Home » , , , , , , , , , , , , , , , » Keputusan Siaran Langsung Manchester United vs Manchester City 2 November 2014

Keputusan Siaran Langsung Manchester United vs Manchester City 2 November 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

PELLEGRINI VS LOUIS VAN GAAL

jadual mu vs manchester city 02/11/2014

Keputusan akhir : Man City 1-0 Man Utd

Hanya 4 mata memisahkan kedua musuh tradisi ini. Manchester City dengan reputasi selaku juara bertahan manakala jiran mereka United dengan semangat dan pengurus baru. Melihat kepada prestasi semasa 3 perlawanan terakhir, City mengharungi waktu sukar dengan 2 kekalahan dan satu seri manakala Manchester United berjaya mengekal rekod tanpa kalah dan terbaru gol Van Persie ketika seri dengan Chelsea berjaya memulihkan kepercayaan peminat.



Louis Van Gaal akan merasai pertembungan Manchester derby pertama beliau selepas menggantikan David Moyes. Kapten United, Rooney pula akan kembali beraksi selepas menjalani penggantungan 3 perlawanan menentang Everton, West Brom dan Chelsea. Sementara City bakal kehilangan pemain utama David Silva yang cedera sewaktu kekalahan mereka di laman sendiri kepada Newcaslte tempoh hari.



Dalam 6 pertemuan Manchester Derby, United hanya menang sekali sahaja ketika gol sepakan percuma Van Persie masuk menerjah gawang yang akhirnya membawa kepada kejuaraan EPL terakhir Sir Alex Ferguson sebelum berpencen.



Di bawah pengurus baru, Manchester United banyak melakukan rombakan pemain dengan membawa masuk Di Maria, Daley Blind, Ander Herrera, Marcos Rojo, Luke Shaw dan Falcao. Ketiadaan pemain berpengalaman di bahagian pertahanan seperti Ferdinand, Vidic dan Evra sangat dirasai. Pertahanan rapuh United perlu ada seorang pemimpin berkaliber untuk menahan asakan berbahaya jentera serangan City yang diketuai Sergio Aguero.





Fakta : Rooney adalah penjaring terbanyak Mancheter Derby dengan 11 gol



Sama-sama kita nantikan kejutan yang bakal berlaku dalam perlawanan hebat ini. United perlu menang untuk mengukuhkan kedudukan di tempat 4 teratas untuk layak ke UEFA CHampions League musim hadapan.




LIVE STREAMING MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY



2 NOVEMBER 2014 (AHAD)

9.30 PM WAKTU MALAYSIA

LIVE @ ASTRO FOX SPORTS (812) HD (832)


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Keputusan Siaran Langsung Manchester United vs Manchester City 2 November 2014 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets