Showing posts with label EPL. Show all posts

 

Nasib Kelab EPL Dalam UEFA Champions League 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

 TINGGAL SATU LAGI


Terkini : Manchester City juga gagal mara ke suku akhir [Klik]

Liga Perdana Inggeris berdepan risiko berkemungkinan kehilangan wakil di pusingan suku akhir UEFA Champions League 2015 jika Manchester City seri atau tewas kepada Barcelona awal pagi esok. Malang menimpa Chelsea dan Arsenal kerana mereka disingkirkan berdasarkan peraturan gol di tempat lawan biarpun agregat berkesudahan 3-3.



Liverpool seperti diketahui umum gagal melepasi peringkat kumpulan dengan Real Madrid dan FC Basel melayakkan diri ke pusingan 16 terakhir. Musim lalu, Manchester United dan Chelsea menjadi wakil England dan hanya Chelsea sahaja yang mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Atletico Madrid.



Pencapaian buruk ini sedikit sebanyak mencalarkan imej EPL yang begitu gah dihebahkan menerusi saluran televisyen. Manchester City ketinggalan 1-2 kepada Barcelona dan mereka perlu menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol untuk mara ke suku akhir. Setakat hari ini, 6 pasukan sudah mengesahkan tempat ke suku akhir. Rujuk entri terdahulu di sini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Penuh Perpindahan Pemain EPL Januari 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

MAN CITY DAN CHELSEA BERBELANJA BESAR



Jendela perpindahan pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir 2 Februari lalu. Kesempatan ini digunakan oleh kelab-kelab yang ingin memperkuatkan skuad utama dan juga melepaskan pemain simpanan. Chelsea sebagai pendahulu liga membawa masuk Juan Cuardado dari Fiorentina dengan yuran perpindahan 27 juta pound dan melepaskan Andre Schurrle pada harga 24 juta pound kepada Wolfsburg. 



Manchester City mendapatkan khidmat Wilfried Bony dari Swansea City untuk digandingkan bersama Sergio Aguero di barisan hadapan. Arsenal pula terdesak mencari pengganti Thomas Vermaelen dengan menawarkan kontrak kepada Gabriel Paulista dari Villareal pada harga 11.2 juta pound.



Manchester United menandatangi bekas penjaga gol Barcelona Victor Valdes sebagai pesaing David De Gea. Mereka turut melepaskan Darren Fletcher, Wilfried Zaha dan Micheal Keane kerana tidak diperlukan oleh pengurus baru Louis Van Gaal. Liverpool bagaimana pun tidak melakukan sebarang pembelian.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pemain EPL ke Piala Asia dan Piala Africa 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

KOMITMEN NEGARA



Kelab-kelab EPL pastinya resah kerana penganjuran dua kejohanan besar ini diadakan semasa musim liga memasuki fasa kedua. Setelah mengharungi bulan Disember yang padat dengan perlawanan, mereka perlu meneruskan momentum untuk mengutip mata sebanyak yang mungkin dalam liga dan menghadapi saingan kalah mati dalam Piala FA Inggeris atau Piala Capital One.



Kehilangan pemain utama untuk jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif bagi sesetengah pasukan. Piala Asia berlangsung selama 23 hari bermula 9 Januari dan pemain terlibat akan dipanggil 2 minggu sebelum untuk melakukan persiapan. Begitu juga dengan Piala Afrika yang bakal bermula pada 17 Januari nanti.



Antara nama besar yang terpaksa meninggalkan kelab EPL mereka ialah Yaya Toure dari Manchester City. Seramai 19 orang pemain yang menyertai Piala Asia dan Piala Afrika berdepan kemungkinan terlepas 5 hingga 6 perlawanan bergantung kepada sejauh mana penglibatan negara mereka wakili dalam kejohanan tersebut.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

12 Pemain Manchester United Dalam Senarai Cedera Menjelang Pertemuan Dengan Arsenal

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

LOUIS VAN GAAL PENING



Louis Van Gaal pening memikirkan masalah kecederaan pemain yang membelenggu kelab barunya itu. Menjelang pertemuan dengan Arsenal hujung minggu ini, seramai 12 pemain utama dijangka terlepas aksi perlawanan penting itu. Daripada 12, 5 pemain tercedera dalam minggu perlawanan antarabangsa baru-baru ini.



Secara rasminya, Manchester United mendahului carta kecederaan pemain diikuti Newcastle United (11) dan Everton (10). Ramai orang mempersoalkan kenapa United hanya mampu berada di tangga ke-7 tetapi tidak ramai yang mampu menkaji apa punca masalah tersebut kerana rata-rata peminat hanya melihat kepada keputusan perlawanan.



David De Gea, Michael Carrick, Daley Blind, Luke Shaw dan Angel Di Maria menambah derita United yang menagih khidmat mereka untuk memenangi perlawanan di Emirates. Nasib malang yang menimpa kelab menggangu rentak kemenangan dan usaha untuk kembali ke kedudukan 4 teratas.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Siaran Langsung Manchester United vs Manchester City 2 November 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

PELLEGRINI VS LOUIS VAN GAAL

jadual mu vs manchester city 02/11/2014

Keputusan akhir : Man City 1-0 Man Utd

Hanya 4 mata memisahkan kedua musuh tradisi ini. Manchester City dengan reputasi selaku juara bertahan manakala jiran mereka United dengan semangat dan pengurus baru. Melihat kepada prestasi semasa 3 perlawanan terakhir, City mengharungi waktu sukar dengan 2 kekalahan dan satu seri manakala Manchester United berjaya mengekal rekod tanpa kalah dan terbaru gol Van Persie ketika seri dengan Chelsea berjaya memulihkan kepercayaan peminat.



Louis Van Gaal akan merasai pertembungan Manchester derby pertama beliau selepas menggantikan David Moyes. Kapten United, Rooney pula akan kembali beraksi selepas menjalani penggantungan 3 perlawanan menentang Everton, West Brom dan Chelsea. Sementara City bakal kehilangan pemain utama David Silva yang cedera sewaktu kekalahan mereka di laman sendiri kepada Newcaslte tempoh hari.



Dalam 6 pertemuan Manchester Derby, United hanya menang sekali sahaja ketika gol sepakan percuma Van Persie masuk menerjah gawang yang akhirnya membawa kepada kejuaraan EPL terakhir Sir Alex Ferguson sebelum berpencen.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Masalah Kecederaan Pemain Manchester United Musim 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

UNITED TUMPU PRODUK AKADEMI



Cabaran utama Louis Van Gaal musim ini adalah membantu United kembali pada kedudukan 'top four'. Disebabkan itu beliau diberi sejumlah wang yang besar untuk membawa masuk pemain yang sesuai bagi tujuan itu. Enam muka baru diperkenalkan bermula dengan Luke Shaw, Ander Herrera, Marcos Rojo, Angel Di Maria, Daley Blind dan akhir sekali Radamel Falcao.



Di bahagian serangan United nampak begitu mantap. Tetapi bahagian pertahanan masih menampakkan kelemahan kerana kelab sudah kehilangan tiga pemain berpengalaman dan 'leader' di posisi itu. Rio Ferdinand (35 tahun), Nemanja Vidic (32 tahun) dan Evra (33 tahun) masing-masing meninggalkan kelab sewaktu musim perpindahan yang lalau.



Kini hanya tinggal Jonny Evans, Chris Smalling, Phil Jones dan Rafael sebagai pemain senior di posisi pertahanan. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga pemain tersebut terpaksa direhatkan kerana kecederaan. Paling malang bagi sesebuah kelab apabila kehilangan ramai pemain di posisi yang sama.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Gempar : Manchester United Berjaya Dapatkan Radamel Falcao Dari AS Monaco

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

KEJUTAN SAAT AKHIR



Manchester United memberi amaran awal kepada pencabar EPL bahawa mereka akan terus membina skuad bagi cubaan merangkul kejuaraan liga. Terkini Radamel Falcao peledak berbisa dari AS Monaco menyertai pasukan The Red Devils dengan harga pinjaman 12 juta Pound dengan perjanjian jual beli di akhir musim nanti.



Selepas ketibaan perpindahan termahal England, Di Maria dan Daley Blind dari Ajax Falcao akan memulakan sesi latihan selepas perlawanan persahabatan antarabangsa minggu ini. Peminat United akan menyaksikanm penampilan pertama Falcao pada 14 September 2014 menentang QPR di Old Trafford.



Walaupun tidak dijanjikan dengan penglibatan bola sepak Eropah, Falcao tetap berminat menyertai sebuah pasukan yang dilabel antara terhebat di benua Eropah dengan menolak tawaran lumayan dari Manchester City dan Real Madrid. Beliau percaya United akan kembali ke tempat 4 teratas musim ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Manchester United Pecah Rekod Beli Angel Di Maria

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

PEMBELIAN TERMAHAL DALAM SEJARAH UNITED


Manchester United memecahkan rekod kelab dan England untuk pembelian seseorang pemain bola sepak. Angel Di Maria berpindah dari Real Madrid dengan harga yuran 59.7 juta Pound. Beliau menjadi pemain kelima termahal dunia di belakang Bale (86 juta), Ronaldo (80 juta), Suarez (75 juta) dan James (63 juta).



Pemain berusia 26 tahun itu menandatangani kontrak selama 5 tahun sehingga 2019. Louis Van Gaal terdesak untuk membawa masuk pemain bertaraf dunia untuk membantu bahagian serangan yang tumpul. Dalam 3 perlawanan musim baru, United hanya mampu seri sekali dan kalah 2 kali.



Kemasukan Di Maria menambah koleksi pemain baru United selain Ander Herrera, Luke Shaw dan Marcos Rojo. Van Gaal masih memerlukan seorang pemain pertahanan dan tengah untuk memperkuat barisan Manchester United bersaing ke kelompok 4 teratas.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Wayne Rooney Jadi Kapten Manchester United Musim 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

PILIHAN TEPAT



Wayne Rooney akhirnya dipilih menjadi kapten pasukan Manchester United untuk musim 2014/15. Selepas tamat perlawanan terakhir pra musim dengan kemenangan ke-6 berturut-turut, Louis Van Gaal merasakan Rooney sebagai calon terbaik melihat kepada prestasi beliau di atas padang dan sewaktu latihan.



Rooney juga menjadi inspirasi kepada pemain-pemain muda dan mampu memberi dorongan dan semangat kepada ahli pasukan. Darren Fletcher dinamakan sebagai pembantu yang akan mengambil alih peranan kapten sekiranya Rooney tidak bermain. Fletcher merupakan antara pemain senior yang berpengaruh dalam bilik persalinan dan mampu bekerjasama dengan Rooney



Dalam perlawanan awal pagi tadi United menewaskan Valencia dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Fletcher dan Fellaini. Gol Valencia pula disumbangkan oleh Rodrigo. Tahniah LVG dan Manchester United. Bring on Swansea!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung & Jadual Perlawanan EPL Musim 2014/2015 | Astro @ Live Streaming

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

5 PASUKAN MAMPU JADI JUARA

JADUAL EPL 2015, jadual epl match malam ni
Jadual Perlawanan Bola Sepak Liga Perdana Inggeris

Updates : Senarai lengkap perpindahan pemain EPL musim 2014/15 [Klik]


Musim English Premier League (EPL) 2014/2015 hanya tinggal beberapa hari lagi! Semalam kita sudah menyaksikan kehandalan skuad Arsenal menjinakkan juara EPL musim lalu Manchester City dalam perlawanan Perisai Komuniti 2014. Adakah anak buah Pellegrini mampu mempertahankan kejuaraan mereka?



Liverpool pula mengejutkan ramai pihak dengan pencapaian memberansangkan di bawah kendalian Brendan Rodgers. Kehebatan gandingan Luis Suarez dan Daniel Sturridge merobek pertahanan lawan melonjakkan mereka di tangga ke-2 liga sekaligus melayakkan diri secara automatik ke Piala Liga Juara-Juara Eropah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Keputusan Arsenal vs Manchester City | Perisai Komuniti 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

CITY TERIMA PADAH



Keputusan akhir : Arsenal 3-0 Manchester City


Ketiadaan pemain utama dan kesilapan percaturan Manuel Pellegrini akhirnya menyaksikan pasukan juara EPL 2013/14 Manchester City dibelasah 0-3 oleh Arsenal dalam perlawanan Perisai Komuniti 2014. Arsene Wenger menurunkan kebelasan terbaiknya dengan menyenaraikan pemain bintang Alexis Sanchez dan Calum Chambers mengisi tempat Mertesacker yang direhatkan selepas kempen Piala Dunia 2014.



City kehilangan khidmat kapten pasukan Kompany, Zabaleta, Aguero, Demichelis, Fernadinho, dan Negredo. Boyata yang diturunkan di posisi pertahanan nampak goyah dan kekalutan itu digunakan sebaiknya oleh Arsenal. Mereka lebih mengusai permainan dan berhak untuk menang Perisai Komuniti kali ini.



Kejayaan ini akan menaikkan moral pemain-pemain Arsenal sebelum perlawanan EPL minggu depan. Buat City dan Pellegrini, musim ini bakal menjanjikan cabaran yang lebih sukar dari musim lalu. Gol-gol perlawanan dijaringkan Cazorla (21'), Ramsey (42') dan Giroud (60').

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Perlawanan Manchester City vs Arsenal | FA Community Shield 2014 di Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

PERANG PSIKOLOGI

LIVE STREAMING PIALA PERISAI KOMUNITI 2014 ARSENAL VS MAN CITY

[Video] Gol-gol perlawanan : Arsenal 3-0 Manchester City [Klik]

Seminggu sebelum bermulanya kempen English Premier League (EPL) 2014/2015, kita akan disajikan dengan perlawanan Perisai Komuniti antara pasukan Manchester City vs Arsenal. Kedua-dua kelab ini layak sebagai juara EPL dan juara Piala FA musim lalu.



Manchester City kali terakhir bermain dan menang di Piala Perisai Komuniti pada tahun 2012. Arsenal pula kali terakhir layak pada tahun 2005 sebagai juara Piala FA tetapi tewas kepada pasukan Chelsea di bawah kendalian Mourinho yang pertama kali menjulang trofi EPL.



Arsene Wenger dan Manuel Pellegrini akan menguji kekuatan pasukan masing-masing sebelum bermula perlawanan EPL nanti. Peluang ini juga akan digunakan untuk memperkenalkan pemain baru yang dibeli dalam musim perpindahan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tirai Musim Baru EPL 2014/15 Bakal Bermula Dengan Piala Perisai Komuniti 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

PERANG PSIKOLOGI BERMULA


Jadual Live Streaming Arsenal vs Manchester City [Klik]

Piala Perisai Komuniti FA atau FA Community Shield merupakan perlawanan tahunan melibatkan juara EPL musim lepas menentang juara Piala FA. Umum sudah tahu kelab Manchester City membuktikan mereka masih gah dengan pembelian pemain berstatus bintang dan pemilihan Manuel Pellegrini selaku pengurus pasukan. Kemenangan juara EPL 2013/2014 memang tidak dapat dinafikan.



Liverpool yang tidak diletakkan harapan pada awalnya, hampir-hampir saja menamatkan kemarau 24 tahun kejuaraan liga. Ternyata persembahan Luis Suarez, Sturridge dan Sterling dibantu pula dengan taktikal Brendan Rodgers yang mantap membawa mereka muncul naib juara EPL. Chelsea dan Arsenal terpaksa berpuas hati di tempat ke-3 dan ke-4.



Arsenal sebaliknya mendapat tuah dalam pertandingan Piala FA Inggeris 2013/14. Kemarau trofi 9 tahun anak buah Arsene Wenger berakhir apabila mereka menewaskan Hull City dalam masa tambahan perlawanan tersebut.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

TOP 10 : Senarai Terkini Perpindahan Pemain Termahal Dunia 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

LUIS SUAREZ MASUK CARTA




Perpindahan Luis Suarez ke Barcelona yang bernilai 75 juta pound membolehkan beliau kini tersenarai dalam pemain termahal dunia. Musim lalu kita dikejutkan dengan rekod baru pembelian Gareth Bale (86 juta pound) oleh Real Madrid. Cristiano Ronaldo masih kekal di tempat kedua dengan 80 juta pound.



Seperti enggan mengaku kalah dengan musuh tradisi, Real Madrid tidak menunggu lama sebelum membida penjaring terbanyak Piala Dunia 2014 dan gol terbaik kejohanan dari Colombia - James Rodriguez. Monaco akhirnya terpaksa melepaskan pemain muda berbakat itu dengan yuran perpindahan 63 juta pound.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Perpindahan TERKINI Pemain Bola Sepak Dunia 2014/2015 | Paling Mahal

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

2014 TRANSFER WINDOW

PERPINDAHAN PEMAIN JUN 2013,RANKING PEMAIN BOLA SEPAK TERMAHAL 2013, SENARAI PENUH LENGKAP PERPINDAHAN PEMAIN TAHUN 2013 TERKINI


Updates : Senarai lengkap perpindahan pemain EPL musim 2014/15 [Klik]


Musim 2014/2015 liga bola sepak dunia sudah memasuki sesi pemanas badan. Pelbagai spekulasi perpindahan berlegar-legar di media cetak dan eletronik sejurus selepas berakhirnya kempen Piala Dunia 2014. Nama seperti James Rodriguez paling hangat diperkatakan apabila beliau memenangi Anugerah Kasut Emas dengan 6 gol Piala Dunia dari 5 perlawanan.



Kelab Real Madrid telah muncul juara UEFA Champions League buat kali pertama sejak 2002 menewaskan Atletico Madrid (juara La Liga) di pentas final. Sevilla pula menewaskan Benfica menerusi sepakan penalti untuk menjuarai Europa League. Nampaknya musim lalu kejohanan Eropah didominasi kelab-kelab dari Sepanyol.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Lengkap Perpindahan Terkini Pemain EPL 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

PERPINDAHAN PEMAIN LIGA PERDANA INGGERIS 2014/15


PERPINDAHAN PEMAIN EPL 2013 2014, PERPINDAHANLENGKAP EPL 2013 2014

Senarai perpindahan pemain dunia musim 2015/2016 [Klik]

Arsenal


In

Alexis Sanchez (Barcelona) 44 million
Mathieu Debuchy (Newcastle) 10 million
Elias Chatzitheodoridis (Mas Kallitheakos) Undisclosed
Hugo Keto (HJK Helsinki) Undisclosed
David Ospina (Nice) 3.3 million
Calum Chambers (Southampton) 15.2 million
Danny Welbeck (Man Utd) 16 million

Out

Bacary Sagna (Manchester City) Free
Lukasz Fabianski (Swansea) Free
Zak Ansah (Charlton Athletic)
Zachari Fagan (Welling United)
Chuks Aneke (Zulte Waregem)
Carl Jenkinson (West Ham) Loan
Thomas Vermaelen (Barcelona) 15 million

Nicklas Bendtner, Daniel Boateng, Chu-Young Park, Leander Siemann (Released)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pemain Manchester United Musim 2014/2015 | Nombor Jersi Terkini

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

MILIK SIAPAKAH JERSI NO.7 & 11 UNITED?



Senarai Pemain Manchester United Musim 2015/2016 [Klik]

Musim EPL 2014/2015 akan bermula bulan depan. Sudah pasti ramai peminat kelab mahu melupakan pencapaian buruk musim lepas. United sekadar mampu menamatkan saingan liga di tempat ke-7 dan terlepas slot kejohanan Eropah. Itulah cabaran yang harus dipikul oleh pengganti Sir Alex Ferguson. Meneruskan legasi yang telah dibina selama lebih 27 tahun bukanlah satu perkara yang mudah.



Mungkin pemilihan David Moyes dianggap satu keputusan yang berani. Walaupun rekod beliau bersama Everton memang tidak boleh disangkal, status kelab Manchester United jauh berbeza. Moyes bukan seorang pengurus yang bersaing untuk kejuaraan. Beliau hanya berpengalaman menaikkan kelab pertengahan untuk mencabar kelab-kelab elit.



Malang nasib beliau yang dipecat hanya selepas 10 bulan mengendalikan skuad United. Pencapaian terbaik beliau melayakkan United ke suku akhir UEFA Champions League sebelum tewas kepada Bayern Munich. Beliau juga berjaya membawa masuk Juan Mata dari Chelsea untuk membantu bahagian serangan. Pembelian itu memecahkan rekod pemain termahal yang pernah dibeli United.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Penuh Perlawanan EPL Manchester United Musim 2014 / 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

UNITED BAKAL BERUBAH WAJAH


Jadual Perlawanan Pre Season Tour 2014 [Klik]


Sentuhan berbisa Louis Van Gaal sepanjang kempen Piala Dunia 2014 sedikit sebanyak memberi harapan baru untuk kelab Manchester United musim depan. Malang pula bagi peminat "Anti United" atau ABMU (Asal Bukan Manchester United) kerana episod gembira mereka bakal berkurang sedikit demi sedikit. Sewaktu era Moyes, United dikutuk berhabis-habisan kerana sudah lama mereka menunggu saat kejatuhan skuad The Red Devils.



Musim ini United gagal melayakkan diri ke kejohanan Eropah sama seperti Liverpool yang mengalami nasib yang sama musim lalu. Mungkin nampak sedikit janggal kerana Champions League merupakan kejohanan yang tertinggi di peringkat kelab.



Tapi jika dilihat dari sudut positif Manchester United boleh bermula dari bawah semula. Louis Van Gaal merupakan calon terbaik untuk tugasan itu. Dibantu pula oleh ryan Giggs yang sudah sebati dengan kelab. Sepanjang musim lalu, pelbagai masalah timbul selepas pemergian pengurus lagenda Sir Alex Ferguson. Kesefahaman dan motivasi pemain agak merosot dan mengakibatkan kekalahan demi kekalahan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Pre Season Tour Manchester United 2014 / 2015 | Friendly Match

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

TOUR 2014 | MANCHESTER UNITED





Jadual Penuh Kejohanan International Champions Cup 2014 [Klik]

Musim baru bola sepak EPL 2014/2015 bakal bermula tak lama lagi. Biarpun demam Piala Dunia masih melanda, kejutan di liga-liga domestik pastinya lebih menarik. Sana sini sibuk dengan pembelian pemain baru. Tidak terkecuali Manchester United yang agak suram musim lalu.



Kehadiran Louis Van Gaal dilihat mampu memperbaiki kelemahan yang ketara sebelum ini. Lihat saja bagaimana corak permainan pasukan Belanda ketika ini. Bermula dengan membelasah juara bertahan hinggalah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir. Kemasukan pemain baru Ander Herrera dan Luke Shaw memberi petanda awal kebangkitan kelab 'The Red Devils' itu.



Difahamkan akan ada lagi pembelian di bawah era Louis Van Gaal untuk memperkukuhkan bahagian pertahanan dan tengah. Nama-mana seperti Nigel De Jong, Kevin Strootman, Carvalho dan Angel Di Maria dijangka menyertai Manchester United.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Louis Van Gaal Sah Jadi Pengurus Baru Manchester United

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

WELCOME TO OLD TRAFFORD



Kelab Manchester United secara rasminya melantik Louis Van Gaal  sebagai pengurus baru kelab itu malam tadi dengan tempoh kontrak selama 3 tahun. Van Gaal menggantikan tempat David Moyes yang dipecat bulan lalu. Ryan Giggs pula dilantik menjadi penolong pengurus dan seterusnya mengumumkan persaraan sebagai pemain profesional.



Penyokong kelab Manchester United sudah pastinya mampu tersenyum mendengar berita ini. Lebih-lebih lagi setelah mengharungi musim yang begitu suram di bawah kendalian Moyes. Van Gaal ketika ini sibuk membuat persiapan pasukan kebangsaan Belanda ke Piala Dunia 2014 di Brazil. Beliau difahamkan akan meletakkan jawatan sebagai jurulatih Belanda sejurus selepas tamat kempen Piala Dunia nanti dan memulakan karier barunya selaku pengurus Manchester United.



Musim hadapan United tidak akan beraksi di pentas Eropah kerana hanya mampu menduduki tangga ke-7 liga. Bagi Van Gaal itu bukan masalah besar kerana United mempunyai lebih masa dan fokus untuk kejuraaan domestik terlebih dahulu. Kita dapat lihat bagaimana Liverpool menggunakan kelebihan itu dan menyaingi pendahulu liga hingga ke perlawanan terakhir.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/