Home » , , , , , , , , , » Jadual Penuh Perlawanan EPL Manchester United Musim 2014 / 2015

Jadual Penuh Perlawanan EPL Manchester United Musim 2014 / 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

UNITED BAKAL BERUBAH WAJAH


Jadual Perlawanan Pre Season Tour 2014 [Klik]


Sentuhan berbisa Louis Van Gaal sepanjang kempen Piala Dunia 2014 sedikit sebanyak memberi harapan baru untuk kelab Manchester United musim depan. Malang pula bagi peminat "Anti United" atau ABMU (Asal Bukan Manchester United) kerana episod gembira mereka bakal berkurang sedikit demi sedikit. Sewaktu era Moyes, United dikutuk berhabis-habisan kerana sudah lama mereka menunggu saat kejatuhan skuad The Red Devils.



Musim ini United gagal melayakkan diri ke kejohanan Eropah sama seperti Liverpool yang mengalami nasib yang sama musim lalu. Mungkin nampak sedikit janggal kerana Champions League merupakan kejohanan yang tertinggi di peringkat kelab.



Tapi jika dilihat dari sudut positif Manchester United boleh bermula dari bawah semula. Louis Van Gaal merupakan calon terbaik untuk tugasan itu. Dibantu pula oleh ryan Giggs yang sudah sebati dengan kelab. Sepanjang musim lalu, pelbagai masalah timbul selepas pemergian pengurus lagenda Sir Alex Ferguson. Kesefahaman dan motivasi pemain agak merosot dan mengakibatkan kekalahan demi kekalahan.



Kemasukan pemain baru seperti Luke Shaw dan Ander Herrera dijangka mampu menjadi permulaan yang gemilang untuk United. Mereka dijangka memulakan sesi latihan minggu ini. Louis Van Gaal juga bakal hadir di Old Trafford tidak lama lagi. Mengikut jadual, United akan menentang Swansea City sama untuk perlawanan pembuka tirai EPL musim 2014/2015 dan dituruti dengan Sunderland dan Burnley (pendatang baru).



Perlawanan sengit dengan Chelsea dijadualkan pada bulan Oktober dan seminggu selepas itu pertemuan derby di Stadium Etihad. Pusingan kedua juga menyaksikan susunan perlawanan yang hampir sama untuk pertemuan dengan Manchester City dan Chelsea. Kita harapkan supaya Louis Van Gaal mampu membawa United ke tempat 4 terbaik liga.


Berikut adalah Jadual Lengkap Perlawanan EPL Manchester United 2014/15



#GloryGloryManUtd

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Jadual Penuh Perlawanan EPL Manchester United Musim 2014 / 2015 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets