Showing posts with label ppa1m. Show all posts

 

Tarikh Tutup Permohanan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) Bukit Jalil 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

LOKASI STRATEGIK




Selepas sambutan menggalakkan projek PPA1M Fasa 1 di Putrajaya, kerajaan bakal membina satu lagi projek perumahan untuk penjawat awam di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Berkonsepkan pangsapuri dengan 1536 unit ianya dijangka siap pada Jun 2019. Jadi kepada pegawai dan kakitangan kerajaan anda semua jangan lepaskan peluang untuk memiliki aset di Kuala Lumpur.



Harga setiap unit bermula RM 150,000 hingga RM 300,000 dengan keluasan 1000 kps hingga 1434 kps. Syarat permohonan pemohon mestilah mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM 10,000. Permohonan dibuka bermula pada 22 Januari 2015 sehingga 28 Februari 2015. Bagaimana kalau anda bukan pegawai kerajaan? Sila layari entri projek PR1MA di 7 lokasi sekarang sebelum terlambat.


Antara kemudahan yang disediakan:

Taska / Tadika, Dewan Serbaguna, Surau
Klinik 1Malaysia
Kedai Rakyat 1Malaysia
Kemudahan Letak kereta : 1 Petak / 1 Unit Kenderaan


Layari laman web Kementerian Wilayah Persekutuan untuk pendaftaran segera.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Semua Pemohon PPA1M Putrajaya Akan Layak Dapat 1 Unit

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

TUNGGU GILIRAN ANDA



Anda salah seorang pemohon projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)? Dah semak keputusan tapi masih belum berjaya? Jangan risau kerana dikhabarkan sebanyak 10,639 unit PPA1M Putrajaya akan menanti 10,500 pemohon yang menepati kelayakan pendapat isi rumah di bawah RM 8000 sebulan.



Keputusan dan lokasi unit PPA1M akan diketahui oleh pemohon secara berperingkat melalui beberapa siri cabutan yang telah dirancang oleh kerajaan. Siri pertama telah berakhir pada bulan Ogos 2013. Siri kedua sudah dilaksanakan pada akhir Disember 2013. Siri ketiga dijangka pada bulan April 2014.



Isu kekurangan kuarters di Putrajaya menjadi topik hangat ketika ini. Maklumlah kuarters ni selesa dan murah. Penyenggaraan pulak ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Siapa yang nak keluar kan. Rumah sendiri disewakan pada orang lain dengan harga lebih tinggi dari bayaran bulanan menduduki kuarters.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

KEPUTUSAN PERMOHONAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1 MALAYSIA (PPA1M)

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

SEMAK STATUS KEPUTUSAN PPA1M 2014


SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1 MALAYSIA 2013, BILA KEPUTUSAN PPA1M, CARA SEMAK KEPUTUSAN PPA1M, STATUS PERMOHONAN PPA1M, perumahan penjawat awam 1 malaysia,


Updates : Keputusan PPA1M Fasa 1 (Siri 4) akan keluar selepas 26 Jun 2014


Keputusan Permohonan PPA1M akan keluar pada 24 Jun 2013. Kepada semua penjawat awam yang telah memohon boleh membuat semakan di laman web Perbadanan Putrajaya (klik) atau hubungi talian 03-8887 8046/8212. Fasa pertama membabitkan pembinaan sejumlah 1,256 unit di Presint 17 dan 256 unit di Presint 11. Ia dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.



Difahamkan lebih 5000 permohonan yang telah diterima untuk 1512 unit rumah. Permohonan yang tinggi disebabkan mereka hanya perlu membayar minimum RM2,000 sebagai deposit dan mula membuat bayaran apabila mula mendiaminya.
 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/