Showing posts with label final. Show all posts

 

Keputusan Kelantan vs Lions XII Final Piala FA 23 Mei 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

MALAYSIA VS SINGAPURA


Keputusan akhir : Kelantan 1-3 Lions XII

Kelantan bakal mendapat sokongan padu malam ini selaku wakil negara dalam perlawanan Final Piala FA 2015 menentang pasukan jemputan Lions XII. Biar apa pun terjadi yang pasti seluruh peminat bola sepak tempatan mahu Piala FA kekal di Malaysia setelah insiden panas di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah minggu lalu.



Lions XII menempah tiket ke Final Piala FA buat pertama kali dengan kelebihan gol di tempat lawan walaupun keputusan berakhir 4-4 mengikut agregat. Kelantan menjadi pasukan pilihan untuk menang malam ini selepas menunjukkan peningkatan dalam beberapa siri perlawanan di bawah kendalian Azraai Khor.



Dari segi rekod, Kelantan pernah memenangi Piala FA 2 kali pada tahun 2012 dan 2013. Dibantu dengan sokongan penuh peminat tegar mereka yang dijangka memenuhkan ruang stadium dengan lautan merah putih , sudah pasti keriuhan ini bakal menimbulkan keresahan pemain-pemain lawan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Final Badminton Piala Sudirman China vs Jepun | 17 Mei 2015 di Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

CHINA BURU GELARAN KE-10


Keputusan akhir : China 3-0 Jepun

China menepati ramalan layak ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2015. Selaku tuan rumah, China bakal memburu gelaran ke-10 dan ke-6 berturut dalam sejarah. Mereka melepasi halangan dengan mengetepikan cabaran pasukan Germany dan Indonesia. Lawan mereka di final nanti merupakan pasukan Jepun yang menunjukkan peningkatan sejak menjuarai Piala Thomas 2014.



China ketika itu diaibkan Jepun dalam saingan separuh akhir dengan keputusan 3-0. Walaupun Piala Thomas hanya melibatkan pemain lelaki dan berbeza dengan format berpasukan Piala Sudirman, sudah pasti luka tersebut masih dirasai. Pentas petang ini bakal menjadi medan bagi China untuk mempamerkan kekuatan sebenar.



Jepun mengejutkan Korea Selatan yang menjadi naib juara dalam edisi sebelum ini. Perlawanan yang berlangsung lebih 4 jam itu berakhir dengan keputusan 3-2 memihak kepada negara matahari terbit itu. Jepun mungkin bukan pasukan pilihan kerana mereka buat pertama kali layak ke perlawanan akhir Piala Sudirman. Namun China harus berhati-hati dan memberi sepenuh tumpuan supaya trofi Piala Sudirman kekal menjadi milik mereka.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Barcelona lawan Juventus di Final UEFA Champions League 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

REAL MADRID TERKANDAS




Juventus mengejutkan juara bertahan Real Madrid dalam 2 perlawanan separuh akhir UEFA Champions League 2014/2015. Awal pagi tagi Juventus mengikat kedudukan 1-1 sekaligus memenangi saingan 3-2 secara agregat. Kejayaan itu cukup bermakna buat Juventus yang kali terakhir melakukan penampilan di pentas akhir pada 2003.



Ketika itu mereka tewas dalam penentuan sepakan penalti kepada musuh setempat AC Milan. Pusingan akhir yang dijadualkan pada bulan Jun bakal mempertemukan Barcelona yang terlebih dahulu menundukkan Bayern Munich 5-3 secara agregat menentang Juventus yang sudah bergelar juara Serie A.



Dari rekod pertemuan kedua pasukan, kali terakhir mereka bertemu pada suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dalam musim 2002/2003 yang dimenangi Juventus dengan agregat 3-2. Barcelona diletakkan sebagai pasukan pilihan dengan kejuaraan 4 kali dan gandingan mantap trio serangan yang diketuai Messi, Neymar dan Suarez.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Final Piala FA Inggeris 2015 | Arsenal vs Aston Villa

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

ARSENAL PASUKAN PILIHAN



PIALA FA INGGERIS 2015 FINAL ARSENAL VS ASTON VILLA



Arsenal kini hanya selangkah sebelum dinobatkan selaku juara Piala FA Inggeris musim 2014/2015. Mereka yang juga juara bertahan dipaksa berhempas pulas sehingga ke masa tambahan ketika menentang pasukan divisyen 2, Reading. Akhirnya kesilapan penjaga gol Reading memberi kemenangan kepada Arsenal 2-1 dan melayakkan mereka ke Final FA Cup 2015 bulan depan.



Menanti mereka di perlawanan akhir adalah pasukan Aston Villa yang mengejutkan Liverpool dengan jaringan 2 -1. Biarpun ramai peminat bola sepak menharapkan final antara Liverpool dan Arsenal namun terpaksa akur dengan kemerosotan kelab Liverpool itu yang kini sudah tewas 3 kali dari 4 perlawanan terakhir.



Jika Arsenal layak secara automatik ke UEFA Champions League, Aston Villa akan layak ke slot Euopa League atas tiket finalis FA Cup. Liverpool perlu memastikan mereka menamatkan liga setinggi yang mungkin untuk mengelakkan tersingkir dari bermain di peringkat Eropah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Barcelona vs Real Madrid El Clasico 23 Mac 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

BARCA MILIKI KELEBIHAN


Keputusan akhir : Barcelona 2-1 Real Madrid


2 kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid bakal berentap hujung minggu ini untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing di persada liga. Barcelona berada pada tahap terbaik ketika ini apabila melayakkan diri ke suku akhir UEFA Champions League menewaskan Manchester city dengan agregat 3-1.



Real Madrid walaupun mara, mereka tewas di laman sendiri 3-4 kepada Schalke tempoh hari. Kontroversi pemain handalan mereka seperti Ronaldo dan Bale mungkin akan memberi kesan dalam perlawanan nanti. Tambahan pula Real akan bermain di Stadium Camp Nou yang kali terakhir mereka menang pada tahun 2012.



Gandingan 3 serangkai Barcelona nampak semakin serasi dan ini akan menjadi senjata utama kelab Catalan itu untuk memburu 3 mata. Melihat kepada carta liga, Barcelona hanya mendahului Real Madrid dengan 1 mata. Kemenangan dalam El Clasico akan menjarakkan mata Barca selaku pendahulu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton All England 3 - 8 2015 | Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

FOKUS LIN DAN



Kejohanan Badminton All England sedang berlangsung bermula 3 hingga 8 Mac 2015. Tahun ini merupakan tahun paling malang dan mencabar buat pasukan Malaysia yang kehilangan khidmat bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang digantung dari menyertai sebarang pertandingan sehingga kes penyalahgunaan bahan terlarang selesai.



Akibatnya sehingga malam tadi, tiada satu wakil Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir. Beregu harapan negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong tewas kepada pasangan Denmark dalam straight set 15-21,13-21. Dalam beregu wanita pula, pasangan Tan Aik Quan/Lai Pei Jing terpaksa akur kepada kehebatan pilihan pertama dari China juga dalam straight set.



Kini tumpuan terarah kepada bekas juara 5 kali, Lin Dan yang berjaya ke suku akhir setelah menarik diri dari 2 kejohanan lalu. Menanti di separuh akhir nanti, pemain nombor satu dunia ketika ini Chen Long. Salah seorang terpaksa memberi laluan kepada pemenang untuk meneruskan kemaraan memburu pingat untuk negara China.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Final Capital One Cup 2015 | Chelsea vs Tottenham

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

MOURINHO BURU TROFI KETIGA

FINAL AKHIR CHELSEA VS TOTTENHAM 1 MAC 2015

Keputusan akhir : Chelsea 2-0 Tottenham

Jose Mourinho dan Piala Liga atau Capital One Cup memang agak sinonim. Beliau merupakan pakar dalam memenangi trofi ke-4 terpenting dalam ranking bola sepak England. Sebelum ini Chelsea pernah menjulang trofi Piala Liga dua kali bersama Mourinho pada tahun 2005 dan 2007. Kali ini mereka berjaya melayakkan ke final Piala Capital One untuk bertemu Tottenham.



Sewaktu peninggalan Mourinho pada penghujung 2007, Avram Grant berjaya membawa Chelsea ke perlawanan akhir namun tewas kepada Tottenham dalam masa tambahan. Kali ini mereka berpeluang untuk membalas dendam kekalahan tersebut di bawah pimpinan Mourinho pula.



Chelsea menewaskan Bolton (3rd round), Shrewsbury (4th round), Derby (5th round) dan Liverpool (semi final) untuk sampai ke final. Tottenham pula menundukkan Nottingham Forest (3rd round), Brighton (4th round), Newcastle (5th round) dan Sheffield United (semi final).
 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Final Piala Afrika Ivory Coast vs Ghana 9 Februari 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

PELUANG IVORY COAST


Keputusan akhir : Ivory Coast 0 (9) - (8) 0 Ghana *penalti

Kejohanan Piala Afrika 2015 bakal melabuhkan tirai pada hari esok. Tuan rumah, Equatorial Guinea mengesahkan tempat ke-4 awal pagi tadi setelah tewas 2-4 menerusi sepakan penalti kepada DR Congo. Perlawanan masa tambahan berakhir 0-0. Dalam perlawanan akhir bakal mempertemukan dua jagoan benua Afrika, Ivory Coast dan Ghana.



Sejarah lebih memihak kepada Ghana yang pernah muncul juara Piala Afrika 4 kali berbanding Ivory Coast hanya sekali pada tahun 1992. Tetapi pada ketika ini, pasukan Ivory Goast lebih dikenali kerana pemain-pemain mereka yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL). Nama-nama seperti Yaya Toure, Kolo Toure, Wilfried Bony dan Dider Drogba tidak perlu diperkenalkan lagi.



Dalam 2 final sebelum ini (2006 dan 2012) Ivory Coast dikecewakan oleh Egypt dan Zambia. Tahun 2015 merupakan masanya untuk mereka buktikan kemampuan sebenar dan mengukuhkan kuasa di bumi Afrika. Ramalan Kafe Que : Ivory Coast bakal juara dalam Final Piala Afrika 2015.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Maharaja Lawak Mega 2014 | Zero Juara

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2014



Tahniah Zero kerana dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014 sebentar tadi. Mereka menewaskan pelawak senior seperti Sepahtu, Shiro, Nabil dan Bocey. Jep Sepahtu dinobatkan sebagai pemenang "Man Of The Match" final MLM 2014.



Bertemakan bebas dan muzikal komedi, persembahan pertama dari kumpulan Bocey agak hambar. Mujurlah Zero berjaya menaikkan mood lawak dengan lawak dan punchline yang menjadi. Tampil dengan konsep tarian singa sempena perayaan Tahun Baru Cina, kelainan seperti itu yang penonton mahukan.



Mereka bermula dengan pusingan Hot Seat dan berbekalkan semangat dan nawaitu yang murni, rezeki mereka melimpah ruah malam ini. Tahniah Zero! Ingat di mana kalian semua bermula. Semoga sukses selalu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Final Piala Asia Australia vs Korea Selatan 31 Januari 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

KELEBIHAN TUAN RUMAH

perlawanan akhir piala asia, jadual perlawanan akhir piala asia 2015

Keputusan Akhir : Australia 2-1 Korea Selatan

Kejohanan Piala Asia 2015 bakal melabuhkan tirai pada hari Sabtu ini. Tuan rumah, Australia dan wakil kumpulan A Korea Selatan bakal membuat perhitungan sekali lagi bagi menentukan negara mana lebih handal. Dalam perlawanan peringkat kumpulan, Australia tewas tipis 0-1 sekaligus memberikan Korea Selatan menjuarai kumpulan.



Bagi sesiapa yang menonton perlawanan itu, Australia dengan kelebihan beraksi di laman sendiri lebih banyak menyerang dan menguasai perlawanan. Namun penyudah tumpul dan ketangkasan pertahanan dan penjaga gol Korea Selatan menyelamatkan keadaan. Untuk rekod, Korea Selatan belum pernah bolos lagi dalam kejohanan kali ini.



Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat akan menemukan pasukan Asia Barat Iraq dan UAE petang ini. Ramalan Kafe Que : Australia bakal juara dalam Final Piala Asia 2015.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Online Final Maharaja Lawak Mega 2014 Stadium Putra Bukit Jalil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

CEPAT SEBELUM HABIS

ticket maharajalawak akhir 2014


Berita paling hangat untuk semua peminat rancangan Maharaja Lawak Mega 2014. Minggu depan 6 Februari 2015 merupakan pentas akhir MLM 2014. 6 kumpulan peserta bakal bersaing untuk merebut tempat ke final. Tiket-tiket akan dijual bermula pada harga RM 33, RM 53, RM 83 dan VVIP RM 999. Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014 akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil.



Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2014

Tarikh: 6 Februari 2015
Masa : 10 - 11.30 malam
Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil
Harga : RM83.00 (Arena), RM53.00 (Upper Tier 1) dan RM33.00 (Upper Tier 2)
Siaran Langsung : Astro Warna (132) & Mustika HD (134)

 

Tiket hanya boleh dibeli di ticketpro.com.mySiapakah bakal bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2014? Antara Sepahtu, Shiro, Nabil, Bocey, Virus dan Zero!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Chelsea Mara Ke Final Piala Capital One 2015 | Kalahkan Liverpool

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

MOURINHO MASIH BERBISA


Keputusan Akhir : Chelsea 1-0 Liverpool (Agg 2-1)

Harapan Liverpool untuk memenangi trofi sekali lagi dileburkan Chelsea yang begitu kebal di bawah kendalian Jose Mourinho. Biar pun beraksi cemerlang dalam 2 perlawanan timbal balik, mereka terpaksa akur dengan kelebihan Chelsea dan taktik Mourinho yang sememangnya pakar dalam pertandingan kalah mati. Gol Chelsea dijaringkan Ivanovic pada minit ke-94 (masa tambahan).



Selepas seri 1-1 dalam perlawanan pertama di Anfield, Liverpool perlu menjaringkan sekurang-kurangnya 1 gol kerana Chelsea mempunyai gol di tempat lawan. Semangat pemain Chelsea pastinya lebih membara ekoran kekalahan mengejut kepada kelab kerdil Bradford City 2-4 di Stamford Bridge dalam pusingan ke-4 Piala FA Inggeris Sabtu lalu.



Dari segi rekod pertemuan, Chelsea belum pernah tewas kepada Liverpool dalam 5 perlawanan sejak kembalinya Mourinho ke England. Mereka akan bertemu pemenang antara Tottenham atau Sheffield United di final dalam bulan Mac nanti. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Thailand Final Piala AFF Suzuki 20 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

PUSINGAN AKHIR 2

FINAL AFF SUZUKI 2014 MALAYSIA VS THAILAND BUKIT JALIL, perlawanan akhir kedua malaysia vs thailand di kuala lumpur

Keputusan akhir : Malaysia 3-2 Thailand

Keajaiban boleh berulang kembali. Tiada yang mustahil dalam sukan bola sepak ini kerana bola itu bulat. Namun tanpa semangat dan persembahan yang baik, impian itu mungkin sukar digapai. Siapa sangka anak buah Dollah Salleh mampu menundukkan Vietnam di gelanggang lawan tatkala tiada sebarang harapan diberikan.



Itu yang menjadi pegangan pemain Harimau Malaya yang masih mempunyai baki 90 minit untuk membuktikan kebangkitan di Hanoi bukan nasib semata-mata. Berbekalkan sokongan padu peminat di stadiun keramat malam ini, kita perlu terus mengasak kubu Thailand untuk mencari gol awal. Ketinggalan 0-2 tempoh hari, pasukan Malaysia perlu menyamakan semula kedudukan agregat tersebut sebelum mempunyai peluang menjulang Piala AFF Suzuki 2014.



Thailand mempunyai pemain muda yang berbakat dan mengamalkan corak permainan pantas. Satu cara untuk menyekat kemaraan mereka ialah dengan mengukuhkan bahagian tengah dan mengawal tempo permainan supaya tiada ruang untuk mereka menyerang balas dan memerangkap pertahanan negara.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Real Madrid vs San Lorenzo | Final Piala Kelab Dunia 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

REAL MADRID HAMPIRI PUNCAK


Keputusan akhir : Real Madrid 2-0 San Lorenzo

21 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan merupakan pencapaian yang sangat menakjubkan untuk Real Madrid. Di peringkat separuh akhir, mereka meneruskan kecemerlangan membelasah pasukan dari benua Amerika Utara, Cruz Azul 4-0 dan Ronaldo tiada dalam senarai penjaring. Lawan mereka di final nanti adalah Juara Copa Libertadores, San Lorenzo dari Argentina.



Kali terakhir Real Madrid menyertai kejohanan ini sewaktu menjuarai UEFA Champions League pada tahun 2000. Ketika itu mereka hanya mampu mendapat tempat ke-4. Antara kelab-kelab Eropah yang pernah menjulang Piala Kelab Dunia ialah Barcelona, Bayern Munich, Manchester United, AC Milan dan Inter Milan.



Real Madrid merupakan pasukan pilihan dalam final nanti. Pemain-pemain bintang seperti Ronaldo, Bale, Benzema, Isco, Kroos dan Rodriguez terlalu hebat untuk pertahanan San Lorenzo. Apatah lagi mereka kini berada dalam prestasi terbaik. Jangan ketinggalan menyaksikan perlawanan epik ini pada pagi Ahad.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Analisis : Punca Kekalahan Malaysia Lawan Thailand di Final Piala AFF Suzuki 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

DOLLAH LAMBAT BERTINDAK



Misi gagal. Itu saja yang boleh diperkatakan selepas melihat persembahan pemain Harimau Malaya di Bangkok semalam. Sebelum perlawanan, kita sudah tetapkan misi 1 gol tempat lawan atau pun keputusan seri untuk dibawa ke Kuala Lumpur Sabtu ini. Kini Malaysia perlu berjuang bermati-matian untuk bergelar juara buat kali ke-2 Piala AFF Suzuki.



Segar dengan kemenangan ajaib di Hanoi tempoh hari, Dollah Salleh mengekalkan barisan yang sama. Permulaan yang baik ditunjukkan dan peluang awal menerusi tandukan Amri Yahyah sepatutnya menerjah jaring jika disasarkan ke kiri atau kanan penjaga gol. Thailand kemudian mengatur gerakan dengan hantaran pendek yang memeningkan pemain negara.



Kenapa kita gagal bermain seperti itu? Kawalan bola yang lemah dan hantaran tidak tepat hanya menguntungkan pasukan lawan. Mujurlah kita berjaya mengekang serangan Thailand dan penyudah mereka dalam separuh masa pertama tidak begitu tajam.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Thailand Final Piala AFF Suzuki 17 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

PUSINGAN AKHIR 1


Keputusan akhir : Malaysia 0-2 Thailand

Analisis Punca Malaysia Kalah Kepada Thailand [Klik]

Kejayaan menumbangkan Vietnam di Hanoi menjadi pembakar semangat kepada pasukan Harimau Malaya untuk berjuang bermati-matian di Bangkok malam ini. Tidak perlu mendabik dada kerana peminat yang membayar tiket sepatutnya menyaksikan mutu permainan yang boleh dibanggakan. Jangan contohi sikap seorang pemain yang  menyindir peminat walaupun tidak beraksi pada malam itu.



Dalam perlawanan timbal balik ini, Dollah Salleh wajar merancang strategi yang betul kerana kelebihan beraksi pada pusingan ke-2 di laman sendiri amat diharapkan oleh semua pasukan. Apakah strategi dan keputusan yang harus dicapai malam ini? Secara logiknya keputusan seri sudah memadai kerana rekod menunjukkan kata gagal menang di sana dalam tempoh 10 tahun.



Pendekatan malam ini sepatutnya lebih berhati-hati dan formasi 4-5-1 atau 4-4-1-1 lebih selamat berbanding 4-4-2. Kita sudah lihat bagaimana Thailand menyusun gerak dengan begitu teratur. Seperti Vietnam, Thailand juga memiliki corak serangan balas yang sangat pantas. Jika kita berjaya membawa pulang 1 atau 2 gol ditempat lawan lebih manis.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan FIFA Club World Cup Championship 2014 Morocco

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

REAL MADRID WAKIL EROPAH



Kejohanan pada tahun ini sedang berlangsung bermula 10 hingga 20 Disember 2014 di Morocco. FIFA Club World Cup 2014 merupakan edisi ke-11 yang menemukan juara-juara dari setiap kejohanan di 6 benua. Antara kelab yang terlibat adalah :



UEFA - Real Madrid (Spain)

CONMEBOL - San Lorenzo (Argentina)

CONCACAF - Cruz Azul (Mexico)

CAF - ES Setif (Algeria)

AFC -  Western Sydney Wanderers (Australia)

OFC - Auckland City (New Zealand)

Host - Moghreb Tétouan (Morocco)



Setiap pasukan bertanding perlu menamakan 23 orang pemain (3 daripadanya penjaga gol) dan pertukaran pemain akibat kecederaan dibenarkan dalam masa 24 jam sebelum perlawanan bermula.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Online Final Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 20 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

PERLAWANAN AKHIR 2



Berikut adalah harga jualan tiket online perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia vs Thailand pada 20.12.2014.


Malaysia vs Thailand

Tarikh : 20 Disember 2014 (Sabtu)

Masa: 8.00 malam

Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur


Harga Tiket

Dewasa: RM50

Kanak-kanak: RM10 (bawah 12 tahun)



Tiket online di www.tickethotline.com.my

Pembelian mulai 14 Disember 2014 (Ahad) -  maksimum 4 tiket

Tiket boleh ditebus di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula hari Khamis (18 Disember 2014)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Analisis : Punca Malaysia Menang Lawan Vietnam | Mara Ke Final Piala AFF Suzuki 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

AKHIRNYA DOLLAH SEDAR



Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata apa yang peminat bola sepak tempatan saksikan di kaca TV semalam. 4 gol berjaya dijaringkan di kala Harimau Malaya mengganas di bumi Hanoi. Orang yang paling gembira pastinya Dollah Salleh yang menerima tempias kritikan corak permainan buruk di Shah Alam tempoh hari.



Bukan mudah untuk menyerap segala tekanan apabila tewas di laman sendiri. Apatah lagi dalam kejohanan yang mengambil kira bilangan gol di tempat lawan. Rombakan kepada barisan utama skuad negara nyata membuahkan hasil. Kali ini pujian harus diberikan kepada jurulatih kerana beliau melakukan kajian terperinci bagaimana cara permainan pasukan Vietnam.



Kemenangan 4-2 di Hanoi menjadikan Malaysia menang secara agregat 5-4 dan mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 berdepan Thailand juga dalam format timbal balik. Perlawanan pertama dijadualkan pada 17 Disember dan perlawanan di Kuala Lumpur pada 20 Disember nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan PIALA AFF SUZUKI 2014 | Siaran Langsung Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

MALAYSIA BUKAN PILIHAN

jadual perlawanan dan tarikh aff suzuki 2014, aff piala suzuki 2014 tv 3

Dapatkan tiket Piala AFF Suzuki 2014 di sini [Klik]

Piala AFF Suzuki 2014 bakal bermula pada 22 November hingga 20 Disember 2014Singapura yang juga juara bertahan bersama Vietnam akan menjadi tuan rumah untuk edisi ke-10 ini. Kejohanan tertinggi peringkat Asia Tenggara ini bakal disertai sebanyak 8 negara.



Malaysia bakal berdepan tugas sukar untuk mara ke pusingan separuh akhir apabila diletakkan bersama tuan rumah Singapura dan jaguh serantau Thailand. Melengkapkan kumpulan B ialah negara Myanmar yang semakin meningkat naik.



Kumpulan A pula terdiri daripada Vietnam, Filipina, Indonesia dan Laos. Juara dan naib juara kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir. Melihat kepada prestasi tidak menentu skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh, kita memerlukan keajaiban untuk melangkah ke semi final.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/