Home » , , , , , , , » ENGLISH FA CUP : JADUAL PERLAWANAN PUSINGAN KELIMA MUSIM 2012/2013 | UNITED BURU TREBLE

ENGLISH FA CUP : JADUAL PERLAWANAN PUSINGAN KELIMA MUSIM 2012/2013 | UNITED BURU TREBLE

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

SIARAN LANGSUNG DI ASTRO | ENGLISH FA CUP 5TH ROUND

jadual piala fa inggeris 2013,KEPUTUSAN UNDIAN PIALA FA PUSINGAN 5 5TH ROUND FA ENGLISH 2013,JADUAL PERLAWANAN PIALA FA 5TH ROUND DI ATSRO WAKTU MALAYSIA


Kejutan besar berlaku bersilih ganti dalam perlawanan Piala FA Inggeris 2012/2013 - 4th round. Antara pasukan EPL yang tumbang di tangan kelab divisyen bawahan adalah Tottenham, Liverpool, Norwich, QPR dan Aston Villa.


Kebanyakan manager melakukan pertukaran pemain untuk persediaan perlawanan EPL pertengahan minggu berikutnya. Namun taktik itu gagal apabila kelab bawahan menghukum kealpaan mereka dan mara ke pusingan kelima (5th round) bulan depan.






Juara Piala FA musim lalu, Chelsea nyaris menerima aib yang sama sebelum Torres menjadi penyelamat. Arsenal pula perlu menunggu hingga minit ke-85 untuk mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas pasukan divisyen 1 Brighton & Hove Albion.


Hanya Manchester United memperoleh kemenangan bergaya 4-1 dengan Fulham walaupun SAF merehat beberapa pemain utama seperti Van Persie, Vidic, Ferdinand, Cleverley, Kagawa dan Valencia.


Jelas kekuatan skuad United yang mampu melakukan rotation pemain dan meneruskan rentak kemenangan. Pasukan lain hanya perlu tunggu pemain United tercedera sahaja untuk memintas penguasaan dalam EPL, FA Cup dan UCL. Buat masa ini SAF membuat 2 pasukan yang seimbang.



JADUAL PERLAWANAN PIALA FA INGGERIS 2013 | 5TH ROUND

16 FEBRUARI 2013

 MK Dons 1-3 Barnsley

Luton Town 0-3 Millwall
(08.45 pm waktu Malaysia | Live @ Astro Supersport 3 (817)

Arsenal 0-1 Blackburn
(11.00 pm waktu Malaysia | Live @ Astro Supersport 3 (817) 


-----------------------------------------------

17 FEBRUARI 2013

Oldham Athletic 2-2 Everton
(02.00 am waktu Malaysia | Live @ Astro Supersport 3 (817)  

Chelsea 4-0 Brentford
*Perlawanan ulangan 4th round*
(08.00 pm waktu Malaysia | Live @ Astro Supersport 3 (817) 


Manchester City 4-0 Leeds United
(10.00 pm waktu Malaysia | Live @ Astro Supersport 3 (817)  

 Huddersfield 1-4 Wigan Athletic 
(11.55 pm waktu Malaysia | Live @ Astro Supersport 3 (817)  

-----------------------------------------------

19 FEBRUARI 2013

Manchester United 2-1 Reading 
 (4.00 am waktu Malaysia | Live @ Astro Supersport 3 (817) 

-----------------------------------------------


 28 FEBRUARI 2013

Middlesbrough 0-2  Chelsea 
 (4.00 am waktu Malaysia | Live @ Astro Supersport 3 (817)


-----------------------------------------------

Semua perlawanan akan ditayang di Astro Supersport 3 817


 Secara keseluruhannya undian pusingan kelima amat baik untuk pasukan Manchester United. Setelah diundi menentang West Ham di tempat lawan pada pusingan ke-3, United mendapat undian ditempat sendiri dalam pusingan ke-4 dan ke-5.


Ada perbezaan jika bermain di tempat sendiri dan tempat lawan. Tambahan pula Piala FA merupakan pusingan kalah mati (replay jika seri). Untuk pengetahuan pembaca hanya Manchester United sahaja yang masih berjuang untuk 3 kejuaraan (EPL,FA dan UCL) sehingga saat ini. Treble!!


Manchester United - 3 pertandingan (EPL,FA & UCL) 
Manchester City - 2 pertandingan (EPL & FA)
Chelsea - 2 pertandingan (FA & Europa League)
Arsenal - 2 pertandingan (FA & UCL)


Bukan menidakkan peluang Arsenal dan Chelsea dalam EPL tetapi bagi seorang yang waras dan berpengetahuan luas dalam bidang bola sepak, adalah kurang realistik untuk mereka bersaing untuk kejuaraan EPL musim ini.




11 mata di belakang pendahulu agak jauh walaupun tidak mustahil. Mungkin ramai beranggapan yang Manchester United dan Manchester City akan drop points sehingga Mei nanti. Tapi adakah jaminan bahawa Chelsea tidak akan drop points langsung dalam masa terdekat? Sudah pasti tiada seorang peminat Chelsea akan berani tampil bagi jaminan mereka akan menang semua baki 15 perlawanan EPL.


Sedangkan dengan Swansea dan Brentford pun struggle inikan pula nak lawan Man Utd dan Man City. Tambah lagi dengan pemain mereka yang bermain di Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2013.


Arsenal memang bukan saingan dalam perebutan EPL. Mereka dianggap sebagai 'training academy' dan menjual pemain mereka untuk pasukan lebih kuat. Lihat saja di mana Ashley Cole, Samir Nasri, Kolo Toure Fabregas, Alex Song, Adebayor dan Van Persie berada sekarang. Semua pasukan ini yang lebih handal dari Arsenal.


Buat peminat Manchester United. Teruskan sokongan padu anda dan berfikir sebagai seorang yang bijak dalam bola sepak. Tak perlu terlalu emosi bila pasukan kita kalah. Terima saja keputusan jika pasukan kita tiada nasib atau bermain dengan teruk. #GGMU


-Sekian coretan disebalik undian perlawanan Piala FA 2012/2013-

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " ENGLISH FA CUP : JADUAL PERLAWANAN PUSINGAN KELIMA MUSIM 2012/2013 | UNITED BURU TREBLE "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets