarkan bila Bocey dipilih sebagai pemenang 'Man Of The Match' dengan ketiga-tiga ahli kumpulan mereka mendapat jumlah undian yang sama banyak. Nampaknya populariti Bocey setanding dengan pelawak otai.



Shiro terpaksa berpuas hati di tempat kedua diikuti Bocey mendapat tempat ketiga. Jambu yang pada awalnya mendapat undian terendah berjaya memperbaiki kedudukan di tempat keempat dan peserta solo tunggal yang penuh kontroversi, Nabil terpaksa berpuas hati di tempat kelima.



Juara membawa pulang RM 500,000 dan trofi Maharaja Lawak Mega 2013. Rahim akhirnya membuktikan kemasukannya dalam kumpulan Sepahtu bukan hanya menumpang populariti Jep dan Shuib.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Panas : Harga Tiket Final Maharaja Lawak Mega 2013 | Pentas Akhir

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

CEPAT SEBELUM HABIS

Kredit Gambar

Berita paling hangat untuk semua peminat rancangan Maharaja Lawak Mega 2013. Minggu depan 7 Februari 2014 merupakan pentas akhir MLM 2013. Keputusan semalam menyaksikan buat kali kedua 5 peserta akan beraksi di final tahun ini. Tiket-tiket akan dijual bermula pada harga RM 25, RM 35 dan RM 55. Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013 akan diadakan di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam.



Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2013

Tarikh: 7 Februari 2014
Tempat: Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam
Harga : RM55.00 (Arena), RM35.00 (Upper Tier 1) dan RM25.00 (Upper Tier 2)


 

Tiket boleh dibeli di ticketpro.com.my mulai 1 Februari 2014 atau di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada 7 Februari mulai jam 10 pagi. Siapakah bakal bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2013? Antara Sepahtu, Shiro, Nabil, Bocey dan Jambu!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 10 | JAMBU PULAK BOTTOM 3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

SHIRO POPULARKAN LAGU BINTANG MALAM INI




Persembahan Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 10 kembali menghiburkan. Minggu lalu suasana pentas terbuka memberi kesan terhadap kebanyakan kumpulan. Tema 'Radio' Sinar FM menjadi pilihan untuk episod minggu lepas. Antara persembahan yang boleh dikira mantap ialah kumpulan Sepahtu dan Shiro.



Datuk Yusof Haslam yang menjadi perintis mempopularkan lagu nostalgia 'Bintang Malam Ini' menjadi sumber inspirasi kumpulan Shiro. Memang terbaik lagu remix yang dipersembahkan. Punchline yang tak disangka dan fizikal komedi yang bersahaja.



Sepahtu yang menang kereta Perodua Alza baharu kembali bersemangat. Mereka mengambil pendekatan menceritakan sejarah penyerapan Rahim ke dalam Sepahtu. Seperti biasa, ahli yang baru akan selalu menjadi bahan lawak. Hehe.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 9 | SEPAHTU MENANG ALZA

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

1 UTAMA HAVOC



Tahniah kumpulan Sepahtu yang telah berjaya membawa pulang sebuah kereta perodua Alza baharu pada persembahan Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu ke-9. Sebelum itu kita dikejutkan dengan keputusan anugerah 'Man Of The Match' kepada Rahim Sepahtu. Walaupun sebelum ini sering diperli tentang fungsinya dalam kumpulan, tetapi malam itu  nampaknya pengundi majoriti memilih Rahim.



Buat pertama kalinya, team produksi Maharaja Lawak Mega 2013 membuat siaran di luar Auditorium MBSA. Lokasi bertuah minggu lepas di perkarangan 1 Utama, Damansara. Bertemakan 'Bebas', para peserta dilihat kurang menyengat pada malam itu.



Mungkin perbezaan suasana mempengaruhi persembahan mereka. Kumpulan SYJ yang sebelum ini begitu konsisten dengan lawak yang segar juga kurang menjadi. Punchline yang agak suram dan jalan cerita yang bosan. Nabil pula lebih kepada terkinja-kinja macam pengacara Lawak Ke Der.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 8 | SEPAHTU BANGKIT

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

GIMIK TIADA PENYINGKIRAN

MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU 8 ASTRO


Astro memang pandai buat gimik. Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 8 menyaksikan tiada penyingkiran. Bila kumpulan Shiro dan SYJ tiba-tiba dipanggil bersama-sama Wala sebagai bottom 3, ada penonton dan peminat yang mula risau. Tapi juri pantas menenangkan keadaan apabila mengumumkan yang minggu tersebut tiada penyingkiran.



Tema 'Rancangan TV' menjadi pilihan untuk minggu ke-8. Kesemua peserta sangat kreatif memilih bahan untuk parodi. Ada yang meniru rancangan Macam-Macam Aznil, Meletop, Fear Factor, AC Di Mana? dan Tom Tom Bak



Sepahtu yang beberapa kali dikritik hebat akibat persembahan yang mengecewakan, kembali bangkit minggu ini. Jep pula dipilih sebagai pemenang anugerah 'Man Of The Match'. Mampukah mereka mengekalkan prestasi hingga ke final?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 7 - BANYAKNYA 4 BINTANG

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

JIHAN PELAWAK WANITA TERBAIK?




Minggu tema 'Muzikal Komedi' memang ditunggu setiap kali pertandingan Maharaja Lawak Mega. Terbukti bila 7 kumpulan atau peserta mendapat 4 bintang! Hanya kumpulan Wala dan SayWho gagal memikat hati juri. Adakah juri-juri ni pemurah? Sebenarnya tidak. Bila ada elemen muzikal secara tak langsung persembahan akan jadi lebih menarik dan tak bosan.



Tapi itu bergantung juga kepada idea dan pengisian lawak yang dibawa. Kalau ada ahli kumpulan yang hanya menumpang dan setakat jadi feeder (tanya soalan) pun tak best jugak. Itu yang berlaku pada kumpulan Wala. SayWho pulak sejak bertukar ahli kumpulan agak kurang serasi kali ini. Akhirnya berakhirlah perjuangan wakil dari Indonesia. Tapi jangan gusar sebab kita masih dapat tonton Luna Maya. Hehe.



Persoalannya, kenapa Datuk AC Mizal yang dapat award Man Of The Match? Dia pengacara memang lah dia boleh keluar setiap kali peserta buat persembahan. Minggu depan bagi pada juri pulak ok. Jihan pada aku antara yang menyinar malam tu. Mungkin dia antara pelawak wanita yang menonjol sekarang. Tak mustahil anugerah pelakon komedi atau pelawak wanita akan menjadi milik Jihan dalam beberapa tahun lagi.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 6 - SEPAHTU BOTTOM 3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

BOBOI DIBENARKAN KELUAR



Kumpulan Sepahtu meneruskan persembahan mengecewakan mereka di pentas Maharaja Lawak Mega 2013 sehingga mereka dipanggil ke depan di waktu penyingkiran. Ramai peminat yang mengkritik cara mereka berlawak yang seolah-olah terlalu selesa dek populariti Jep yang baru dinobatkan sebagai Juara Super Spontan 2013.



Seperti kekurangan idea, mereka gemar membuat lawak yang diluar skrip seperti menyalahkan anggota baru Rahim sebagai tiada fungsi. Punchline pula tak sampai kerana lawak yang diulang-ulang dan nampak bosan. Bila berada di bottom 3 barulah mereka rasa yang pengundi tidak akan membuang duit mengundi lawak yang tidak berkualiti. 



Banyak lagi kumpulan yang bagus seperti Jambu, SYJ, Shiro dan Bocey yang cuba memberi persembahan terbaik setiap minggu. Apakah zaman Jep akan berakhir di Maharaja Lawak Mega 2013? Sebab tu orang cakap jangan terlalu bangga dengan kejayaan lalu. Kelak akan memakan diri.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 5 - SHIRO PALING MANTAP

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

BOBOI TAK SABAR NAK KELUAR


LAWAK KUMPULAN SHIRO BANGLA JUAL KARPET MINGGU 5 MLM 2013, KUMPULAN BOCEY MINGGU 5 MAHARAJA LAWAK MEGA 2013


Shiro mendapat pujian daripada juri kerana sering kali tampil dengan idea dan lawak yang segar di pentas Maharaja Lawak Mega 2013. Sepatutnya tema 'bebas'  menjadi makanan para peserta lain kerana tidak terikat dengan mana-mana topik. Malam semalam antara kumpulan yang mempamerkan lawak berkualiti ialah kumpulan Shiro, SYJ dan Bocey.



Boboi mula menunjukkan sikap kurang profesional mereka dengan mengetengahkan lawak secara perli sebab mereka tidak dibenarkan keluar dari Maharaja Lawak Mega 2013. Format pertandingan dah jelas bergantung pada undian peminat dan markah juri. Tolong lah respek duit orang.



Akhirnya Zero yang terkeluar pada minggu ini. Mungkin pengundi di Sabah mempertaruhkan dan percaya bakat kumpulan Wala untuk pergi lebih jauh kali ini. Sepahtu dan Nabil juga dilihat kekurangan idea bila terpaksa mengulang lawak yang sama beberapa kali. Jambu pulak masih dengan lawak mengarutnya tetapi mampu membuat penonton tergelak.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 4 - SEPAHTU JAMBU & NABIL HILANG PUNCA

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

BINTANG SEMAKIN PUDAR

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 4 TEMA SPOOF FILEM PARODI


Minggu Spoof atau Parodi nampaknya betul-betul menguji kemampuan peserta Maharaja Lawak Mega 2013. Kebanyakan pelawak feveret seperti Sepahtu, Nabil dan Jambu gagal menyerlah. Mungkin kerana kesuntukan masa dan ketandusan idea. Di penghujung rancangan, kumpulan Mamu terpaksa disingkirkan kerana kekurangan undian.



Kejutan berlaku apabila Afdlin dari kumpulan Boboi yang juga mendapat undian bottom three cuba menawarkan diri mereka untuk keluar dari Maharaja Lawak Mega 2013. Tetapi Datuk AC menenangkan keadaan untuk berlaku adil kepada pengundi mereka yang telah mengundi.



Bilangan 4 bintang semakin berkurang. Hanya Jambu diberi 4 bintang oleh juri pemurah Nora Danish. Mungkin standard lawak Nora agak rendah. Kita layankan saja sebab Astro dah buat kesilapan sejak dari awal lagi. Bagi aku kumpulan SYJ paling banyak kejutan dalam persembahan meraka dengan watak Thor dan Hantu Kak Limah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 3 - WALA & BOCEY TERBAIK, SEPAHTU SPONTAN

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

GILIRAN JURI KENA KRITIK

PENYINGKIRAN KUMPULAN OSAMA DAN KUCAI MINGGU 3 MLM 2013, AHLI KUMPULAN SYJ OSAMA YANG TERSINGKIR MAHARAJA LAWAK MINGGU KE-3, SEPAHTU JAMBU NABIL WALA SYJ BOCEY MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 3


Minggu ke-3 Maharaja Lawak Mega 2013 menyaksikan peningkatan mendadak beberapa kumpulan junior. Walaupun gagal mendapat markah penuh 4 bintang, tapi lawak mereka menerima sorakan gemuruh penyokong di MBSA dan di rumah. Selera penonton kini lebih terarah kepada lawak spontan dan idea yang lebih segar.



Wala dan Bocey wajar diberi pujian atas usaha beterusan mereka. Kumpulan senior seperti Sepahtu, Jambu, Shiro dan Nabil tidak boleh berasa terlalu selesa walaupun mereka lebih popular. Agak mengecewakan pelawak otai seperti Boboi dan Osama dilihat gagal menyerlah mengikut tema 'Cinta' pada minggu ini.



SYJ yang dibarisi Syuk, Yassin dan Jihan lebih kreatif. Tak perlu terlalu ikut skrip kerana lawak spontan mampu membuat penonton ketawa terbahak-bahak. Contohnya macam Sepahtu yang bijak menggunakan kesilapan teknikal dalam persembahan mereka. Ada baiknya jugak rancangan Karot Komedia dan Super Spontan kan. Secara tak langsung mereka sudah berlatih berlawak.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 2 - SEPAHTU JAMBU & NABIL TERBAIK

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

SEPAHTU, JAMBU & NABIL 4 BINTANG

PENYINGKIRAN KUMPULAN TULANG MINGGU 2 MLM 2013, AHLI KUMPULAN TUALNG YANG TERSINGKIR MAHARAJA LAWAK MINGGU KE-2, SEPAHTU JAMBU NABIL MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 2

Video Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 3 [Klik]

Kumpulan Tulang yang dibarisi Along Cham, Didie Alias dan Soya menjadi kumpulan kedua tersingkir dari pentas Maharaja Lawak Mega 2013. Agak ketara persembahan mereka dan Kucai pada malam itu kurang menyengat. Mungkin kombinasi baru dan lama yang tidak menjadi dan kurang punchline yang mampu memikat hati juri.



Minggu kedua bertemakan 'Cerita Rakyat' dan peserta bebas memilih cerita dongeng atau sejarah yang biasa mereka dengar sebelum ini. Kumpulan Sepahtu yang menggungguli carta undian masih lagi berbisa dengan Rahim R2 kembali bernyawa setelah mendapat dialog yang lebih banyak. Komen dari Datuk Yusof Haslam mengingatkan mereka supaya konsisten setiap minggu untuk menjadi juara MLM 2013.



Selain dari Sepahtu yang mendapat 4 bintang, persembahan dan lawak Jambu serta Nabil juga tidak mengecewakan. Jambu mengetengahkan kisah Raja Bersiung diselang seli dengan pergerakan tabik hormat yang akan lucu. Nabil pula dengan cerita Malin Kundang tepai dalam dialek Indonesia ala sinetron. Memang terbaik.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 1 - SEPAHTU & SHIRO TERBAIK | OSAMA BUAT KEJUTAN

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

TUJUH KUMPULAN DAPAT 4 BINTANG


jep sepahtu maharaja lawak mega 2013 minggu 1

Video Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 2 [Klik]

Maharaja Lawak Mega 2013 bermula begitu meriah dengan persembahan mantap dari beberapa kumpulan berpengalaman. Buat kali pertama barisan juri diperkenalkan iaitu Datuk Yusof Haslam (Malaysia), Luna Maya (Indonesia), Sheikh Haiqal (Singapura) dan Nora Danish.



Menariknya Maharaja Lawak Mega 2013 memperkenalkan sistem rating 1-4 bintang untuk menilai para peserta.  Majoriti mendapat minimum 3 bintang kerana masih terlalu awal bak kata juri. Hanya 7 kumpulan yang mendapat markah penuh 4 bintang. Mereka terdiri daripada Sepahtu, Shiro, SYJ, Osama, Jambu, SayWho dan Nabil peserta tunggal yang beraksi secara solo.



Paling mengejutkan gandingan pelawak veteran Os dan Isma Alif (Osama) yang begitu selamba mengetengah lawak berjiwa orang muda. Ini sudah pasti menarik peminat yang rata-rata dari golongan remaja dan belia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 10 | KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT AKHIR

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 FINAL MINGGU 10 @ JOHOR BAHRU

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 AKHIR FINAL,KEPUTUSAN PENUH PEMENANG MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 10 JOHOR BAHRU,VIDEO PERSEMBAHAN MAHARAJA LAWAK MEGA 2012,HADIAH MAHARAJA LAWAK MEGA 2012,TEMA MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 FINAL


Juara : JOZAN [RM 500,000]
Naib Juara : JAMBU [RM 250,000]
Ketiga : SHIRO [RM 150,000]
Keempat : BOBOI [RM 50,000]
Kelima : SAYWHO [RM 15,000]


Kejutan JOZAN malam tadi menjadi apabila mereka membolot wang tunai berjumlah RM 500,000 setelah dinobatkan sebagai JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2012. Di akhir rancangan, kesemua peserta telah memberikan yang terbaik untuk Final kali ini. Sewaktu AC Mizal mengumumkan pemenang tempat ke-3 keadaan semakin mendebarkan. Mana satu yang mempunyai lebih ramai peminat. JOZAN @ JAMBU?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

INFO TIKET MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 PERINGKAT AKHIR @ JB

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

FINAL MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 10 | JOHOR BAHRU

SENARAI FINALIS MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 FINAL AKHIR MINGGU 10 JB,BOBOI JOZAN,SAYWHO,SHIRO,JAMBU,CARA NAK BELI TIKET MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 FINAL AKHIR,jualan tiket peringkat akhir maharaja lawak mega 2012


Info terkini Tiket Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 10 | Akhir

Tarikh : 18 Januari 2013 (Jumaat)
Tempat : Dataran MBJB (Dataran Bandaraya) [peta]
Masa : 10.00 am - 12.00 pm
Jumlah Tiket : 1 bil = 2 tiket


Tiket Maharaja Lawak Mega 2012 Akhir akan hanya dibuka kepada pelanggan Astro yang melanggan pakej MUSTIKA sahaja. Sila bawa bil Astro terkini beserta salinan IC (pemilik asal akaun) sekiranya wakil ingin membuat tuntutan tiket.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 9 | JOZAN SHIRO JAMBU TOP 3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 | SEPARUH AKHIR @ IPOH

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU KE-9,KEDUDUKAN CARTA TERKINI UNDIAN MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 SEPARUH AKHIR,TEMA PERSEMBAHAN MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 PERIBAHASA SILENT KOMEDI,PENYINGKIRAN MAHARAJ ALWAK MEGA 2012


Updates : Video Maharaja Lawak Mega 2012 | Akhir [Klik]

Pentas Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 9 semakin mendebarkan. Hanya tinggal 5 peserta di peringkat separuh akhir. Siapa yang akan mara ke final yang akan diadakan di Jay Bee?? Tema minggu ini berkisarkan tentang "Peribahasa" dan "Silent Comedy". Zizan sekali lagi terpaksa beraksi secara solo kerana Johan masih lagi berehat. Dengar cerita isterinya dah bersalin ye. Apa pun tahniah harap Johan dapat kembali kalau Jozan layak ke final.


Untuk pusingan pertama "Peribahasa" persembahan peserta agak kurang memuaskan kecuali SAYWHO & SHIRO. Jozan terutamanya paling teruk. Zizan boleh terkinja-kinja atas pentas sambil buang masa. Tak tau lah kalau strategi die tak nak buat betul-betul masa first round. BOBOI & JAMBU kadang-kadang ada punchline yang tak sampai.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 8 | JOZAN MANTOP JAMBU BEST R2 TERSINGKIR

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 8

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 8 KE-8, ZIZAN TIRU USTAZ AZHAR IDRUS MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 STADIUM TERTUTUP GONG BADAK,KEDUDUKAN TERKINI PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 8,LAWAK ZIZANG TERENGGANU KITE,VIDEO FULL PENUH MAHARAJ ALAWAK MEGA 2012 MINGGU 8,TEMA MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 8 CERITA RAKYAT DAN RADIO

Updates : Video Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 9 [Klik]

Benarlah kata pepatah orang dulu-dulu "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu". Zizang terpaksa beraksi solo minggu ini kerana partner beliau Johan sedang berehat selepas selamat menjalani pembedahan lutut. Kalau korang perasaan dalam show Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7 kaki Johan macam orang tempang.


Walaupun terpaksa bersendirian namun nasib Zizang baik minggu ke-8 ni sebab team Maharaja Lawak Mega buat show di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu. Tempat asal kelahiran Zizang. Apa yang pasti orang teganu memang support JOZAN!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 7 - JOZAN SELAMBE JAMBU CONFIUS SABON OUT

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 - MINGGU 7

gambar jozan maharaja lawak mega 2012 minggu 7,tema maharaja lawak mega 2012 minggu ke-7,loghat dan kembali ke sekolah,carta undian terkini maharaja lawak mega 2012,tiket maharaja lawak mega 2012,VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 JOZAN JAMBU BOBOI R2 SHIRO SAYWHO,peserta kumpulan yang terkeluar tersingkir minggu 7


Updates : Video Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 [Klik]

JOZAN masih mendahului carta Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu ke-7. Tema pada minggu ini berkisarkan tentang "Loghat" dan "Kembali ke sekolah". Ini bermakna baki 7 kumpulan akan mempersembahkan 2 segmen komedi.


JAMBU memulakan persembahan pusingan pertama (Loghat) dengan silent comedy. Dengan hanya berdiri sambil pose ala-ala macho pun orang dah gelak. Pelik bebenor rupanya. Macam tak de idea pulak. Lepas tu baru start sajak dalam pelbagai bahasa dan ditranslate ke loghat Kedah, Terenganu, Kelantan dan Perak. Agak kureng pada aku. Tapi peminat JAMBU suka lawak merapu kan. Hehe.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 6 | SHIRO MELETOP JOZAN JAMBU TOP 2

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

VIDEO MELETOP MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 6

VIDEO PERSEMBAHAN MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 6 JOZAN JAMBU SHIRO R2 BOBOI SAYWHO,KEDUDUKAN CARTA PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU 6,TIKET MAHARAJA LAWAK MEGA 2012,PESERTA TERSINGKIR,TEMA MINGGU 6

Updates : Video Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 7 [Klik]

Maharaja Lawak Mega 2012 dah masuk minggu ke-6. Dengan bertemakan rancangan / program TV, 8 kumpulan akan bersaing untuk kekal di pentas Maharaja Lawak Mega 2012. Cabaran semakin sengit dan carta kedudukan menampakkan perubahan untuk tempat ke-3.


Walaupun JOZAN dan JAMBU dilihat bakal mengekalkan penguasaan di tempat 2 teratas, mereka perlu lebih konsisten dalam persembahan kerana kumpulan lain seperti SHIRO dan SAYWHO akan mencabar dengan idea yang lebih segar.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 - MINGGU 5 : JOZAN STEADY | JAMBU GEMPAK | SAYWHO LUAR BIASA?

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

PERSEMBAHAN TERBAIK MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 - MINGGU KE 5

KEDUDUKAN UNDIAN KUMPULAN PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 5,CARTA UNDIAN TERKINI,VIDEO PERSEMBAHAN MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 5 JOZAN JAMBU SHIRO R2 BOBOI,TEMA MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 5,maharaja lawak mega 2012 jambu minggu ke 5,MLM 2012 minggu 5


Updates : Video Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 6 [Klik]

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 5 kembali dengan tema digemari ramai - Muzikal Komedi. Setelah 3 kumpulan tersingkir minggu lalu (Balas,Pi Mai & Dadidu) kini tinggal 8 kumpulan bertarung untuk kekal di pentas Maharaja Lawak Mega 2012.


Keseluruhan persembahan agak baik kerana elemen muzik sangat membantu peserta untuk berlawak. Mereka boleh tukar lirik dan membuat aksi sambil bernyanyi. Jom kita lihat antara kumpulan yang paling menonjol di Minggu 5 Maharaja Lawak Mega 2012.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 4 | JOZAN BANGKIT R2 MELETOP JAMBU BOSAN

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 4

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 4, KEDUDUKAN TERKINI MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 4, VIDEO FULL MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU 4 JOZAN JAMBU BOBOI SHIRO R2 PENYINGKIRAN MINGGU 4,TEMA MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 4 MENGAYAT BODEK MENGAMPU

Update : Video Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 5 [Klik]

Minggu 4 menyaksikan ada antara peserta yang bakal tersingkir. Tema pada minggu ini mengenai 'Mengayat' (ayat manis) lebih kurang macam mengorat atau membodek. Persembahan keseluruhan masih kurang memuaskan. Hanya beberapa peserta yang melepasi tahap lawak.


Berlakon lawak dan berlawak berbeza. Paling mengejutkan persembahan R2 yang selalu berada di bottom 3 mendapat pujian ramai atas usaha mereka. Tabik!!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/