Home » , , , , , , , , , , , » Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Piala AFF Suzuki 2014 | Nasib Malaysia

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Piala AFF Suzuki 2014 | Nasib Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

MALAYSIA DALAM KUMPULAN MAUT



Piala AFF Suzuki 2014 bakal bermula pada 22 November hingga 20 Disember 2014. Singapura yang juga juara bertahan bersama Vietnam akan menjadi tuan rumah untuk edisi ke-10 ini. Kejohanan tertinggi peringkat Asia Tenggara ini bakal disertai sebanyak 8 negara.



Undian peringkat kumpulan yang baru sahaja berakhir tadi menyaksikan pasukan negara diundi  dalam kumpulan B bersama Singapura, Thailand dan juara pusingan kelayakan nanti. Kumpulan A akan menjadi pertembungan antara tuan rumah Vietnam, Filipina (ranking tertinggi Asia Tenggara), Indonesia dan naib juara pusingan kelayakan.



Juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir. Tahun 2012 langkah Malaysia tamat di tangan Thailand sewaktu pusingan separuh akhir. Pada tahun 2010 yang lalu kita juara. Mampukah para pemain kebangsaan merampas kembali Piala AFF Suzuki 2014?



Kumpulan A Piala AFF Suzuki 2014


Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014



Lima negara akan bertanding dalam pusingan kelayakan untuk mengesahkan dua lagi tempat di Piala Suzuki 2014. Negara yang terlibat merupakan pasukan yang berada 5 ranking terbawah di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Berikut adalah senarai negara yang akan bermain di pusingan kelayakan bermula 12 hingga 20 Oktober 2014 di Laos :


  • Laos - Kumpulan A
  • Myanmar - Kumpulan B
  • Timur Leste
  • Brunei
  • Kemboja

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Piala AFF Suzuki 2014 | Nasib Malaysia "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets