Home » , , , , , , , , , , , , , , , » Live Streaming Malaysia vs Tajikistan 8 Ogos 2014 | Perlawanan Persahabatan

Live Streaming Malaysia vs Tajikistan 8 Ogos 2014 | Perlawanan Persahabatan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

DEBARAN DOLLAH


Keputusan akhir : Malaysia 1-4 Tajikistan

Perlawanan pertama Dollah Salleh selaku ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya pastinya ditunggu-tunggu peminat bola sepak tanah air. Ke manakah hala tuju pasukan kebangsaan selepas ini? Kita sibuk menyokong negara lain di Piala Dunia 2014 yang lalu. Kadang-kadang terdetik jugak di hati, 'Bilalah Malaysia boleh berentap di pentas tertinggi lagi?'



Walaupun Tajikistan bukan nama besar bola sepak Asia, tapi mereka menduduki tangga yang lebih tinggi dari Malaysia. Boleh rujuk entri ini. Mungkin 'jurulatih' sebelum Datuk Ong Kim Swee tidak mementingkan ranking. Tapi sebenarnya ranking itu penting! Kenapa Holland boleh diundi sekumpulan dengan Spain? England pula diletakkan dalam kumpulan maut. Semua itu disebabkan ranking lah.



Malaysia bukanlah pasukan pilihan dalam perlawanan ini. Apatah lagi kita bermain di tempat lawan. Saiz fizikal pun kita dah kalah. Tapi itu bukan alasan untuk kita jadi pasukan belasahan lagi. Datuk Ong Kim Swee telah mengubah senario bola sepak negara sewaktu zaman peralihan awal tahun ini. Kita masih belum tewas sepanjang 2014. Kini giliran Dollah Salleh buktikan kemampuan.



Tajikistan dan Malaysia tidak pernah bertemu sebelum ini. Melihat pada prestasi semasa, Tajiskistan telah memenangi 4 dari 5 perlawanan terdahulu mereka manakala Malaysia hanya menang sekali ketika bertemu Yaman.


Rekod 5 perlawanan terakhir Malaysia


27 Apr  2014  | Philippines 0 - Malaysia 0  | Friendly
5   Mar  2014  | Yemen 1 - Malaysia 2         | Asian Cup Qualifying
1   Mar  2014  | Malaysia 0 - Philippines 0 | Friendly
19 Nov  2013  | Malaysia 0 - Qatar 1           | Asian Cup Qualifying
15 Nov  2013  | Bahrain 1 - Malaysia 0       | Asian Cup Qualifying



Kami sebagai peminat bola sepak mahukan aksi terbaik pada malam ini. Berikan komitmen 100% dan gunakan taktik yang sesuai. Perlawanan ini juga sebagai persediaan kita sebelum berentap dengan juara bertahan Singapura dan Thailand di Piala AFF Suzuki 2014 November depan. All the best Harimau Malaya.



Live Streaming Malaysia vs Tajikistan | Persahabatan Antarabangsa


8 Ogos 2014 (Jumaat)

9.00 pm waktu Malaysia





Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Live Streaming Malaysia vs Tajikistan 8 Ogos 2014 | Perlawanan Persahabatan "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets