Semua Pemohon PPA1M Putrajaya Akan Layak Dapat 1 Unit
Penulis: Que | Kategori: gomen , isu semasa , kerajaan , penjawat awam , ppa1m , rumah
TUNGGU GILIRAN ANDA
Anda salah seorang pemohon projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)? Dah semak keputusan tapi masih belum berjaya? Jangan risau kerana dikhabarkan sebanyak 10,639 unit PPA1M Putrajaya akan menanti 10,500 pemohon yang menepati kelayakan pendapat isi rumah di bawah RM 8000 sebulan.
Keputusan dan lokasi unit PPA1M akan diketahui oleh pemohon secara
berperingkat melalui beberapa siri cabutan yang telah dirancang oleh
kerajaan. Siri pertama telah berakhir pada bulan Ogos 2013. Siri kedua sudah dilaksanakan pada akhir Disember 2013. Siri ketiga dijangka pada bulan April 2014.
Isu kekurangan kuarters di Putrajaya menjadi topik hangat ketika ini. Maklumlah kuarters ni selesa dan murah. Penyenggaraan pulak ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Siapa yang nak keluar kan. Rumah sendiri disewakan pada orang lain dengan harga lebih tinggi dari bayaran bulanan menduduki kuarters.
Mujurlah kerajaan prihatin dengan membangunkan PPA1M yang berharga RM 150,000 hingga RM 300,000. Keluasan setiap unit ada yang 1000 kps, 1200 kps dan 1500 kps. Buat mereka yang gagal harap bersabar ye. Bayaran pendahuluan sebanyak RM 2000 dan pinjaman perumahan hanya akan dibuat selepas rumah mula diduduki. Untung kan?
Bagi mereka yang nak buat semakan keputusan PPA1M siri 3 buat layari laman ini. Ok semoga berjaya!
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..