Home » , , , , , , , , , » BRAZIL JUARA PIALA KONFEDERASI 2013

BRAZIL JUARA PIALA KONFEDERASI 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

SAMBA BELASAH TIKI-TAKA DENGAN BERGAYA



Keputusan Lengkap Piala Konfederasi 2013 [Klik]


Tuan rumah, Brazil dinobatkan sebagai Juara Piala Konfederasi 2013 setelah mudah membelasah pasukan ranking pertama dunia ketika ini, Spain 3-0 awal pagi tadi. Agak mengejutkan bila melihat cara Spain bermain yang tampak lemau dan tidak mampu menyangi rentak Samba Brazil. Adakah taktik Tiki-Taka sudah dapat dibaca oleh pasukan lawan?


Bagi pasukan Brazil, edisi 2013 merupakan kali ke-4 (1997, 2005, 2009) mereka menjadi Juara Piala Konfederasi FIFA dan pencapaian hatrick sejak tahun 2005. Tahniah Brazil yang bermain begitu cemerlang sejak dari peringkat kumpulan lagi. Walaupun ramai yang mengkritik persembahan mereka sebelum bermula saingan Piala Konfederasi, Scolari membuktikan beliau akan terus memimpin pasukan Solecao itu ke Piala Dunia 2014.


Anugerah penjaring terbanyak akan dinilai berdasarkan gol/games/minutes. Setakat ini perebutan kasut emas di antara Fernando Torres (Spain) dan Fred (Brazil) yang masing-masing menjaringkan 5 gol. Pasukan juara akan membawa pulang 4.1 Juta USD manakala naib juara mendapat 3.6 Juta USD. 


Spain tersentak dengan gol awal Brazil seawal minit ke-2 dan cuba mencari gol penyamaan. Namun kekebalan benteng pertahanan Brazil wajar mendapat pujian terutamanya David Luiz yang menyelamatkan bola dari melepasi garisan gol. Sebelum tamat separuh masa pertama, Neymar menghukum kealpaan benteng pertahanan Spain dengan rembatan deras menewaskan Casillas.






Separuh masa kedua, Fred menambah gol Brazil untuk kedudukan selesa 3-0. Spain dihadiahkan sepakan penalti, tetapi Sergio Ramos mensiakan peluang keemasan untuk Spain melakukan comeback. Keadaan menjadi lebih cemas apabila Pique dibuang padang kerana melakukan profesional foul ke atas Neymar yang hanya berdepan dengan Casillas untuk menjaringkan gol. Sejak itu penguasaan bola memihak kepada pasukan Brazil hingga tamat permainan.


Sementara itu, dalam perlawanan penentuan tempat ke-3/4, Italy menebus kekecewaan kalah kepada Spain dalam sepakan penalti pada perlawanan separuh akhir. Buffon menjadi wira Italy apabila menyelamatkan 3 sepakan penalti Uruguay sekali membantu Italy mendapat tempat ke-3 Piala Konfederasi 2013. Walaupun tewas, Uruguay wajar diberi pujian kerana persembahan yang bersemangat sepanjang kejohanan berlangsung.




Keputusan akhir Piala Konfederasi Brazil 2013

Juara : BRAZIL

Naib Juara : SPAIN

Tempat ke-3 : ITALY

Tempat ke-4 : URUGUAY




Pemenang Anugerah Piala Konfederasi 2013


FIFA Fair Play Trophy : SPAIN

Golden Ball (Peman terbaik) : NEYMAR

Golden Shoe (Penjaring terbanyak) : FERNANDO TORRES

Golden Glove (Penjaga gol terbaik) : JULIO CESAR

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " BRAZIL JUARA PIALA KONFEDERASI 2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets