EPL : Keputusan Perlawanan Manchester City vs Chelsea | 24 Februari 2013
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , chelsea , EPL , formasi , keputusan perlawanan , manchester city , sukan
JUARA BERTAHAN MASIH ENGGAN MENYERAH KALAH
Masih unggul. Perlawanan semalam berakhir dengan Mancini menarik nafas lega apabila Joe Hart membantu pasukannya merapatkan kembali jurang 12 mata dengan pendahulu EPL, Manchester United. Lampard mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol ke-200 peribadinya bersama kelab Chelsea apabila sepakan penalti beliau ditampan Joe Hart ketika kedudukan masih 0-0.
Yaya Toure dan Tevez menghukum Chelsea dengan gol cantik menewaskan Peter Cech kemudiannya. Secara keseluruhan, Manchester City bermain baik walaupun aku pada mulanya mengkritik formasi yang digunakan Mancini pada awal permainan.
Beliau meletakkan Javi Garcia dan Jack Rodwell di bahagian midfield menampakkan seolah-olah mahu bermain secara bertahan. Umum mengetahui yang Chelsea mempunyai pemain tengah dan sayap yang handal seperti Mata & Hazard. Mancini menggunakan taktik counter attack dan bermain compact di bahagian tengah untuk menutup ruang Chelsea.
Formasi 4-2-3-1 menjadi apabila City lebih banyak melakukan gerakan dan hampir-hampir mencipta gol pada separuh masa pertama. Di awal separuh masa kedua Chelsea dianugerahkan sepakan penalti apabila Joe Hart dipersalahkan kerana menjatuhkan Demba Ba. Lampard diberi tugas mengambil sepakan tersebut dan berpeluang meletakkan Chelsea di depan.
"Sekiranya Lampard berjaya menjaringkan gol Chelsea, keputusan mungkin akan berbeza"
Bagaimanapun, harapan penyokong Chelsea & Manchester United berkecai apabila rembatan Lampard mudah diagak oleh Joe Hart yang dikritik kuat sebelum ini kerana banyak melakukan kesilapan.
Manchester City 2-0 Chelsea
Nampaknya City masih enggan menyerah kalah kepada United. Kita tunggu bulan Mac pulak. Baki 11 perlawanan sangat penting. United masih boleh kalah 4 perlawanan tetapi perbezaan gol perlu lebih tinggi dari City.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..