Home » , , , , , , , , , , » Live Streaming Manchester City vs Manchester United | EPL Derby 22 September 2013

Live Streaming Manchester City vs Manchester United | EPL Derby 22 September 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PELLEGRINI VS MOYES



FT : Man City 4 - 1 Man Utd


Kedua-dua pengurus pasukan ini akan mengharungi Manchester Derby pertama dalam karier masing-masing. Moyes dan Pellegrini sudah merasai cabaran dan tekanan memimpin kelab berprofil tinggi setakat 4 perlawanan EPL musim ini. 2 menang, 1 seri dah 1 kalah meletakkan City dan United berkongsi mata di tempat ke-4 dan ke-5 dibelakang pendahulu, Liverpool.



Manchester United mendapat permulaan lebih sukar. Perlawanan dengan City di Etihad seawal September mungkin menyukarkan Moyes untuk memberi peluang pemain simpanan beraksi. Sebelum ini United seri dengan Chelsea dan kalah kepada Liverpool yang menjadi perlawanan top 6 paling awal.



Rekod di Etihad musim lalu mungkin dapat memberi keyakinan kepada United. Gol sepakan percuma penyerang sensasi Van Persie memberi 3 mata berharga kepada United untuk terus menggungli EPL ketika itu.



Manchester City di bawah Pellegrini membawa masuk beberapa muka baru yang akan merasai derby pertama mereka. Negredo, Fernandinho, Navas dan Jovetic memberi nafas baru kepada serangan City. Sementara United hanya membawa berjaya membeli Fellaini di saat akhir.



Atas kertas City mempunyai sedikit kelebihan kerana beraksi di laman sendiri. Yang pastinya Moyes pasti akan menurunkan Fellaini untuk mematahkan serangan bahagian tengah City. Taktik ini akan menyamai kekuatan Yaya Toure dan Fernandinho.


Fakta : Rooney telah menjaringkan 8 gol di Stadium Etihad : 6 gol bersama United dan 2 gol bersama England




Prestasi Valencia dan Rooney juga agak baik sejak akhir-akhir ini. Kompany dan rakan-rakan akan cuba menyekat kemaraan mereka. Smalling pula mungkin akan mengisi slot bek kanan kerana kecederaan yang menimpa Rafael dan Jones.



Cuma satu saja yang aku harapkan, Moyes jangan turunkan Giggs untuk game macam ni. Giggs sudah tua dan kurang speed untuk counter attack.



statistik man utd vs man city 2013
Statistik perbandingan pasukan United & City



LIVE STREAMING MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY



22 SEPTEMBER 2013 (AHAD)

11.00 PM WAKTU MALAYSIA

LIVE @ ASTRO STAR SPORTS (813) HD (832)


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Live Streaming Manchester City vs Manchester United | EPL Derby 22 September 2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets