Tarikh Tutup Permohanan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) Bukit Jalil 2015
Penulis: Que | Kategori: gomen , kerajaan , kuala lumpur , lokasi , murah , penjawat awam , ppa1m , projek , rumah
LOKASI STRATEGIK
Selepas sambutan menggalakkan projek PPA1M Fasa 1 di Putrajaya, kerajaan bakal membina satu lagi projek perumahan untuk penjawat awam di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Berkonsepkan pangsapuri dengan 1536 unit ianya dijangka siap pada Jun 2019. Jadi kepada pegawai dan kakitangan kerajaan anda semua jangan lepaskan peluang untuk memiliki aset di Kuala Lumpur.
Harga setiap unit bermula RM 150,000 hingga RM 300,000 dengan keluasan 1000 kps hingga 1434 kps. Syarat permohonan pemohon mestilah mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM 10,000. Permohonan dibuka bermula pada 22 Januari 2015 sehingga 28 Februari 2015. Bagaimana kalau anda bukan pegawai kerajaan? Sila layari entri projek PR1MA di 7 lokasi sekarang sebelum terlambat.
Antara kemudahan yang disediakan:
Taska / Tadika, Dewan Serbaguna, Surau
Klinik 1Malaysia
Kedai Rakyat 1Malaysia
Kemudahan Letak kereta : 1 Petak / 1 Unit Kenderaan
Layari laman web Kementerian Wilayah Persekutuan untuk pendaftaran segera.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..