Home » , , , , , , , , , » Louis Van Gaal Sah Jadi Pengurus Baru Manchester United

Louis Van Gaal Sah Jadi Pengurus Baru Manchester United

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

WELCOME TO OLD TRAFFORD



Kelab Manchester United secara rasminya melantik Louis Van Gaal  sebagai pengurus baru kelab itu malam tadi dengan tempoh kontrak selama 3 tahun. Van Gaal menggantikan tempat David Moyes yang dipecat bulan lalu. Ryan Giggs pula dilantik menjadi penolong pengurus dan seterusnya mengumumkan persaraan sebagai pemain profesional.



Penyokong kelab Manchester United sudah pastinya mampu tersenyum mendengar berita ini. Lebih-lebih lagi setelah mengharungi musim yang begitu suram di bawah kendalian Moyes. Van Gaal ketika ini sibuk membuat persiapan pasukan kebangsaan Belanda ke Piala Dunia 2014 di Brazil. Beliau difahamkan akan meletakkan jawatan sebagai jurulatih Belanda sejurus selepas tamat kempen Piala Dunia nanti dan memulakan karier barunya selaku pengurus Manchester United.



Musim hadapan United tidak akan beraksi di pentas Eropah kerana hanya mampu menduduki tangga ke-7 liga. Bagi Van Gaal itu bukan masalah besar kerana United mempunyai lebih masa dan fokus untuk kejuraaan domestik terlebih dahulu. Kita dapat lihat bagaimana Liverpool menggunakan kelebihan itu dan menyaingi pendahulu liga hingga ke perlawanan terakhir.



Mengikut rekod pencapaian terdahulu, Louis Van Gaal pernah memenangi kejuaraan domestik di tiga buah negara iaitu Holland, Spain dan Germany. Musim depan adalah pengalaman pertama beliau di England. Sama-sama kita tunggu siapakah pemain yang bakal dibawa masuk untuk memantapkan skuad Manchester United.





Profil Louis Van Gaal

Tarikh lahir: 8 Ogos 1951

Umur: 62

Tempat kelahiran: Amsterdam, Holland

Kelab sebagai pemain: Ajax, Royal Antwerp, Telstar, Sparta Rotterdam, AZ Alkmaar

Jumlah penampilan: 333

Jumlah jaringan: 34

Kelab sebagai pengurus: Ajax, Barcelona (2 kali), AZ Alkmaar, Bayern Munich

Negara sebagai pengurus: Holland (2000-02 dan 2012-2014)

Pencapaian sebagai pengurus: Eredivisie (1993-94, 1994-95, 1995-96, 2008-09), UEFA Cup 1991-92, Champions League 1994-95, UEFA Super Cup (1995 and 1997), La Liga (1997-98 dan 1998-99), Copa del Rey (1997-98), Bundesliga 2009-10

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Louis Van Gaal Sah Jadi Pengurus Baru Manchester United "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets