Home » , , , , , , , , , , , » MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 10 | KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT AKHIR

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 10 | KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT AKHIR

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 FINAL MINGGU 10 @ JOHOR BAHRU

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 AKHIR FINAL,KEPUTUSAN PENUH PEMENANG MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 10 JOHOR BAHRU,VIDEO PERSEMBAHAN MAHARAJA LAWAK MEGA 2012,HADIAH MAHARAJA LAWAK MEGA 2012,TEMA MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 FINAL


Juara : JOZAN [RM 500,000]
Naib Juara : JAMBU [RM 250,000]
Ketiga : SHIRO [RM 150,000]
Keempat : BOBOI [RM 50,000]
Kelima : SAYWHO [RM 15,000]


Kejutan JOZAN malam tadi menjadi apabila mereka membolot wang tunai berjumlah RM 500,000 setelah dinobatkan sebagai JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2012. Di akhir rancangan, kesemua peserta telah memberikan yang terbaik untuk Final kali ini. Sewaktu AC Mizal mengumumkan pemenang tempat ke-3 keadaan semakin mendebarkan. Mana satu yang mempunyai lebih ramai peminat. JOZAN @ JAMBU?


Kehadiran Johan membantu Zizan membuat persembahan di final Maharaja Lawak Mega 2012. 2 minggu peminat JOZAN terasa kehilangan Johan. Memang tidak menghampakan. Penonton pada awalnya seakan-akan pasrah apabila melihat Zizan keseorangan dalam video dan di awal pembukaan.


Tema pada minggu akhir ini bertajuk "Free Style" dan "Muzikal Komedi". Zizan membawa watak Ustaz Azhar Idrus dengan rancangan yang diberi nama "Nampok same, tapi bukang die". Tiba-tiba blackout pentas dan AC Mizal mengumumkan penyertaan Johan dalam persembahan malam tadi. Tepukan gemuruh diberikan peminat apabila Johan keluar dengan watak Awie (Justin Bieber Malaysia). Ikuti sedutan video lawak JOZAN.



Video Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 10 | Final - JOZAN








Persembahan ke-2 JOZAN "Muzikal Komedi" agak kurang nyanyian, tapi still menghiburkan. Johan yang belum sihat terpaksa beraksi duduk sebagai DJ radio ERA. Idea menarik dan spontan. Tahniah JOZAN kerana lawak korang setakat ni tiada tandingan.



Video Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 10 | Final - JAMBU








JAMBU untuk pusingan pertama agak bosan dan memang nampak kelakar tapi lawak yang agak spastik. Terjerit-jerit waktu bagi ucapan. Untuk 2nd round baru nampak ada peningkatan dengan punch line berkualiti. Peminat JAMBU pun boleh tahan ramai.



Video Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 10 | Final - SHIRO








Mungkin tak ramai orang yang sangka SHIRO akan layak ke final di awal pertandingan. Pada pendapat aku persembahan mereka antara yang paling konsisten dan semakin meningkat. Bakat semula jadi dorang memang tak dapat disangkal. Ketiadaan kumpulan SEPAH memberi ruang kepada SHIRO menguasai ranking top 3. Maklumlah suara Shahrul pun dah dekat sama dengan Jep. Persembahan malam tadi memang terbaik. Mereka kalah hanya kerana peminat yang masih kurang berbanding JOZAN & JAMBU.



Video Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 10 | Final - BOBOI








Status Naib Juara Maharaja Lawak Mega 2011 nampaknya tidak banyak membantu kumpulan ini meraih undi. Perlu diingatkan sewaktu itu, JOZAN, JAMBU dan ramai pelawak muda tidak menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega kerana ada komitmen Maharaja Lawak. Taktik kemasukan Nabil juga pada awalnya menggangu rentak persembahan BOBOI yang asli


Pun begitu, persembahan malam tadi boleh dikatakan yang terbaik sepanjang BOBOI berada di Maharaja Lawak Mega 2012. Idea untuk membawak watak puteri dan maharaja CHINA memang agak berani dan mereka berjaya memukau penonton dan juri. Afdlin memang dikenali dengan lawak genius dan setiap persembahan ada mesej yang jelas.



Video Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 10 | Final - SAYWHO








Persembahan paling mengecewakan pada malam akhir. SAYWHO akur dengan keputusan di tempat kelima dibelakang BOBOI walaupun di awal persembahan mereka masih di tempat keempat. Mereka kurang punchline dan gagal meraih undi yang banyak.



Video Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 10 | Final - KEPUTUSAN AKHIR





Semua puas hati dengan keputusan UNDIAN 100% oleh peminat. Kalau kumpulan anda tidak menang mungkin kerana anda tidak mengundi mereka. TAHNIAH JOZAN korang memang spontan. Pengalaman memang tidak boleh dijual beli. Good luck buat kumpulan SHIRO. Anda telah mencipta nama di pentas Maharaja Lawak Mega 2012.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 10 | KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT AKHIR "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets