Showing posts with label fa cup. Show all posts

 

Keputusan Undian Suku Akhir Piala FA Inggeris 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

ARSENAL ATAU MAN CITY



Arsenal dan Manchester City meneruskan pemburuan trofi mereka di dalam Piala FA Inggeris 2013/2014. 8 musim lalu, trofi terakhir yang dimenanangi Arsenal ialah Piala FA. Mungkinkah musim kesembilan ini tuah akan kembali bersama mereka?



Arsenal menewaskan Liverpool 2-1 dalam perlawanan pusingan ke-5 awal pagi tadi. Sehari sebelum itu, Manchester City membalas dendam kekalahan kepada Chelsea dalam EPL dengan kemenangan bergaya 2-0 untuk melayakkan diri ke suku akhir Piala FA Inggeris.



Setakat hari ini, Manchester City merupakan satu-satunya kelab yang masih berpeluang memenangi 4 trofi (Piala Capital One, Piala FA, EPL dan UEFA Champions League). Minggu ini kita akan saksikan pertarungan hebat antara Manchester City dan Barcelona manakala Arsenal pula akan melayan Bayern Munich.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Piala FA Inggeris 2014 | Pusingan 5 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

BUKU BERTEMU RUAS


Keputusan penuh undian Piala FA 2014 Pusingan 5 [Klik]

Hujung minggu ini anda akan disajikan dengan pertarungan sengit empat sesama sendiri kelab top four EPL 2013/2014. Manchester City yang tewas di final musim lepas akan menerima kunjungan kelab yang dipimpin 'The Special One'. Dalam pertemuan liga sebelum ini, City tewas 0-1 kepada Chelsea di Etihad sekaligus meleburkan rekod kemenangan berturut-turut di laman sendiri.



Arsenal yang baru saja dibelasah teruk 5-1 minggu lalu akan menentang Liverpool semula kali ini di Emirates. Mampukah mereka menghidupkan peluang trofi yang logik untuk dimenangi musim ini? Atau Liverpool bakal merobek benteng pertahanan mereka sekali lagi dalam tempoh 7 hari.



Untuk menang sesebuah trofi pasukan itu perlu menentang pasukan handalan tak kira sama ada di pusingan awal atau akhir. Cuma bila di peringkat awal akan ada kesan kepada susunan jadual liga dan juga perlawanan Eropah.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Perlawanan Piala FA Inggeris 2014 Pusingan 5

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

4 KELAB BERTEMBUNG



Undian pusingan ke-5 Piala FA Inggeris 2013/2014 menyaksikan dua pertembungan hebat antara 4 kelab elit yang masih bertahan. Finalis musim lalu, Manchester City akan menentang pasukan Chelsea manakala Arsenal akan melayan Liverpool di Stadium Emirates.



Perlawanan ini akan diadakan pada 15 dan 16 Februari 2014. Arsenal dan Manchester City bakal menghadapi ujian getir kerana perlawanan Piala FA Inggeris dijadualkan hanya beberapa hari sebelum perlawanan UCL menentang Bayern Munich dan Barcelona.



Arsenal yang kali terakhir memenangi trofi pada tahun 2005 mengharapkan tuah Piala FA untuk menamatkan kemarau selama 8 tahun. Mampukah mereka mengharungi jadual padat bulan depan?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Piala FA Inggeris 2014 Pusingan 4 | Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

KELAB ELIT TERPISAH



Penyingkiran Manchester United seawal pusingan ke-3 memang tidak diduga. Tambahan pula prestasi di Old Trafford yang tidak menentu menggusarkan peminat. Mungkin ada baiknya mereka terkeluar dari saingan Piala FA Inggeris ni supaya boleh fokus untuk tempat ke-4 EPL.



Dalam pusingan ke-4, kesemua kelab elit mendapat undian yang selesa kecuali Chelsea yang terpaksa menentang pasukan Stoke City dari liga yang sama. Arsenal, Liverpool dan Manchester City masing-masing akan bertemu pasukan divisyen bawah.



Kesemua perlawanan akan berlangsung minggu ini dan keputusan seri membawa kepada perlawanan ulangan di tempat yang berlawanan. United akan ada masa seminggu untuk rehat sebelum melayan Cardiff dan Solksjaer Rabu depan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Piala FA Inggeris 2014 Pusingan 4

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

MANCHESTER UNITED TAK LEPAS


Keputusan Piala FA Inggeris 2013/14 Pusingan 3 [Klik]


Masalah di kem Manchester United semakin parah. Sejak ketiadaan Sir Alex Ferguson semangat dan prestasi pasukan semakin merudum. Paling menyedihkan bila satu demi satu rekod tanpa kalah dipecahkan di kubu keramat Old Trafford. Apa sudah jadi David Moyes? Nampaknya beliau merupakan insan yang paling malang kerana terpaksa menggantikan SAF yang sudah lebih 20 tahun membimbing kelab Manchester United menjulang pelbagai trofi.



Swansea City menjadi pasukan terbaru mencatatkan kemenangan pertama mereka di Old Trafford dan menyingkirkan juara Piala FA Inggeris 11 kali itu. Kekalahan 1-2 itu sekaligus menamatkan saingan United untuk merebut trofi Piala FA



Antara kejutan besar lain ialah kekalahan Newcastle United kepada kelab Stevenage (Divisyen 2). Nampaknya kelab EPL lain perlu berhati-hati dengan sebarang kemungkinan dari kelab bawahan ini. Dalam undian pusingan 4 tempoh hari hanya satu perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan dari EPL iaitu Chelsea vs Stoke.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Perlawanan Piala FA Inggeris Musim 2013/2014 | Pusingan Ke-3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ARSENAL MARA, CITY KENA IKAT




Arsenal menamatkan saingan Spurs dalam saingan Piala FA Inggeris 2013/2014 seawal pusingan ke-3 dengan kemenangan 2-0. Santi Cazorla dan Tomas Rosicky muncul wira The Gunners yang kini dilanda masalah kecederaan di bahagian serangan.



Dalam perlawanan lain, Manchester City dipaksa bermain dalam perlawanan ulangan apabila sekadar seri 1-1 menentang pasukan divisyen bawahan. Ini bermakna mereka akan melayan kunjungan Blackburn di Stadium Etihad pula dalam masa 2 minggu lagi.



Kejutan Ole Gunnar Solskjaer ke EPL yang menjadi pengurus baru pasukan Vincent Tan membuahkan hasil apabila Cardiff City membenam Newcastle United di laman mereka 2-1. Nampaknya bekas pemain Manchester United itu berjaya memenangi perlawanan pertama beliau di England.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Perlawanan Piala FA Inggeris Musim 2013/2014 | 3rd Round @ Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

ARSENAL ATAU TOTTENHAM



Minggu ini akan bermula kempen Piala FA Inggeris Musim 2013/2014 dengan perlawanan tumpuan pusingan ketiga antara musuh tradisi Arsenal dan Tottenham. Dalam EPL, Arsenal kini menduduki tempat teratas liga manakala Tottenham di tempat ke-6. Pengurus sementara Tottenham, Tim Sherwood yang menggantikan Andre Villa Boas telah berjaya memberi nafas baru dan suntikan semangat kepada para pemain.



Tindakannya memanggil semula Adebayor ke dalam pasukan membawa kemenangan di Old Trafford menggunapakai formasi 4-4-2 yang tidak digemari Villa Boas. Arsenal yang dibelenggu masalah kecederaan memerlukan jaringan minit-minit akhir sebelum menewaskan Cardiff City pada Tahun Baru 2014.



Agak malang bagi kedua pasukan ini kerana hanya salah satu yang akan meneruskan cabaran dalam Piala FA Inggeris tahun ini. Arsenal walaupun mendahului liga, kekuatan skuad Arsene Wenger itu dipertikai dikala Manchester City dan Chelsea mampu menurunkan dua pasukan yang mempunyai kualiti yang sama.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Piala FA Inggeris Musim 2013/2014 | Pusingan Ke-3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

FA CUP 3RD ROUND



Tumpuan undian pusingan ketiga Piala FA Inggeris 2013/14 awal pagi tadi terarah kepada perlawanan musuh setempat antara Arsenal dan Tottenham. Piala FA ini jugalah merupakan trofi terakhir yang dimenangi Arsenal pada 2005 menewaskan Manchester United menerusi sepakan penalti.



Sejak itu kemarau trofi Arsenal berlarutan selama 8 musim. Juara musim lalu, Wigan mendapat undian mudah menentang keleb divisyen bawah MK Dons. Manchester United pemenang terbanyak Piala FA dengan 11 kejuaraan diundi bertemu Swansea di Old Trafford.



Dengan prestasi yang tidak menentu dalam EPL, United hanya mengharap kepada piala domestik dan UCL untuk mendapatkan trofi pertama Moyes. Semua perlawanan akan berlangsung pada 4 dan 5 Januari 2014.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Teka-teki : Bilakah Kali Terakhir ARSENAL Menang Piala @ Trofi ??

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

KE MANA PERGINYA SENGAT ARSENAL?





Masih ingatkah anda pada pasukan Invincible 2003-2004? Mereka mencipta rekod EPL dengan menghabiskan 38 perlawanan tanpa kalah dalam satu musim. Dengan 26 kemenangan dan 12 seri menjadikan keseluruhan 90 mata untuk Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris pada waktu itu. Mereka juga menjadi pasukan yang mengutip jumlah jaringan paling banyak (75 gol) dan bolos yang paling sedikit (26 gol).



Tidak cukup dengan itu, Arsenal meneruskan rekod tanpa kalah hingga 49 perlawanan (rekod baru EPL) sehinggalah mereka tewas kepada Manchester United 2-0 pada musim berikutnya. Zaman itu merupakan zaman kegemilangan Arsene Wenger bersama Arsenal. Thierry Henry menjadi ayam tambatan. Kerjasama dan taktikal counter attack sememangnya menarik untuk ditonton.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

KEPUTUSAN FINAL ENGLISH FA CUP : MANCHESTER CITY VS WIGAN | 12 MEI 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ANDA SUDAH PERCAYA PADA NASIB??


Manchester City 0-1 Wigan

Jangan ada yang cuba menidakkan kemenangan berharga Wigan ke atas Manchester City dalam Final Piala FA Inggeris 2013 awal pagi tadi. Jaringan Watson pada minit terakhir perlawanan seolah-olah memberi tamparan yang sama kepada Manchester City ketika memenangi kejuaraan EPL musim lalu. Sudah berkali aku menulis pasal nasib dalam bola sepak selain kualiti permainan.


Dalam perlawanan kalah mati anda mungkin mengharungi 5-6 perlawanan dan diundi bersama pasukan yang kurang ternama. Faktor nasib memainkan peranan penting di situ. Berlainan dalam liga di mana anda harus melalui 38 perlawanan yang sengit untuk bergelar juara. Renungkan lah.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Akhir English FA Cup 2013 | Manchester City vs Wigan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

MANCHESTER CITY JADI PASUKAN PILIHAN


Chelsea 1-2 Manchester City

Juara 2011 membenam penyandang juara 2012 untuk melangkah ke pusingan akhir Piala FA Inggeris 2012/2013. Persembahan hambar dalam 45 minit pertama menyebabkan Chelsea tersingkir di peringkat separuh akhir. Jika ada yang masih tidak percaya tentang nasib dalam pertandingan kalah mati boleh lah tengok ulangan game malam tadi.


Memang Manchester City menguasai perlawanan. Mungkin kelebihan mereka tidak beraksi di kejohanan Eropah menampakkan sedikit perbezaan dari segi kecergasan pemain. Chelsea pula terpaksa travel ke Rusia untuk baki perlawanan Europa League. Hakikat ini perlu diterima jika pasukan anda masih bermain dalam 3 kejuaraan berbeza.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Taktik Ferguson Bawa Padah | United Kempunan Piala FA 9 Tahun

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

CHELSEA 1 - 0 MANCHESTER UNITED



Ferguson vs Benitez. Siapa lagi jaguh dalam pertandingan kalah mati? Benitez memiliki rekod baik dalam pusingan kalah mati dan biasanya taktik beliau memang tepat. Lihat saja comeback Final UEFA Champions League 2004/2005 di Istanbul. Liverpool ketinggalan 0-3 kepada AC Milan. Kebangkitan luar biasa untuk menyamakan kedudukan 3-3 dan menang penalti.


Semalam taktik Benitez sekali lagi berjaya dan mengecewakan Manchester United untuk meneruskan saingan dalam Piala FA. Kali terakhir United menang pada musim 2003/2004. Sudah 9 tahun. Tapi Ferguson masih gemar melakukan eksperimen pemain dalam perlawanan penting.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

FA CUP : Keputusan Perlawanan Manchester United vs Chelsea | Suku Akhir 11 Mac 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

 UNITED MENSIAKAN 2 GOL AWAL


FT : Manchester United 2-2 Chelsea

Dua (2) gol awal dalam 11 minit gagal digunakan oleh Manchester United untuk menempah tempat ke separuh akhir Piala FA 2012/2013. Chelsea memulakan perlawanan dengan kesilapan Cech yang cuba keluar dari kawasan gol untuk menangkap bola tinggi Carrick. Chicharito yang sering menjadi masalah untuk pertahanan Chelsea mudah menanduk masuk ke arah gawang yang terbuka pada minit ke-5.


Selang 6 minit kemudian, giliran Rooney pula menambah derita Chelsea dengan gol sepakan percuma yang menerjah masuk ke jaring melepasi semua pemain dalam kotak penalti. Jika dilihat dari penguasaan bola United sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk menambah jaringan. 2 peluang terbaik disiakan Rooney dan Chicharito.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN SUKU AKHIR MANCHESTER UNITED VS CHELSEA | ENGLISH FA CUP 2013 QUARTER FINAL

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

PUSINGAN SUKU AKHIR PIALA FA INGGERIS 2012/2013




Updates : Video Highlight Perlawanan United vs Chelsea [Klik]

Manchester United mahu melupakan kontroversi kekalahan kepada Real Madrid dengan menewaskan Chelsea awal pagi esok. Dua pasukan gergasi EPL ini mempunyai sejarah tersendiri dalam persaingan Piala FA Inggeris. Chelsea dengan rekod 4 kejuaraan dalam 6 musim terakhir. United pula masih lagi gagal memenangi Piala FA sejak 2004.



Semalam Wigan mencatatkan kemenangan besar 3-0 ke atas Everton di Goodison Park dan layak ke pusingan separuh akhir. Bagitu juga dengan Manchester City yang mudah menewaskan Barnsley (kelab Divisyen 2) 5 gol berbalas 0.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Chelsea lengkapkan jadual Manchester United buru Treble

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

SAINGAN SUKU AKHIR ENGLISH FA CUP 2012/2013

PIALA FA INGGERIS CUP 2013 SUKU KAHIR 6TH ROUND,MANCHESTER UNITED VS CHELSEA


Chelsea melakar kemenangan 2-0 ke atas Middlesbrough yang sangat-sangat diperlukan untuk mengurangkan tekanan kepada pengurus sementara, Benitez. Juara bertahan Piala FA Inggeris menerima tamparan hebat apabila mudah dijinakkan Manchester City tempoh hari.


Dikhabarkan ada berlaku sedikit pertengkaran antara pengurus dan pemain sewaktu mereka menjalani latihan pada keesokan harinya. Benitez menuduh ada antara pemain Chelsea yang kurang menyinar dan mengecewakan beliau dalam perlawanan EPL vs City.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

FA Cup : Keputusan Perlawanan Manchester United vs Reading 19 Februari 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

MANCHESTER UNITED MARA KE SUKU AKHIR


Updates : Undian peringkat Suku Akhir [Klik]

Seperti diharapkan, pasukan paling menonjol di EPL mara ke Suku Akhir Piala FA Inggeris 2012/2013. Manchester United melakukan 8 pertukaran pemain dari pasukan yang bermain di Madrid tempoh hari. Hanya De Gea, Welbeck dan Jones kekal dalam kesebelasan utama.


Permainan bermula baik bagi pasukan tuan rumah dan nyaris-nyaris mendapatkan gol awal. Ketangkasan Federici sebaliknya menjadi penghalang. Separuh pertama tamat dengan keputusan 0-0 dan dicemari dengan insiden Jones yang mangalami kecederaan buku lali.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

PIALA FA INGGERIS 2013 : KEPUTUSAN UNDIAN PERLAWANAN PUSINGAN SUKU AKHIR | 6TH ROUND

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

JADUAL PERLAWANAN PERINGKAT SUKU AKHIR FA CUP 2012/2013


gambar undian piala fa inggeris 2013, jadual perlawanan suku akhir english fa cup 2012 2013, pusingan ke-6


Awal pagi tadi telah berlangsung undian perlawanan Suku Akhir Piala FA Inggeris musim 2012/2013. 11 pasukan terlibat dalam proses tersebut kerana masih ada 3 perlawanan yang belum diketahui pemenangnya.


Pasukan yang telah layak ke Suku Akhir :

Manchester City
Blackburn
Millwall
Wigan
Barnsley
Manchester United 
Everton
Chelsea
 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

ENGLISH FA CUP : JADUAL PERLAWANAN PUSINGAN KELIMA MUSIM 2012/2013 | UNITED BURU TREBLE

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

SIARAN LANGSUNG DI ASTRO | ENGLISH FA CUP 5TH ROUND

jadual piala fa inggeris 2013,KEPUTUSAN UNDIAN PIALA FA PUSINGAN 5 5TH ROUND FA ENGLISH 2013,JADUAL PERLAWANAN PIALA FA 5TH ROUND DI ATSRO WAKTU MALAYSIA


Kejutan besar berlaku bersilih ganti dalam perlawanan Piala FA Inggeris 2012/2013 - 4th round. Antara pasukan EPL yang tumbang di tangan kelab divisyen bawahan adalah Tottenham, Liverpool, Norwich, QPR dan Aston Villa.


Kebanyakan manager melakukan pertukaran pemain untuk persediaan perlawanan EPL pertengahan minggu berikutnya. Namun taktik itu gagal apabila kelab bawahan menghukum kealpaan mereka dan mara ke pusingan kelima (5th round) bulan depan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

FA CUP : JADUAL PERLAWANAN PIALA FA INGGERIS PUSINGAN KE-4 MUSIM 2012/2013

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

4TH ROUND ENGLISH FA CUP 2012/2013

JADUAL ENGLISH FA CUP MUSIM 2013 LIVE STREAMING ASTRO, UNDIAN PIALA FA INGGERIS PUSINGAN 4 KEEMPAT 4TH ROUND,WAKTU MALAYSIA, KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA FA INGGERIS ENGLISH 2013


Juara bertahan Piala FA Chelsea mara ke pusingan keempat diiringi Tottenham, Manchester City, Liverpool & Everton selaku pasukan pilihan untuk memenangi pertandingan musim ini.


Bagaimanapun nasib 2 pasukan elit EPL (Manchester United & Arsenal) bakal ditentukan awal pagi esok ketika hanya mampu seri dalam perlawanan pusingan ke-3. Perlawanan ulangan akan berlangsung pada jam 4.00 am hari Khamis.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

FA CUP 3RD ROUND : Pantang Menyerah Sebelum Wisel Penamat | Manchester United Dapat Perlawanan Ulangan

Penulis: Que | Kategori: , , ,

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA FA | WEST HAM VS MANCHESTER UNITED
PUSINGAN KETIGA

JARINGAN VAN PERSIE SELAMATKAN UNITED, JADUAL PERLAWANAN ULANGAN REPLAY PIALA FA CUP INGGERIS ENGLISH 2013, MANCHESTER UNITED VS WEST HAM, gol ke-20 robin van persie

West  Ham 2 -2 Manchester United

20 menjadi nombor bertuah pasukan Manchester United dalam perlawanan Piala FA menentang West Ham awal pagi Ahad. Pemain jersi No. 20 Robin Van Persie menjaringkan gol penyamaan 2-2 pada minit ke-91. Jaringan tersebut menambah koleksi jaringan peribadi bersama United kepada 20 gol sejak berpindah dari Arsenal.


SAF melakukan beberapa pertukaran dari skuad yang menang 4-0 ke atas Wigan untuk merehatkan pemain utama yang keletihan dalam bulan Disember. Carrick, Evra, Rio Ferdinand, Ashley Young, Van Persie membeli laluan kepada pemain simpanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/