Home » , , , , , , » Manchester United Ungguli Perisai Komuniti | Kebangkitan Yang Telah Diduga

Manchester United Ungguli Perisai Komuniti | Kebangkitan Yang Telah Diduga

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

Dramatik sungguh perlawanan Community Shield malam tadi. Manchester United bermula dengan baik menguasai permainan sejak dari minit pertama tetapi harus akur setelah Manchester City menjaringkan 2 gol sebelum separuh masa pertama tamat. Keberanian serta kepercayaan Sir Alex Ferguson kepada pemain muda berbaloi apabila United bangkit mempamerkan aksi juara sekaligus meranapkan impian City merangkul trofi Perisai Komuniti 2011/2012.



Keputusan Perlawanan Manchester United 3-2 Manchester City | 7 Ogos 2011

keputusan terkini manchester united vs manchester city community shield 2011,video highlights manchester united vs manchester city 2011,tom cleverly manchester united,nani man of the match,de gea first manchester united match,manchester united 3 - 2 manchester city perisai komuniti 2011/2012,siaran langsung west brom vs manchester united waktu malaysia 14 ogos 2011,pemain baru manchester united 2011/2012
 kredit : google

Trivia : Kemenangan malam tadi merupakan kali ke-19 Manchester United menjulang Trofi Perisai Komuniti



Prestasi 3 pemain baru United (De Gea, Ashley Young & Phil Jones) boleh dibanggakan. Walaupun 2 gol Manchester City berpunca dari De Gea yang kelihatan agak gugup beraksi pertama kali dalam perlawanan derby. Kelebihan City pada ketinggian fizikal pemain mereka. Mungkin Vidic dan Ferdinand dapat mengawal keadaan lebih baik jika mereka tidak berada terlalu jauh dengan penjaga gol. De Gea dalam situasi itu perlu segera keluar dari posisinya untuk menumbuk bola dari kawasan berbahaya.



keputusan terkini manchester united vs manchester city community shield 2011,video highlights manchester united vs manchester city 2011,tom cleverly manchester united,nani man of the match,de gea first manchester united match,manchester united 3 - 2 manchester city perisai komuniti 2011/2012,siaran langsung west brom vs manchester united waktu malaysia 14 ogos 2011,pemain baru manchester united 2011/2012
kredit : football365.com


Gol kedua City membunuh semangat United untuk mencari gol penyamaan sebelum tamat separuh masa pertama. Rembatan deras Dzeko yang tidak dikawal langsung gagal diselamatkan De Gea yang agak lambat merebahkan badan ke sebelah kanan pintu gol. Keputusan 2-0 yang memihak kepada City tidak langsung menggembirakan penyokong United yang berasa pasukan mereka tidak sepatutnya berada di belakang jirannya itu.


Video Highlights Perlawanan 
Manchester United vs Manchester City | Community Shield 2011/2012


Man Utd : Smalling (52') Nani (58' & 90' + 3)  Man City : Lescott (38') Dzeko (45')



3 pertukaran dilakukan Sir Alex dengan membawa masuk Evans, Cleverley dan Jones menggantikan pemain senior Vidic, Ferdinand & Carrick. Mulanya nampak seakan beliau hanya ingin memberi pendedahan kepada pemain muda untuk mendapatkan pengalaman. Selepas 5 minit bersambung, rentak permainan United menjadi lebih kemas dan serangan bertali arus berjaya dilakukan dari setiap arah. Prestasi Cleverley yang membanggakan dalam perlawanan menentang Barcelona tempoh hari diteruskan malam tadi apabila beliau banyak membantu Rooney dan Welbeck mencari ruang dalam kawasan City.



keputusan terkini manchester united vs manchester city community shield 2011,video highlights manchester united vs manchester city 2011,tom cleverly manchester united,nani man of the match,de gea first manchester united match,manchester united 3 - 2 manchester city perisai komuniti 2011/2012,siaran langsung west brom vs manchester united waktu malaysia 14 ogos 2011,pemain baru manchester united 2011/2012
kredit : google



Kreatif mengawal bahagian midfield, Cleverley menjadi arkitek untuk gol penyamaan United yang cukup menarik. Sebelum itu, Smalling mengegar jaring City apabila berjaya meloloskan diri dari kawalan Dzeko dan menyambar hantaran sepakan percuma Ashley Young. Gerakan one touch football oleh Rooney, Welbeck, Nani dan Cleverley mirip skill yang sering dilakukan Messi, Xavi dan Iniesta di Barcelona. Persembahan De Gea pada separuh masa kedua dilihat ada peningkatan dengan menyelamatkan beberapa percubaan City untuk memberi keyakinan di barisan pertahanan.



keputusan terkini manchester united vs manchester city community shield 2011,video highlights manchester united vs manchester city 2011,tom cleverly manchester united,nani man of the match,de gea first manchester united match,manchester united 3 - 2 manchester city perisai komuniti 2011/2012,siaran langsung west brom vs manchester united waktu malaysia 14 ogos 2011,pemain baru manchester united 2011/2012
kredit : google


Jones dan Evans bakal mencabar Vidic dan Ferdinand jika dapat meneruskan prestasi seperti malam tadi. Smalling pula menggunakan kaki yang panjang untuk melakukan overlaping dari sebelah kanan. "Man of the match" Nani pada minit terakhir permainan mengambil kesempatan atas salah faham bek City Clichy & Kompany untuk memberikan kemenangan manis buat skuad United yang ingin menebus 2 kekecewaan di Wembley sebelum ini. Secara psikologinya moral pasukan Manchester United kini berada pada tahap terbaik untuk memulakan kempen mempertahan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim 2011/2012.



Perlawanan seterusnya, West Brom vs Manchester United (Away) , 14 Ogos 2011, jam 11.00 pm waktu Malaysia. Saksikan siaran langsung di Astro Espn 812

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Manchester United Ungguli Perisai Komuniti | Kebangkitan Yang Telah Diduga "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets