Home » , , , , , , , , , , , , » Jadual Perlawanan Piala FA Inggeris 2014 | Pusingan 5 Astro

Jadual Perlawanan Piala FA Inggeris 2014 | Pusingan 5 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

BUKU BERTEMU RUAS


Keputusan penuh undian Piala FA 2014 Pusingan 5 [Klik]

Hujung minggu ini anda akan disajikan dengan pertarungan sengit empat sesama sendiri kelab top four EPL 2013/2014. Manchester City yang tewas di final musim lepas akan menerima kunjungan kelab yang dipimpin 'The Special One'. Dalam pertemuan liga sebelum ini, City tewas 0-1 kepada Chelsea di Etihad sekaligus meleburkan rekod kemenangan berturut-turut di laman sendiri.



Arsenal yang baru saja dibelasah teruk 5-1 minggu lalu akan menentang Liverpool semula kali ini di Emirates. Mampukah mereka menghidupkan peluang trofi yang logik untuk dimenangi musim ini? Atau Liverpool bakal merobek benteng pertahanan mereka sekali lagi dalam tempoh 7 hari.



Untuk menang sesebuah trofi pasukan itu perlu menentang pasukan handalan tak kira sama ada di pusingan awal atau akhir. Cuma bila di peringkat awal akan ada kesan kepada susunan jadual liga dan juga perlawanan Eropah.





Di sini kita nampak kelebihan Liverpool kerana mereka boleh fokus kepada saingan domestik sahaja. Sebaliknya Arsenal perlu bersedia menghadapi Bayern Munich 4 hari selepas itu. Keadaan yang sama harus dihadapi oleh Manchester City yang bakal berdepan ancaman Messi dan rakan-rakan.




Pemenang dua perlawanan ini dilihat sebagai calon pilihan untuk menjulang trofi Piala FA Inggeris 2013/2014. Jadual siaran langsung di astro adalah seperti berikut :



15 Februari 2014 (Sabtu)

Sunderland 1-0 Southampton
8.45 pm waktu Malaysia
Live di Astro Supersport 4 (816) HD (834)


Cardiff City 1-2 Wigan
11.00 pm waktu Malaysia
Live di Astro Supersport 4 (816) HD (834)


16 Februari 2014 (Ahad)

Manchester City 2-0 Chelsea
1.15 am waktu Malaysia
Live di Astro Supersport 4 (816) HD (834)


Everton 3-1 Swansea
9.30 pm waktu Malaysia
Live di Astro Supersport 4 (816) HD (834)



Arsenal 2-1 Liverpool
11.55 pm waktu Malaysia
Live di Astro Supersport 4 (816) HD (834) 


Link Live Streaming [Klik]

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Jadual Perlawanan Piala FA Inggeris 2014 | Pusingan 5 Astro "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets