1
COMMENT
Analisis : 5 Perkara Yang Kita Pelajari Dari Manchester Derby 2015
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , derby , EPL , louis van gaal , manchester city , manchester united , rekod , sukan
MANCHESTER ITU MERAH
Saat yang ditunggu-tunggu peminat United seluruh dunia akhirnya tiba malam tadi. Kebangkitan selepas ketinggalan 1-0 di awal permainan dan kemudiannya menang 4-2 menunjukkan peralihan kuasa Manchester kepada warna merah kali ini. Kemerosotan City sudah boleh diduga dengan prestasi tidak menentu sejak dari awal tahun 2015.
City bagaimanapun lebih dahulu menguasai permainan dan United bernasib baik kerana Jesus Navas dan Milner gagal menyempurnakan peluang terhidang untuk memberikan kelebihan 2 gol. Pertahanan United nampak cemas mungkin kerana corak permainan pantas City dan cubaan melakukan perangkap ofsaid yang terlalu tinggi. David De Gea sekali lagi menjadi tunjang kepada kemaraan United yang kini sudah memenangi 6 perlawanan EPL berturut-turut termasuk kemenangan menentang Tottenham dan Liverpool.
Louis Van Gaal nampaknya sudah menemui formula terbaik untuk United merampas kedudukan 4 teratas dari musuh tradisi Liverpool. Formasi 4-4-2 atau 3-5-2 tidak menunjukkan kesan yang memberangsangkan sehinggalah kecederaan menimpa beberapa pemain utama seperti Di Maria, Van Persie dan Falcao memaksa LVG beralih kepada Fellaini, Mata dan Herrera dalam formasi 4-3-3 yang sinonim dengan beliau.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq