Masalah Kecederaan Pemain Manchester United Musim 2014/2015
Penulis: Que | Kategori: analisis , blackett , EPL , louis van gaal , manchester united , mcnair , senarai , sukan
UNITED TUMPU PRODUK AKADEMI
Cabaran utama Louis Van Gaal musim ini adalah membantu United kembali pada kedudukan 'top four'. Disebabkan itu beliau diberi sejumlah wang yang besar untuk membawa masuk pemain yang sesuai bagi tujuan itu. Enam muka baru diperkenalkan bermula dengan Luke Shaw, Ander Herrera, Marcos Rojo, Angel Di Maria, Daley Blind dan akhir sekali Radamel Falcao.
Di bahagian serangan United nampak begitu mantap. Tetapi bahagian pertahanan masih menampakkan kelemahan kerana kelab sudah kehilangan tiga pemain berpengalaman dan 'leader' di posisi itu. Rio Ferdinand (35 tahun), Nemanja Vidic (32 tahun) dan Evra (33 tahun) masing-masing meninggalkan kelab sewaktu musim perpindahan yang lalau.
Kini hanya tinggal Jonny Evans, Chris Smalling, Phil Jones dan Rafael sebagai pemain senior di posisi pertahanan. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga pemain tersebut terpaksa direhatkan kerana kecederaan. Paling malang bagi sesebuah kelab apabila kehilangan ramai pemain di posisi yang sama.
Setakat hari ini 1 Oktober 2014, lapan pemain United mengalami kecederaan. Bilangan ini antara tertinggi dalam EPL.
1. Michael Carrick (Ankle)
2. Phil Jones (Hamstring)
3. Jesse Lingard (Ankle)
4. Marouane Fellaini (Foot)
5. Jonny Evans (Ankle)
6. Chris Smalling (Thigh)
7. Ashley Young (Knock)
8. Ander Herrera (Rib)
Ini tidak termasuk Wayne Rooney yang digantung tiga perlawanan kerana melakukan kekasaran kepada Stewart Downing dalam perlawanan menentang West Ham minggu lalu. Straight red card + violent conduct = 3 games ban.
Musim ini, Louis Van Gaal memberi kepercayaan kepada pemain muda Tyler Blackett di kala masalah kecederaan melanda bahagian pertahanan. Beliau sudah bermain 5 dari 6 perlawanan United musim ini sebelum dilayangkan kad merah ketika United tewas mengejut 3-5 kepada Leicester City. Untuk kes ini, Blackett hanya digantung 1 perlawanan kerana melakukan 'profesional foul' yang tidak ganas.
Terbaru, Paddy McNair pula dipertaruhkan ekoran penggantungan Blackett. Hasilnya peminat United dapat menyaksikan seorang lagi pemain berpotensi tinggi yang dilahirkan dari akademi mereka. Louis Van Gaal terkenal sebagai pengurus yang membantu menaikkan pemain-pemain muda. Antaranya Seedorf & Kluivert (Ajax), Iniesta & Xavi (Barcelona dan Muller (Bayern Munich).

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..