EPL : SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY 2013
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , derby , EPL , live streaming , manchester city , manchester united , siaran langsung , sukan
MANCHESTER DERBY APRIL 2013
Awal pagi esok akan menyaksikan pertembungan dua gergasi bola sepak England. Manchester Derby sering kali mendapat tumpuan ramai sejak beberapa musim kebelakangan ini. Perlawanan Manchester United vs Manchester City bakal menentukan bilakah trofi EPL akan dimenangi. Ramai peminat anti United mempersoalkan kredibiliti pasukan juara 19 kali ini.
Dari 3 piala (treble) kepada 2 piala (double) dan sekarang 1 piala (single). Untuk pengetahuan mereka yang kurang memahami tentang bola sepak untuk menang treble bukan semudah anda bermain angry birds. Perlawanan liga memerlukan konsistensi yang tinggi. Perlawanan kalah mati memerlukan taktik yang tepat dan nasib untuk layak.
Dalam perlawanan menentang Real Madrid, United menguasai perlawanan sehingga pengadil bertindak melayangkan kad merah kepada Nani. Perlawanan Piala FA dengan Chelsea pula, United sudah mendahului 2 gol dalam masa 11 minit dan akhirnya membiarkan Chelsea bangkit. Perlawanan ulangan di Stamford Bridge, SAF menggunakan taktik gamble dan akhirnya United tersingkir.
Pada aku tak salah untuk setiap team mempunyai target atau impian kerana itu menunjukkan motivasi setiap pasukan untuk berjaya. Dari 3 kepada 1 piala bukan bermakna gagal tetapi menunjukkan ada kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa akan datang. Kalau menang 1 piala itu mudah, kenapa Arsenal masih gagal menang selama 8 tahun?? Renungkan.
Mari kita lihat beberapa kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya berlaku salah satu keputusan antara Manchester United vs Manchester City awal pagi esok. Keputusan tersebut bakal menentukan bila trofi EPL akan dimenangi. Setakat ini United sudah mendahului 15 mata dengan baki 8 perlawanan.
United Menang
United : P=31 | W=26 | D=2 | L=3 | Pts= 80
City : P=31 | W=18 | D=8 | L=5 | Pts= 62
Maksimum mata yang tinggal = 7 perlawanan x 3 mata = 21 mata
Manchester City perlu menang semua (62+21 = 83 mata)
United hanya perlu 4 mata untuk jadi juara (paling awal 17 April vs West Ham)
United Seri
United : P=31 | W=25 | D=3 | L=3 | Pts= 78
City : P=31 | W=18 | D=9 | L=4 | Pts= 63
Maksimum mata yang tinggal = 7 perlawanan x 3 mata = 21 mata
Manchester City perlu menang semua (63+21 = 84 mata)
United hanya perlu 7 mata untuk jadi juara (paling awal 22 April vs Aston Villa)
United Kalah
United : P=31 | W=25 | D=2 | L=4 | Pts= 77
City : P=31 | W=19 | D=8 | L=4 | Pts= 65
Maksimum mata yang tinggal = 7 perlawanan x 3 mata = 21 mata
Manchester City perlu menang semua (65+21 = 86 mata)
United hanya perlu 10 mata untuk jadi juara (paling awal 28 April vs Arsenal)
Ok siap sudah analisis jika Manchester United menang,seri atau kalah. Secara jujurnya aku mengharapkan kemenangan United kerana ini saja trofi yang tinggal dan paling utama pada firasat SAF melihat pada percaturannya dalam perlawanan kalah mati. Jarang kita lihat SAF melakukan gamble dalam perlawanan liga.
"Penjaring terbanyak United, Van Persie digunakan selama 90 minit ketika menentang Sunderland, tetapi hanya beraksi 30 minit menentang Chelsea"
SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN MANCHESTER DERBY 2013
Manchester United vs Manchester City
9 April 2013 (Selasa)
3.00 am waktu Malaysia
Live @ Fox Sports (812) HD (832)
Live Streaming di sini [Klik]
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..