Showing posts with label rekod. Show all posts

 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Thailand AFF Suzuki 26 November 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

PERSAINGAN KUMPULAN B


Keputusan akhir : Malaysia 2-3 Thailand (Ditunda ke 7.30 pm)

Kredit harus diberikan kepada pasukan Harimau Malaya yang berhempas pulas memastikan kita mengutip 1 mata dalam perlawanan pertama menentang Myanmar. Memang diakui bermain dengan 10 orang selama lebih kurang 60 minit agak mencabar ditambah pula keadaan padang yang lecak menyukarkan pergerakan pemain.



Mungkin Dollah menyalahkan pemain Myanmar melakukan provokasi sehingga Gary Stevan Robbat dilayangkan kad kuning kedua. Tapi bagi aku, kekasaran pertama yang dilakukan Gary berhampiran kawasan penalti Myanmar itu merupakan terjahan keras dan tidak perlu dilakukan. Akhirnya beliau terpaksa digantung 1 perlawanan dan tidak dapat beraksi dalam perlawanan lebih penting menentang Thailand petang ini.



Thailand sebelum ini berjaya menewaskan Singapura 2-1 dan Malaysia tiada pilihan lain kecuali menang untuk menghidupkan kembali peluang ke separuh akhir. Melihat kepada keputusan dalam kumpulan A, Filipina yang sudah layak ke separuh akhir dijangka menjuarai kumpulan setelah mengutip 6 mata ke atas Laos dan Indonesia. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki 23 November 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

PERSAINGAN KUMPULAN B


Keputusan akhir : Malaysia 0-0 Myanmar (Ditunda ke 6.00 pm)

Setelah persiapan dilakukan, tibalah masanya perlawanan pembukaan Harimau Malaya dalam Piala AFF Suzuki 2014 menentang Myanmar saingan kumpulan B petang ini. Tugas berat di bahu Dollah Salleh untuk menggalas misi FAM untuk memastikan Malaysia layak ke final bulan depan.



Diundi bersama juara bertahan dan tuan rumah, Singapura dan jaguh ASEAN Thailand bukanlah sesuatu yang kita harapkan. Namun untuk bergelar juara mereka harus menentang pasukan yang kuat. Semuanya bergantung kepada keputusan petang ini. Jika mampu menewaskan Myanmar, diikuti dengan keputusan memberangsangkan ketika berdepan dengan Singapura dan Thailand, kita mampu mara ke separuh akhir.



Rekod pertemuan dengan Myanmar di Piala AFF Suzuki memihak kepada Malaysia. Dalam edisi 2004, Malaysia menang 2-1 untuk merangkul tempat ke-3. Pada tahun 2007 kita seri 0-0 di peringkat kumpulan. Dari segi ranking terkini FIFA, Myanmar berada di tangga ke-137, diikuti Malaysia (156), Singapura (161) dan Thailand (165).

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Messi pintas Ronaldo untuk menyamai rekod penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Eropah

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

71 GOL DALAM 90 PENAMPILAN



Dua gol Messi ketika menentang Ajax awal pagi tadi mencatatkan nama beliau selaku penjaring terbanyak kejohanan Liga Juara-Juara Eropah bersama pemegang rekod Raul Gonzalez, penyerang lagenda Spain dan Real Madrid. Ronaldo yang berada di belakang Raul dengan 70 gol pada hari sebelumnya gagal berbuat demikian ketika menentang kelab 'hebat'  Liverpool dari England.



Berikut adalah carta kedudukan senarai penjaring terbanyak kejohanan setakat 6/11/14:

1 - Raul (Real Madrid & Schalke), Messi (Barcelona) : 71 gol

2 - Ronaldo (Manchester United & Real Madrid) : 70 gol

3 - Ruud Van Nistelrooy (PSV, Manchester United & Real Madrid) : 56

4 - Thierry Henry ( Monaco, Arsenal & Barcelona)



Messi merupakan satu-satunya pemain yang menjaringkan kesemuanya golnya setakat ini bersama satu kelab sahaja. Sepanjang 10 tahun kariernya di pentas Eropah, Messi telah berjaya menjaringkan 3 hatrik, 1 kali 4 gol dan 1 kali 5 gol dalam 1 perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Pahang vs JDT Final Piala Malaysia 1 November 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

SIARAN LANGSUNG JDT VS PAHANG | ASTRO ARENA

FINAL BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA JDT VS PAHANG VS JDT 1 NOV 2014 MALAM INI SABTU, JADUAL BOLA SEPAK PAHANG VS JDT PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2014

Keputusan akhir : Johor Darul Takzim 2-2 Pahang 
Pahang menang penalti 5-3

Juara bertahan Piala Malaysia Pahang akan turun mempertahan gelaran mereka dari dirampas pasukan elit JDT yang pastinya mahu melakar sejarah tersendiri selepas menjuarai trofi pertama Liga Super Musim 2014. Kedua-dua pasukan terpaksa bangkit dalam pusingan kedua separuh akhir untuk mara ke perlawanan akhir malam ini.  



JDT ketinggalan 3-4 kepada Felda United dalam perlawanan pertama di Selayang sebelum menang 3-1 di Johor Bharu dan layak secara agregat 6-5. Pahang juga menerima aib dengan kekalahan 0-3 kepada Kedah di Stadium Darul Aman sebelum melakar kemenangan besar 5-0 di Stadium Darul Makmur.



Perlawanan malam ini dilihat sebagai misi membalas dendam JDT kepada Pahang yang mengecewakan mereka di separuh akhir Piala FA Mei lalu. Pahang seterusnya mara ke final dan menjulang Piala FA dengan keputusan 2-1 ke atas Felda United.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Siaran Langsung Manchester United vs Manchester City 2 November 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

PELLEGRINI VS LOUIS VAN GAAL

jadual mu vs manchester city 02/11/2014

Keputusan akhir : Man City 1-0 Man Utd

Hanya 4 mata memisahkan kedua musuh tradisi ini. Manchester City dengan reputasi selaku juara bertahan manakala jiran mereka United dengan semangat dan pengurus baru. Melihat kepada prestasi semasa 3 perlawanan terakhir, City mengharungi waktu sukar dengan 2 kekalahan dan satu seri manakala Manchester United berjaya mengekal rekod tanpa kalah dan terbaru gol Van Persie ketika seri dengan Chelsea berjaya memulihkan kepercayaan peminat.



Louis Van Gaal akan merasai pertembungan Manchester derby pertama beliau selepas menggantikan David Moyes. Kapten United, Rooney pula akan kembali beraksi selepas menjalani penggantungan 3 perlawanan menentang Everton, West Brom dan Chelsea. Sementara City bakal kehilangan pemain utama David Silva yang cedera sewaktu kekalahan mereka di laman sendiri kepada Newcaslte tempoh hari.



Dalam 6 pertemuan Manchester Derby, United hanya menang sekali sahaja ketika gol sepakan percuma Van Persie masuk menerjah gawang yang akhirnya membawa kepada kejuaraan EPL terakhir Sir Alex Ferguson sebelum berpencen.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Real Madrid vs Barcelona El Clasico 25 Oktober 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

PENGGANTUNGAN SUAREZ TAMAT

bila perlawanan barcelona vs real madrid 2014 2015

Keputusan akhir : Real Madrid 3-1 Barcelona

Pertembungan dua musuh tradisi akan mendapat liputan meluas minggu ini. Semuanya gara-gara penampilan pertama Luis Suarez untuk Barcelona dalam perlawanan liga dan masa yang tepat untuk beliau diperkenalkan kepada seluruh dunia ketika Barcelona bertandang ke Santiago Bernabeu.



Walaupun tanpa khidmat Suarez, Barcelona selesa mendahului carta La Liga dengan 3 mata hasil dari gandingan mantap Messi dan Neymar. Kedua mereka telah manjaringkan 7 dan 8 gol. Real Madrid pula ketinggalan 4 mata tetapi prestasi Ronaldo dalam liga domestik sangat menakjubkan dengan 15 gol dari 7 perlawanan.



Perlawanan EL Clasico ini bakal menjadi perlawanan pertama untuk pemain baru seperti James Rodrigues, Toni Kroos, Luis Suarez dan Thomas Vermaeleen. Lionel messi mampu menyamai rekod penjaring terbanyak La Liga yang di pegang oleh pemain lagenda Telmo Zarra (251 gol) jika berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan itu nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Lee Chong Wei vs Lin Dan | Separuh Akhir Sukan Asia 28 September 2014 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

SEMI FINAL BADMINTON SUKAN ASIA 2014

JADUAL SEPARUH AKHIR BADMINTON SUKAN ASIA 2014, JADUAL LEE CHONG WEI VS LIN DAN 28 SEPT 2014 ASTRO

Keputusan akhir : Lee Chong Wei  vs Lin Dan  
Set 1 : 20 - 22
Set 2 : 21 - 12
Set 3 : 9 - 21

Seperti diramal, ranjau Datuk Lee Chong Wei dalam misi menamatkan badi kejuaraan utama masih samar. Undian awal bagi kategori perseorangan lelaki meletakkan Lee Chong Wei bersama Lin Dan di laluan yang sama. Ternyata di pusingan separuh akhir musuh tradisi itu sekali lagi bakal membuat perhitungan siapa yang lebih layak mara ke final Sukan Asia 2014.



Semalam Lee Chong Wei dipaksa bermain dalam 3 set menentang jaguh badminton Vietnam, Nguyen Tien Minh di peringkat suku akhir. Corak permainan agresif yang ditunjukkan pemain Vietnam itu menjerat Chong Wei dalam set pertama dan berjaya menamatkan perlawanan dengan 23-21. Lee Chong Wei kemudian bangkit dan berjaya menang 2 set berikutnya 21-16,21-17.



Lin Dan pula mudah menewaskan wakil Jepun, Kenichi Tago dengan straight set 21-14,21-18. Jika dilihat dari ranking dunia, Lin Dan hanya berada di tangga ke-15. Bukan bermakna beliau selalu kalah tetapi Lin Dan hanya memilih kejohanan penting dan gelaran pemain nombor satu dunia sudah biasa untuk beliau. Rekod kemenangan 22 berbalas 9 menceritakan segalanya.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Final Lee Chong Wei Vs Chen Long | Kejohanan Badminton Dunia 31 Ogos 2014 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

SELANGKAH LAGI


Keputusan akhir : Lee Chong Wei  kk Chen Long 19-21, 19-21

Tinggal selangkah buat Datuk Lee Chong Wei melakar sejarah Malaysia memenangi pingat emas di Kejohanan Badminton Dunia 2014. Ketiadaan jaguh dunia Lin Dan memberi harapan besar kepada Chong Wei kali ini setelah beberapa kali terkandas di final. Malam ini Chen Long akan manjadi halangan terakhir impian Datuk.



Semalam Lee Chong Wei menang mudah ke atas pemain tuan rumah, Viktor Axelsen dengan straight set 21-9, 21-7. Chen Long juga menepati ramalan menewaskan Tommy Sugiarto dari Indonesia. Perlawanan sengit malam ini bakal menyaksikan juara dunia yang baru. Tahun 2011 & 2013 milik Lin Dan yang memegang rekod juara terbanyak 5 kali.



Dari 17 perlawanan, Lee Chong Wei menang 9 kali manakala Chen Long menang 8 kali. Dalam pertemuan tahun ini Datuk Lee Chong Wei menang kedua-dua perlawanan termasuk di Kejohanan All England 2014 bulan Mac lalu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Semi Final Badminton Dunia 2014 | Lee Chong Wei vs Viktor Axelsen

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

HARAPAN PINGAT EMAS SULUNG NEGARA



Hanya tinggal Datuk Lee Chong Wei sebagai wakil tunggal pemain Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia 2014. Semalam beregu negara tewas kepada pasangan Korea Selatan dengan straight set 18-21, 13-21. Hari ini dalam pusingan separuh akhir, Lee Chong Wei akan menentang pemain tuan rumah Denmark Viktor Axelsen yang juga pilihan ke-14 kejohanan.



Sebelum ini Datuk Lee Chong Wei menang mudah ke atas pemain muda China, Wang Zhengming 21-8 , 21-11. Menanti pemenang di final nanti adalah pilihan ke-2 Chen Long atau Tommy Sugiarto dari Indonesia. Rekod pertemuan kedua pemain Lee Chong Wei vs Viktor Axelsen nyata memihak kepada pemain nombor satu dunia itu.



Dari 5 perlawanan, Lee Chong Wei menang semua dalam straight set dan kali terakhir mereka bertemu di Kejohanan Super Series Terbuka Denmark Oktober 2013. Seperti yang diketahui umum, edisi Badminton Dunia kali ini tiada penglibatan jaguh China Lin Dan. Jadi tumpuan peminat Malaysia terarah kepada Datuk Lee Chong Wei untuk membawa pulang pingat emas pertama negara dalam sejarah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Manchester United Pecah Rekod Beli Angel Di Maria

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

PEMBELIAN TERMAHAL DALAM SEJARAH UNITED


Manchester United memecahkan rekod kelab dan England untuk pembelian seseorang pemain bola sepak. Angel Di Maria berpindah dari Real Madrid dengan harga yuran 59.7 juta Pound. Beliau menjadi pemain kelima termahal dunia di belakang Bale (86 juta), Ronaldo (80 juta), Suarez (75 juta) dan James (63 juta).



Pemain berusia 26 tahun itu menandatangani kontrak selama 5 tahun sehingga 2019. Louis Van Gaal terdesak untuk membawa masuk pemain bertaraf dunia untuk membantu bahagian serangan yang tumpul. Dalam 3 perlawanan musim baru, United hanya mampu seri sekali dan kalah 2 kali.



Kemasukan Di Maria menambah koleksi pemain baru United selain Ander Herrera, Luke Shaw dan Marcos Rojo. Van Gaal masih memerlukan seorang pemain pertahanan dan tengah untuk memperkuat barisan Manchester United bersaing ke kelompok 4 teratas.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Real Madrid vs Sevilla | UEFA Super Cup 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

SIAPA JAGUH EROPAH?


Keputusan akhir : Real Madrid 2-0 Sevilla (Ronaldo 2 gol)
UEFA Super Cup 2014 merupakan kejohanan edisi ke-39 dalam kelendar tahunan bola sepak kelab-kelab benua Eropah. Real Madrid selaku juara UEFA Champions League 2013/14 akan menentang juara UEFA Europa League 2013/14, Sevilla. Nampaknya kejohanan kali ini didominasi kelab dari Spain.



Kebiasaannya perlawanan UEFA Super Cup ini dijadualkan pada haru Jumaat terakhir bulan Ogos setiap tahun tetapi dipindahkan ke tarikh baru kerana pembatalan perlawanan persahabatan antarabangsa bulan Ogos dalam kalendar FIFA.



Real Madrid kali terakhir memenangi trofi ini pada tahun 2002 manakala Sevilla pernah menang sekali pada tahun 2006 menewaskan Barcelona. Melihat kepada rekod perlawanan La Liga musim 2013/14, kedua pasukan menang sekali dan kalah sekali.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tirai Musim Baru EPL 2014/15 Bakal Bermula Dengan Piala Perisai Komuniti 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

PERANG PSIKOLOGI BERMULA


Jadual Live Streaming Arsenal vs Manchester City [Klik]

Piala Perisai Komuniti FA atau FA Community Shield merupakan perlawanan tahunan melibatkan juara EPL musim lepas menentang juara Piala FA. Umum sudah tahu kelab Manchester City membuktikan mereka masih gah dengan pembelian pemain berstatus bintang dan pemilihan Manuel Pellegrini selaku pengurus pasukan. Kemenangan juara EPL 2013/2014 memang tidak dapat dinafikan.



Liverpool yang tidak diletakkan harapan pada awalnya, hampir-hampir saja menamatkan kemarau 24 tahun kejuaraan liga. Ternyata persembahan Luis Suarez, Sturridge dan Sterling dibantu pula dengan taktikal Brendan Rodgers yang mantap membawa mereka muncul naib juara EPL. Chelsea dan Arsenal terpaksa berpuas hati di tempat ke-3 dan ke-4.



Arsenal sebaliknya mendapat tuah dalam pertandingan Piala FA Inggeris 2013/14. Kemarau trofi 9 tahun anak buah Arsene Wenger berakhir apabila mereka menewaskan Hull City dalam masa tambahan perlawanan tersebut.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Tajikistan 8 Ogos 2014 | Perlawanan Persahabatan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

DEBARAN DOLLAH


Keputusan akhir : Malaysia 1-4 Tajikistan

Perlawanan pertama Dollah Salleh selaku ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya pastinya ditunggu-tunggu peminat bola sepak tanah air. Ke manakah hala tuju pasukan kebangsaan selepas ini? Kita sibuk menyokong negara lain di Piala Dunia 2014 yang lalu. Kadang-kadang terdetik jugak di hati, 'Bilalah Malaysia boleh berentap di pentas tertinggi lagi?'



Walaupun Tajikistan bukan nama besar bola sepak Asia, tapi mereka menduduki tangga yang lebih tinggi dari Malaysia. Boleh rujuk entri ini. Mungkin 'jurulatih' sebelum Datuk Ong Kim Swee tidak mementingkan ranking. Tapi sebenarnya ranking itu penting! Kenapa Holland boleh diundi sekumpulan dengan Spain? England pula diletakkan dalam kumpulan maut. Semua itu disebabkan ranking lah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

TOP 10 : Senarai Terkini Perpindahan Pemain Termahal Dunia 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

LUIS SUAREZ MASUK CARTA




Perpindahan Luis Suarez ke Barcelona yang bernilai 75 juta pound membolehkan beliau kini tersenarai dalam pemain termahal dunia. Musim lalu kita dikejutkan dengan rekod baru pembelian Gareth Bale (86 juta pound) oleh Real Madrid. Cristiano Ronaldo masih kekal di tempat kedua dengan 80 juta pound.



Seperti enggan mengaku kalah dengan musuh tradisi, Real Madrid tidak menunggu lama sebelum membida penjaring terbanyak Piala Dunia 2014 dan gol terbaik kejohanan dari Colombia - James Rodriguez. Monaco akhirnya terpaksa melepaskan pemain muda berbakat itu dengan yuran perpindahan 63 juta pound.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Gol Tercantik Piala Dunia 2014 - James Rodriguez

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

GOL RODRIGUEZ DAPAT UNDIAN TERTINGGI



Pemenang kasut emas Piala Dunia 2014 menerima penganugerahan sekali lagi menerusi pemilihan gol terbaik kejohanan. Gol tersebut dijaringkan oleh James Rodriguez ketika menentang Uruguay di pusingan kedua kempen Piala Dunia yang lalu.



Undian di laman web rasmi FIFA meletakkan gol jaringan Rodriguez di tangga teratas mengetepikan jaringan tandukan terbang Robin Van Persie ketika menentang Spain dalam perlawanan pembukaan kumpulan B.



Pemain tengah Colombia itu mengawal tandukan dari rakan sepasukan, Juan Cuardado dengan dada sebelum melepaskan sepakan volley hanya sedikit di bawah palang gol yang dikawal Muslera. Colombia mendahului 1-0 pada minit ke-28 dan James menambah satu lagi jaringan di separuh masa kedua untuk memberikan kemenangan 2-0.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Miroslav Klose Dari Jerman Pemegang Rekod Penjaring Terbanyak Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

REKOD RONALDO LEBUR

Sumber : DailyMail

Miroslav Klose akhirnya berjaya mencatatkan nama beliau selaku penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia ketika ini. Satu gol ketika membantu Jerman membelasah Brazil 7-1 awal pagi tadi sudah cukup untuk memintas jumlah rekod 15 gol yang dipegang Ronaldo (Brazil) sejak 2006.



Empat edisi Piala Dunia (2002, 2006, 2010, 2014) nyata memberi kelebihan kepada Klose. Di usia 36 tahun bisa Klose masih dirasai. Penyudahnya memberi 1 mata berharga untuk Jerman di peringkat kumpulan yang ketinggalan 1-2 ketika menentang Ghana. Gol itu merupakan gol ke-15 menyamai rekod Ronaldo.



Joachim Low bijak menggunakan khidmat penyerang veteran itu di saat genting dan perlawanan penting. 16 gol dalam 23 penampilan Piala Dunia mungkin sukar dicapai. Namun begitu, kelibat Thomas Muller harus diberi perhatian kerana diusia 24 tahun beliau sudah menjaringkan 10 gol di Piala Dunia. Secara logiknya masih ada 2 kempen Piala Dunia yang boleh disertai beliau.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia | World Cup Brazil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

PASUKAN AMERIKA LATIN JADI PILIHAN


Jadual Piala Dunia 2014 di RTM [Klik]

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi kejohanan bola sepak paling berprestij akan bermula. Piala Dunia tahun ini bakal berlangsung pada 12 Jun hingga 13 Julai 2014 di Brazil. Sebanyak 32 buah negara sudah melayakkan diri selepas berakhirnya pusingan kelayakan. Senarai penuh boleh rujuk di sini.



Jika melihat kepada tradisi dan rekod lepas, bila mana Piala Dunia diadakan di negara latin pemenangnya mesti berasal dari benua yang sama. Bagi mereka yang suka meramal ini adalah tips yang paling berguna untuk anda. Melihat dari prestasi semasa ada 3 negara yang memiliki kelebihan.



Pertama Brazil yang menjadi tuan rumah dan  juga pemegang rekod juara 5 kali. Barisan pemain muda seperti Neymar, Oscar dan juga Thiago Silva selaku kapten, mereka merupakan pasukan pilihan tahun ini. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Keputusan Perlawanan Real Madrid vs Atletico Madrid | Final UEFA Champions League 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

SERGIO RAMOS DAN BALE MUNCUL WIRA


Keputusan akhir : Real Madrid 4 - 1 Atletico Madrid

Sergio Ramos menjadi penyelamat Real Madrid apabila menjaringkan gol penyamaan dalam masa kecederaan ketika peminat Atletico Madrid sudah mula meraikan kemenangan pasukan mereka. Nyata gol tersebut sedikit sebanyak membunuh semangat pemain Atletico setelah mereka mendahului sejak minit ke-35 hasil jaringan pemain pertahanan, Godin.



Juara baru La Liga itu kehilangan penjaring terbanyak mereka, Diego Costa di awal permainan. Percaturan pengurus Diego Simeone nampaknya kurang bijak apabila mempertaruhkan pemain yang baru saja pulih dari kecederaan.



Ronaldo yang beraksi di tempat kelahirannya juga gagal menyinar. Walaupun Real Madrid lebih banyak mengatur serangan tetapi kualiti penyudah gagal menghasilkan gol. Gareth Bale muncul wira apabila menjaringkan gol kedua Real Madrid dan menjadi batu loncatan kepada kemenangan besar 4-1 awal pagi tadi.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual dan Keputusan Badminton Piala Thomas & Piala Uber 2014 | Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

SEJARAH 1992 DALAM KENANGAN

18 hingga 25 Mei 2014, India


Datuk Lee Chong Wei bakal beraksi di pentas terakhir Piala Thomas pada tahun ini. Paling menyedihkan apabila kita gagal menggunakan kelebihan beliau sebagai pemain nombor satu dunia untuk kembali merampas Piala Thomas yang didominasi oleh Indonesia (5 kali) dan China (5 kali) sejak tahun 1992.



Puncanya kerana Malaysia tiada pasukan pelapis yang boleh menyaingi pemain pelapis China dan pasukan elit lain seperti Korea Selatan dan mungkin juga Jepun yang semakin meningkat naik. Beregu negara semakin tenggelam dan terus mempamerkan persembahan yang kurang konsisten.



Memandangkan Piala Thomas ini merupakan pertandingan dalam bentuk kumpulan, jadi kekuatan seimbang amat perlu bagi sesebuah negara untuk menjuarainya. Mengikut format tegrkini, setiap negara perlu membariskan 3 pemain perseorangan dan 2 beregu yang akan menentukan 5 mata untuk satu-satu perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Arsenal vs Hull City | Final FA Cup Inggeris 18 Mei 2014 di Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

MAMPUKAH ARSENAL TAMATKAN PENANTIAN 9 TAHUN?



Keputusan Akhir : Arsenal 3 - 2 Hull City

Setelah EPL melabuh tirai minggu lalu dengan penuh dramatik, peminat bola sepak England akan menyaksikan pertembungan antara pasukan Arsenal dan Hull City dalam perlawanan akhir Piala FA Inggeris 2014.



Arsenal berjaya menamatkan saingan liga di tempat ke-4 manakala Hull di kedudukan ke-16. Jika berdasarkan rekod pertemuan dalam EPL musim ini, Arsenal mempunyai kelebihan dengan 2 kemenangan berbalas 0.



Bagi Hull City, kemenangan dalam final FA Cup ini akan menjadi sejarah besar bagi kelab itu buat kali pertama menjuarai kejohanan elit di England. Berbeza bagi Arsenal yang terdesak untuk mengakhiri kemarau trofi yang kini memasuki tahun ke-9. Mampukah mereka lakukan dalam final pagi esok?


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/