Home » , , , , , , , , , , , , , , » Jadual Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia | World Cup Brazil

Jadual Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia | World Cup Brazil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

PASUKAN AMERIKA LATIN JADI PILIHAN


Jadual Piala Dunia 2014 di RTM [Klik]

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi kejohanan bola sepak paling berprestij akan bermula. Piala Dunia tahun ini bakal berlangsung pada 12 Jun hingga 13 Julai 2014 di Brazil. Sebanyak 32 buah negara sudah melayakkan diri selepas berakhirnya pusingan kelayakan. Senarai penuh boleh rujuk di sini.



Jika melihat kepada tradisi dan rekod lepas, bila mana Piala Dunia diadakan di negara latin pemenangnya mesti berasal dari benua yang sama. Bagi mereka yang suka meramal ini adalah tips yang paling berguna untuk anda. Melihat dari prestasi semasa ada 3 negara yang memiliki kelebihan.



Pertama Brazil yang menjadi tuan rumah dan  juga pemegang rekod juara 5 kali. Barisan pemain muda seperti Neymar, Oscar dan juga Thiago Silva selaku kapten, mereka merupakan pasukan pilihan tahun ini. 


Kedua Argentina yang menjuarai pusingan kelayakan dan pernah menjulang Piala Dunia 2 kali. Dibarisi pemain terbaik dunia seperti Messi dan Aguero, pasukan ini akan memberi masalah kepada pasukan lawan.



Ketiga Uruguay yang juga semi finalis di Piala Dunia 2010. Mereka mempunyai gandingan serangan yang berbisa seperti Luis Suarez, Cavani dan Forlan. Sebelum ini Uruguay pernah memenangi Piala Dunia pertama pada tahun 1930 dan mengulanginya pada 1950.



Jadual laluan ke Final Piala Dunia 2014


Bukan menidakkan pasukan dari Eropah seperti Juara Dunia 2010 Sepanyol, Italy dan Germany mahupun Belanda. Belgium juga mempunyai pemain yang mampu melakukan kejutan kali ini. Tetapi kita perlu realistik kerana isu cuaca memainkan faktor penting.



Mari kita imbau kembali apa yang terjadi sewaktu Piala Konfederasi 2013. Dalam perlawanan akhir membabitkan Brazil dan Sepanyol yang berkesudahan Brazil menang mudah 3-0. Rujuk sini untuk kepastian.






Segalanya mungkin dengan kejutan. Kita hanya mampu meramal. Kadang-kadang faktor pengadilan atau pun kecederaan dan penggantungan pemain juga akan diambil kira. Pemakaian teknologi video di garisan gol diharapkan dapat membantu pengadil membuat keputusan yang lebih tepat. Sama - sama kita nantikan debaran Piala Dunia 2014 Brazil.



Jadual Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia di Astro

Kredit Bola Station


Untuk keputusan terkini anda boleh layari laman ini

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Jadual Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia | World Cup Brazil "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets