EPL : KEPUTUSAN PERLAWANAN MANCHESTER DERBY | KUASA BERTUKAR TANGAN
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , derby , EPL , highlight , keputusan perlawanan , manchester city , manchester united , sukan , video
MANCHESTER CITY 2 - 3 MANCHESTER UNITED | 9 DISEMBER 2012
Perlawanan Manchester Derby berakhir dengan kemenangan bergaya Manchester United menewaskan 'The Noisy Neighbour' 3-2 di Stadium Etihad. Kubu kuat Manchester City lebur selepas rekod 37 perlawanan tanpa kalah di halaman mereka dipadam United. Untuk pengetahuan korang, Manchester United juga pernah memecahkan rekod tanpa kalah Chelsea dan Arsenal sebelum ini.
Apa yang lebih manis, United kini menjarakkan kedudukan di persada liga dengan 6 mata. Impak perlawanan semalam akan memberi kelebihan psikologi kepada pemenangnya untuk meneruskan momentum hingga akhir musim.
"Manchester United dikenali sebagai pemecah rekod pasukan lawan. Lihat apa terjadi kepada Arsenal dan Chelsea sebelum ini. Manchester City pasti goyah apabila merasai kekalahan pertama musim ini"
Menyorot keputusan musim lalu, Manchester City berjaya mencuri 6 mata dari 2 pertemuan liga. Di Old Trafford United dibelasah 1-6 dan menjadikan goal different +10 memihak kepada City hanya dalam 1 perlawanan. Pada April 2012 sewaktu perlawanan ke-36 EPL, Manchester United tewas 0-1 dan memberi peluang City memintas sebagai pendahulu hinggalah saat terakhir penentuan juara.
Bak kata orang, menang kali pertama lebih mudah dari pertahankan kejuaraan. Lebih-lebih lagi City hanya menang dengan perbezaan gol sahaja. Tekanan semakin memuncak apabila mereka gagal meneruskan perlawanan di peringkat Eropah. Untuk status kelab yang berbelanja besar seperti City, sekurang-kurangnya mereka perlu beraksi dalam Europa League.
Keputusan mungkin lebih memalukan City jika gol Ashley Young dikira oleh pengadil. 3-0 United akan terus menyerang dan City semakin tertekan. Tapi malangnya linesman tidak membenarkan gol itu. OFFSIDE??
Ramuan SAF nyata membuahkan hasil dalam perlawanan malam tadi. Antaranya :
1. Menurunkan De Gea sebagai penjaga gol utama
Jika diperhatikan sewaktu menentang Chelsea dan Arsenal (kecuali Liverpool) De Gea banyak menyelamatkan keadaan dan perform dalam big match
2. Gandingan Carrcik dan Cleverley
Keputusan yang bijak dari SAF yang tidak menurunkan Giggs dan Scholes! Game seperti ini perlu menggunakan banyak tenaga dan larian. Carrick dan Cleverley rajin untuk turun bertahan dan pantas melakukan counter attack. Banyak serangan City dapat dipatahkan di bahagian midfield.
3. Superb winger
Young dan Valencia bukan sahaja boleh menyerang tapi mereka akan membantu pertahanan jika diperlukan. 2 gol awal United berpunca dari sebelah kiri dan kanan melibatkan pemain sayap. Senjata ini mampu mengalahkan pasukan yang kuat kerana dalam keadaan counter attack mereka tidak dapat berada pada posisi yang betul untuk bertahan. Hanya mampu berharap supaya bola tidak menerjah masuk ke gawang.
4. Rooney & Van Persie
Gandingan penyerang paling mantap dalam EPL buat masa ini. Semalam terbukti jika diberi ruang mereka aakan menjaringkan gol. 2 jaringan open play Rooney berpunca dari low cross dan sepakan percuma Van Persie yang dibantu dengan deflection Nasri membuat Mancini pulang tangan kosong. Gol City sebaliknya disumbang oleh pemain tengah (Yaya Toure) dan pertahanan (Zabaleta). Penyudah berbisa Double R jadi pemusnah!
5. Counter attack
Bermain di tempat lawan biasanya akan memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah. Manchester City mendominasi 15 minit pertama dengan statistik penguasaan bola 80% - 20 %. Selepas itu semuanya berubah dengan gol pertama United hasil dari counter attack dari sebelah kanan City. Zabaleta yang melakukan overlap gagal turun ke bawah dan Ashley Young mudah memasuki kawasan berbahaya dan melorongkan bola kepada Rooney untuk gol pertama.
"Line-up match sama ketika Manchester United menang di Stamford Brigde. Counter attack dengan wingers"
Di sebalik kejayaan 'revenge' semalam, ada aksi yang kurang enak. Selepas gol ketiga Manchester United, pemain meraikan gol di hadapan penyokong City yang berang dengan kekuatan pasukan United musim ini. Akibatnya Ferdinand dibaling duit syiling dan cedera di atas kening hingga berdarah. Peminat tuan rumah sepatutnya dapat mengawal perasaan dalam perlawanan Derby. Terima hakikat yang wang hanya mampu membeli kejayaan dalam masa yang singkat.
Contohi kelab Manchester United yang kekal menjadi pesaing kejuaraan EPL walaupun musuh bersilih ganti. Bermula dengan era Liverpool. Kemudian Arsene Wenger muncul membawa pasukan Arsenal mencabar kejuaraan. Transformasi besar-besaran di London berlaku apabila hartawan minyak Russia membeli kelab Chelsea pada awal 2002. Tidak cukup dengan itu, hadir pula Sheikh Al Mansour merombak pasukan Manchester City.
Apa yang tidak berubah? Pengurusnya masih Sir Alex Ferguson. Pasukan United tetap menjadi pencabar setiap tahun kerana mereka mempunyai skuad yang mantap. Gandingan pemain lama dan baru silih berganti. Musim ini walaupun masih awal, United telah menewaskan kesemua pencabar terkuat mereka (Liverpool, Arsenal, Chelsea dan City). Perlu diingatkan di sini bahawa Manchester United masih menunggu masa untuk menerima kembalinya Vidic dan Kagawa pulih dari kecederaan.
Kuasa Manchester Derby sudah bertukar tangan. Segala masalah di kem Manchester City akan memberi kesan terhadap fokus mereka untuk mempertahankan gelaran juara EPL. Balotelli mungkin akan dijual dalam musim panas depan. Kompany mengalami kecederaan. Tekanan kini beralih kepada mereka. Walaupun Manchester United masih kekal dalam UEFA Champions League, mereka mempunyai skuad yang besar untuk compete dalam 3 kejuaraan (EPL, FA Cup & UCL)
Video Perlawanan Manchester City vs Manchester United | 9 Disember 2012
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..