Showing posts with label tabung haji. Show all posts

 

Pengumuman dan Pengeluaran Bonus Dividen Tabung Haji 2023 / 2024

Penulis: Que | Kategori: , , ,

BERAPA BONUS KEWANGAN TAHUN 2023?




Contoh Pengiraan Bonus Dividen Tabung Haji [Klik]

Pengumuman Dividen Tabung Haji paling lambat dalam sejarah akhirnya terjawab dengan berita pagi tadi. Biasanya dividen akan diumumkan dalam bulan Februari. Tapi tahun ni sampai hujung April kot.


Terkini - Dividen : 3.1% Bonus Haji : 0%


Pelabur boleh menyemak Agihan Keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula pukul 12 tengah hari, Selasa, 2 April 2024 menerusi platform THIJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat.

Selamat menyimpan dan terus melabur ya....




Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tarikh Pengumuman dan Pengeluaran Bonus Dividen Tabung Haji 2016

Penulis: Que | Kategori: , , ,

BERAPA BONUS KEWANGAN TAHUN 2015?


Contoh Pengiraan Bonus Dividen Tabung Haji 2015 [Klik]

Selepas ASB mengumumkan pengagihan pendapatan tahun 2015, ramai pelabur ternanti-nanti bila masanya pihak Lembaga Tabung Haji hendak mengumumkan kadar dividen dan bonus bagi tahun berakhir 31 Disember 2015. Tarikh jangkaan pengumuman dibuat mungkin pada minggu terakhir bulan Januari 2016 atau selepas Cuti Thaipusam. Update : Awal Februari 2016



Pada tahun lepas, pendeposit Tabung Haji menerima kadar dividen 6.25% dan bonus Haji 2%. Apa yang menariknya, bila menyimpan di Tabung Haji duit zakat simpanan 2.5% ditolak siap-siap. Para pendeposit boleh menyemak dividen dan bonus Tabung Haji bermula pada 10 Februari 2016


Terkini - Dividen : 5% Bonus Haji : 3%



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pengiraan Bonus Dividen Tabung Haji 2015 6.25% + 2%

Penulis: Que | Kategori: , , ,

BOLEH SEMAK MULAI 26 JAN 2015



Tabung Haji (TH) memberi minimum dividen 6.25% kepada semua pendepositnya manakala mereka yang belum mengerjakan haji bakal menikmati tambahan bonus 2%.


Pendeposit Tabung Haji = Dividen 6.25%

(Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2014)/12 bulan) x 6.25%

Pendeposit yang belum mengerjakan haji = Bonus Tambahan 2%


1. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan kurang dari bayaran Haji (RM9,980) 

-> (Baki purata minima bulanan (Jan-Dis 2014)/12 bulan) x 2.0%



2. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan melebihi bayaran haji (RM,9980)
-> RM9,980 x 2.0% = Maksimum bonus RM 199.60


Pendeposit boleh menyemak bonus masing-masing menerusi kaunter TH dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic mulai Isnin (26 Januari 2015) ini. Kelebihan menyimpan di TH mereka akan tolak siap-siap zakat simpanan anda.



Bonus Haji adalah bonus khas yang diberi kepada akaun para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980). Jom buka akaun tabung haji serendah RM2 di mana-mana cawangan TH seluruh negara. Info lanjut di sini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tarikh Pengumuman dan Pengeluaran Bonus Dividen Tabung Haji 2015

Penulis: Que | Kategori: , , ,

BERAPA BONUS KEWANGAN TAHUN 2014?


Contoh Pengiraan Bonus Dividen Tabung Haji 2015 [Klik]

Selepas ASB mengumumkan pengagihan pendapatan tahun 2014, ramai pelabur ternanti-nanti bila masanya pihak Lembaga Tabung Haji hendak mengumumkan kadar dividen dan bonus bagi tahun berakhir 31 Disember 2014. Tarikh jangkaan pengumuman dibuat mungkin pada penghujung bulan Januari 2015 berdasarkan rekod-rekod sebelum ini.



Pada tahun lepas, pendeposit Tabung Haji menerima kadar dividen 6% dan bonus Haji 2%. Apa yang menariknya, bila menyimpan di Tabung Haji duit zakat simpanan 2.5% ditolak siap-siap. Para pendeposit boleh menyemak dividen dan bonus Tabung Haji bermula pada 26 Januari 2015





Terkini Pengagihan Tahun 2014 : Dividen 6.25 % Bonus Haji 2 %

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Bonus Dividen Tabung Haji 2014 8% (Bonus Tahunan + Bonus Haji)

Penulis: Que | Kategori: , , ,

BOLEH SEMAK MULAI 3 FEBRUARI 2014

DIVIDEN TABUNG HAJI 2014, BONUS 8% TABUNG HAJI 2014

Dividen Bonus Tabung Haji 2015 [Klik]

Tabung Haji (TH) memberi minimum bonus 6% kepada semua pendepositnya manakala mereka yang belum mengerjakan haji bakal menikmati tambahan bonus 2% menjadikan keseluruhan 8%.


Pendeposit yang telah mengerjakan haji = Bonus 6%

Pendeposit yang belum mengerjakan haji = Bonus 6% + 2%


Pendeposit boleh menyemak bonus masing-masing menerusi kaunter TH dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic mulai Isnin (3 Feb 2014) ini. Kelebihan menyimpan di TH mereka akan tolak siap-siap zakat simpanan anda.



Ramai yang mempertikaikan pemberian bonus tambahan hanya kepada pendeposit yang belum mengerjakan haji walhal wang yang dilaburkan mungkin menggunakan simpanan mereka juga. Hmm. Mungkin TH kena terangkan isu ini kepada pendeposit mereka. Jom buka akaun tabung haji serendah RM2 di mana-mana cawangan TH seluruh negara. Info lanjut di sini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/