Home » , , , , , , , , , » Siaran Langsung Perlawanan Piala FA Inggeris Musim 2013/2014 | 3rd Round @ Astro

Siaran Langsung Perlawanan Piala FA Inggeris Musim 2013/2014 | 3rd Round @ Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

ARSENAL ATAU TOTTENHAM



Minggu ini akan bermula kempen Piala FA Inggeris Musim 2013/2014 dengan perlawanan tumpuan pusingan ketiga antara musuh tradisi Arsenal dan Tottenham. Dalam EPL, Arsenal kini menduduki tempat teratas liga manakala Tottenham di tempat ke-6. Pengurus sementara Tottenham, Tim Sherwood yang menggantikan Andre Villa Boas telah berjaya memberi nafas baru dan suntikan semangat kepada para pemain.



Tindakannya memanggil semula Adebayor ke dalam pasukan membawa kemenangan di Old Trafford menggunapakai formasi 4-4-2 yang tidak digemari Villa Boas. Arsenal yang dibelenggu masalah kecederaan memerlukan jaringan minit-minit akhir sebelum menewaskan Cardiff City pada Tahun Baru 2014.



Agak malang bagi kedua pasukan ini kerana hanya salah satu yang akan meneruskan cabaran dalam Piala FA Inggeris tahun ini. Arsenal walaupun mendahului liga, kekuatan skuad Arsene Wenger itu dipertikai dikala Manchester City dan Chelsea mampu menurunkan dua pasukan yang mempunyai kualiti yang sama.



Liverpool, Manchester United, Chelsea dan Manchester City masing-masing mendapat undian agak mudah menentang pasukan bukan pilihan untuk kejuaraan ini. Berikut adalah jadual siaran langsung English FA Cup 2014 di Astro.


3rd Round Piala FA Inggeris 2013/2014


4 Januari 2014 (Sabtu)

Blackburn vs Manchester City
8.45 pm waktu Malaysia @ Astro Supersport 4 (816) HD (834)


5 Januari 2014 (Ahad)

Arsenal vs Tottenham
1.15 am waktu Malaysia @ Astro Supersport 4 (816) HD (834)


Nottingham Forest vs West Ham
7.55 pm waktu Malaysia @ Astro Supersport 4 (816) HD (834)


Derby vs Chelsea
10.15 pm waktu Malaysia @ Astro Supersport 4 (816) HD (834)


6 Januari 2014 (Isnin)

Manchester United vs Swansea
00.30 am waktu Malaysia @ Astro Supersport 4 (816) HD (834)



 Anda juga boleh saksikan secara live streaming di pautan ini

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Siaran Langsung Perlawanan Piala FA Inggeris Musim 2013/2014 | 3rd Round @ Astro "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets