Home » , , , , , , , » Manchester United Tersungkur Di Laman Sendiri | Amukan Si Jiran Tetangga

Manchester United Tersungkur Di Laman Sendiri | Amukan Si Jiran Tetangga

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

Perit untuk menerima atas kekalahan besar Manchester United kepada Manchester City. Tapi itulah hakikat yang bakal tercatat di dalam sejarah perlawanan derby. Keputusan 1-6 merupakan kekalahan terbesar United kepada City di Old Trafford sejak 1955 dan mengulangi kejayaan yang sama pada tahun 1926. City meleburkan rekod tanpa kalah selama 18 bulan dan 19 kemenangan EPL berturut-turut di Old Trafford. Entri "Manchester City bakal jadi pencabar utama Manchester United [klik]" membuktikan ramalan awal Kafe Que tepat.



analisis perlawanan manchester united vs manchester city 2011,kenapa manchester united kalah teruk kepada manchester city,jadual perlawanan manchester united dan manchester city 2011/2012,rekod pertemuan manchester united vs manchester city,gambar ferguson vs mancini,gambar manchester united vs manchester city,video highlights manchester united vs manchester city



Banyak perkara yang kita boleh pelajari dari kekalahan besar itu. Penyokong baru (lalang) Manchester City mungkin gembira kerana berjaya menewaskan juara EPL 19 kali, Manchester United di tempat sendiri. Penyokong Arsenal, Chelsea, & Liverpool juga melompat kegembiraan sekurang-kurang 3-4 kali bila City menjaringkan gol-gol mudah. Tapi adakah kegembiraan itu akan berpanjangan. Jawapan hanya akan diketahui pada bulan Mei 2012 nanti.



Aku harus akui Manchester United tidak berhak untuk menang perlawanan itu. Walaupun menguasai perlawanan pada 20 minit pertama, tetapi pemain United tidak langsung melakukan cubaan berbahaya ke arah pintu gol City yang dikawal Joe Hart. Wira City pada malam itu nyata menjadi milik Balotelli dan David Silva dengan gerakan bijak dan penyudah yang berbisa.


Highlights Perlawanan Manchester United vs Manchester City





Kesan kekalahan 1-6 :

1) Manchester City kekal di tangga teratas liga dengan kelebihan 5 mata hasil dari 9 perlawanan


2) Perbezaan gol 

    Sebelum perlawanan : hanya +2 memihak kepada City

    Selepas perlawanan : melebar hingga +12 berpihak kepada City


3) Rekod musnah

    Manchester United tidak pernah kalah dalam tempoh 18 bulan di Old Trafford

    Manchester United menang 19 perlawanan EPL berturut-turut di Old Trafford


4) Kekalahan terbesar Sir Alex Ferguson bersama Manchester United



Untuk tewas 1-3 masih masuk akal.. 1-6 adalah keputusan memalukan bagi standard United lebih-lebih lagi di hadapan penyokong tuan rumah. Bukan hanya bolos 6 gol tetapi perbezaan gol dalam kedudukan liga juga bertambah kepada 10 gol (United - 5 City + 5) dan ini akan memberi kesan pada perebutan takhta liga pada akhir musim jika pasukan berkongsi mata yang sama. Bermain 10 orang dalam masa 45 minit (termasuk masa tambahan) perlu ada strategi dan taktik. Menentang City yang dibarisi pemain serangan ternama dunia tidak boleh diambil mudah.





Siapa yang harus bertanggungjawab atas kekalahan ini?? 


Jonny Evans - Kad merah pada minit ke-47 apabila melakukan foul menarik Balotelli

Rio Ferdinand - 81 caps bersama pasukan England tetapi hilang punca pada separuh masa kedua

Patrice Evra - Bek kiri yang sudah bertukar peranan menjadi pemain sayap sejak akhir-akhir ini

Nani - Crossing tanpa arah tuju dan kurang konsisten di dalam kawasan Manchester City

Anderson - Kurang kreatif di bahagian tengah tidak seperti Silva dan Milner

Sir Alex Ferguson - Gagal menurunkan Vidic, Hernandez dan Park dalam perlawanan penting (Derby)

Tom Cleverley - Beliau antara sebab Ferguson tidak mahu membelanjakan wang untuk mendapatkan Sneijder

Penyokong - Selepas gol Ballotelli mereka terdiam kaku.

Kafe Que - Line Unifi kau tidak berfungsi sekaligus gagal menyampaikan mesej kepada Sir Alex



Siapa?? Jawapannya anda fikir sendiri. Gol Balotelli pada minit ke-22 mengubah permainan. Tekanan beralih kepada pasukan United yang gagal mengawal David Silva dan Milner berkeliaran dalam kawasan mereka. Penyudah luar biasa Balotelli meletakkan City selesa hingga waktu rehat.



Percaya pada kemampuan mereka seperti dilakukan pada perlawanan Community Shield, United turun awal ke padang menanti kehadiran City yang agak lewat. Segala perancangan musnah apabila Jonny Evans diarahkan keluar padang. Formasi United terpaksa dirombak untuk mengisi kekosongan Evans. Rooney terpaksa bermain sebagai midfielder dan meninggalkan Welbeck seorang diri berdepan dengan Kompany dan Lescott.






Yang peliknya posisi Evra yang sangat mudah dibolosi. Adakah beliau sudah jemu untuk bertahan?? Mengapa tiada back up plan sebagai kapten dalam perlawanan itu. Komunikasi dengan Ferdinand sebagai pertahanan senior seolah-olah tiada langsung. Mentaliti menyerang itu perlu tetapi haruslah kena pada tempatnya. Jika anda boleh lihat semula highlights di atas :


Gol ke-2, ke-3, ke-4, ke-5 dan ke-6 City semua berpunca dari sebelah kiri. Tidak dinafikan David Silva mempunyai kreativiti yang sangat tinggi. Tapi ianya boleh dikurangkan jika pemain United mengawal beliau dengan lebih ketat (man marking). Silva bijak mencari ruang dan melakukan lorongan cantik kepada rakannya.




Ada orang kata Manchester City akan menang liga pada musim 2011/2012 selepas menang besar ke atas Manchester United. Masih terlalu awal untuk aku bersetuju dengan kenyataan itu. "Its just a beginning Mancini". Untuk muncul sebagai pendahulu liga lebih mudah dari mengekalkannya. Berapa ramai antara anda yang memuji permulaan hebat dari Manchester United setelah mengharungi 9 perlawanan ini? Kejayaan menewaskan Tottenham, Arsenal, Chelsea kemudian seri dengan Stoke City dan Liverpool. 20 mata dari 9 perlawanan sukar di awal musim sebenarnya amat baik untuk Manchester United.




Keputusan 9 perlawanan Terakhir Manchester United | Manchester City

Klik untuk lihat hakikat sebenar sehingga saat ini



Rajah di atas merupakan antara fakta yang ramai antara kita tak nak tau. Manchester United telah mengharungi 6 perlawanan sukar dari 9 perlawanan dan berjaya mengutip 20 mata dari keseluruhan 27 mata. Manchester City pula baru berdepan dengan 2 perlawanan menentang pasukan 6 teratas liga musim lalu. Mereka hanya kehilangan 2 mata dari 27 mata keseluruhan.



Jadual perlawanan Manchester United | Manchester City Hingga 1 Januari 2012




Everton dan Aston Villa mungkin antara perlawanan yang agak mencabar namun masih terkawal. Lihat pula lawan utama Manchester City selepas ini. Liverpool, Chelsea dan Arsenal menanti giliran dalam masa 3 minggu. Pada waktu itu barulah kita akan tahu siapa pendahulu liga menjelang tahun baru 2012.



Manchester United telah merasai susunan jadual padat menentang pasukan handalan berturut-turut. Ia bukanlah satu kelebihan kerana jika sebelum perlawanan anda kehilangan pemain utama yang cedera dan memerlukan rehat yang panjang, maka anda tidak dapat menurunkan pemain itu untuk 2 perlawanan penting. Itu adalah risiko yang perlu dihadapi oleh setiap pengurus pasukan. Begitu juga sekiranya anda tewas dalam pertemuan yang pertama, anda tidak mahu menentang lawan yang sukar lagi selepas itu kerana moral pemain yang telah jatuh. Jadi jarak perlawanan seeloknya diselang selikan dengan perlawanan yang agak mudah untuk menaikkan kembali moral pemain anda.



Manchester United perlu bangkit. Kehadiran Tom Cleverley bakal membakar semangat rakan yang lain. Rio Ferdinand mungkin perlu bersedia untuk dijual selepas ini jika tidak menunjukkan peningkatan dalam perlawanan besar. Sekian untuk penerangan serba ringkas episod duka United.


Dari tepi katil Que..

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Manchester United Tersungkur Di Laman Sendiri | Amukan Si Jiran Tetangga "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets