Home » , , , » FA CUP 3RD ROUND : Pantang Menyerah Sebelum Wisel Penamat | Manchester United Dapat Perlawanan Ulangan

FA CUP 3RD ROUND : Pantang Menyerah Sebelum Wisel Penamat | Manchester United Dapat Perlawanan Ulangan

Penulis: Que | Kategori: , , ,

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA FA | WEST HAM VS MANCHESTER UNITED
PUSINGAN KETIGA

JARINGAN VAN PERSIE SELAMATKAN UNITED, JADUAL PERLAWANAN ULANGAN REPLAY PIALA FA CUP INGGERIS ENGLISH 2013, MANCHESTER UNITED VS WEST HAM, gol ke-20 robin van persie

West  Ham 2 -2 Manchester United

20 menjadi nombor bertuah pasukan Manchester United dalam perlawanan Piala FA menentang West Ham awal pagi Ahad. Pemain jersi No. 20 Robin Van Persie menjaringkan gol penyamaan 2-2 pada minit ke-91. Jaringan tersebut menambah koleksi jaringan peribadi bersama United kepada 20 gol sejak berpindah dari Arsenal.


SAF melakukan beberapa pertukaran dari skuad yang menang 4-0 ke atas Wigan untuk merehatkan pemain utama yang keletihan dalam bulan Disember. Carrick, Evra, Rio Ferdinand, Ashley Young, Van Persie membeli laluan kepada pemain simpanan.



Semuanya kelihatan ok pada awal permainan dengan United mempamerkan corak permainan pantas dan hantaran pendek. Tom Cleverley akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-23 untuk meletakkan United mendahului 1-0. Selang 4 minit kemudian, Joe Cole yang kembali menyarung jersi West Ham melakukan hantaran lintang ke dalam kotak penalti dan Collins menanduk masuk untuk gol penyamaan West Ham. 1-1.


Separuh masa kedua Collins sekali lagi menyudahkan hantaran lintang Joe Cole untuk West Ham mendahului United dengan 2-1 (59'). Gerakan yang hampir sama dengan gol pertama. United semakin terdesak untuk menyelamatkan kempen Piala FA musim ini. Kali terakhir mereka menjadi juara pada musim 2003/2004 ketika menewaskan Milwall 3-0 di perlawanan akhir. Sejak itu United kurang bernasib baik apabila tewas 2 kali di perlawanan akhir kepada Arsenal dan Chelsea.



2004/2005 | Final | Man Utd 0 - 0 Arsenal | Arsenal menang 5-4 menerusi sepakan penalti |

2005/2006 | 5th Round | 1 Liverpool 1 - 0 Man Utd |

2006/2007 | Final | Chelsea 1 - 0 Man Utd | Masa tambahan |

2007/2008 | Quarter-finals | Man Utd 1 - 0 Portsmouth |

2008/2009 | Semi-finals | Man Utd 0 - 0 Everton | Everton menang 4-2 menerusi sepakan penalti |

2009/2010 | 3rd Round | Man Utd 0 - 1 Leeds United |

2010/2011 | Semi-finals | Man City 1 - 0 Man Utd |

2011/2012 | 4th Round | Livepool 2 - 1 Man Utd |

2012/2013 | 3rd Round | West Ham 2 - 2 Man Utd | Replay 17 Jan 2013 4.00 am |   sumber



Mengenangkan nasib itu, SAF memanggil Van Persie dan Valencia yang berada di bangku simpanan untuk dibawa masuk mencari gol. Smalling dan Kagawa agak mengecewakan pada perlawanan itu. Valencia yang masuk menggantikan Scholes juga gagal mempamerkan aksi terbaik. Banyak hantaran lintang yang tidak menjadi. Pertukaran terakhir terpaksa digunakan. Giggs masuk menggantikan Smalling dan beraksi di bahagian tengah.






Minit terakhir perlawanan, melalui gerakan counter attack Giggs membuat hantaran jauh kepada Robin Van Persie yang mengawal bola dengan baik sebelum menyudahkannya untuk gol penyamaan 2-2. World class finishing! Maruah United terselamat dan memaksa perlawanan ulangan di Old Trafford. Rotation pemain kadang-kadang perlukan pengorbanan.


Perlawanan Ulangan Piala FA Inggeris | Manchester United vs West Ham | 16 @ 17 Januari 2013

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " FA CUP 3RD ROUND : Pantang Menyerah Sebelum Wisel Penamat | Manchester United Dapat Perlawanan Ulangan "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets