Home » , , , , , , , » Taktik Ferguson Bawa Padah | United Kempunan Piala FA 9 Tahun

Taktik Ferguson Bawa Padah | United Kempunan Piala FA 9 Tahun

Penulis: Que Haidar | Kategori: , , , , , , ,

CHELSEA 1 - 0 MANCHESTER UNITED



Ferguson vs Benitez. Siapa lagi jaguh dalam pertandingan kalah mati? Benitez memiliki rekod baik dalam pusingan kalah mati dan biasanya taktik beliau memang tepat. Lihat saja comeback Final UEFA Champions League 2004/2005 di Istanbul. Liverpool ketinggalan 0-3 kepada AC Milan. Kebangkitan luar biasa untuk menyamakan kedudukan 3-3 dan menang penalti.


Semalam taktik Benitez sekali lagi berjaya dan mengecewakan Manchester United untuk meneruskan saingan dalam Piala FA. Kali terakhir United menang pada musim 2003/2004. Sudah 9 tahun. Tapi Ferguson masih gemar melakukan eksperimen pemain dalam perlawanan penting.



Aku tak kesah kalau kalah sebab tiada nasib atau pasukan lawan memang layak menang. Tapi aku kesah kalau barisan pemain yang diturunkan tidak sesuai. Beberapa persoalan yang bermain di minda aku sejak semalam.


  • Kenapa Valencia main right back walaupun Jones ada.
  • Kenapa letak Cleverley sebelah kiri sedangkan dia pemain tengah
  • Kenapa gandingkan Welbeck dan Chicharito padahal semua tahu mereka pasangan yang tak serasi
  • Kenapa Giggs tidak diturunkan dalam kesebelasan utama


Tapi aku hanya boleh menulis. SAF lebih tahu barisan pemain beliau. Kalau aku jadi manager, perlawanan dengan Sunderland yang masih boleh di'gamble'. Sebab United sudah 15 mata di depan Manchetser City. Kalau kalah masih ada 12 mata. Kalau seri jadi 16 mata. Tapi dalam perlawanan kalah mati tiada peluang kedua, ketiga dan keempat. Menang layak, kalah tersingkir.



Nani antara yang mengecewakan. Beberapa situasi beliau sepatutnya melorongkan bola kepada penyerang tetapi terlalu lambat bertindak. Kesilapan beliau menjadi punca gol Demba Ba. Akibat terlalu leka, bola di kaki beliau dirampas dengan mudah dan Mata menghantar bola lambung kepada Ba sebelum penyerang itu melakukan penyudah yang sukar dijangka oleh mana-mana penjaga gol.






Walaupun SAF melakukan pertukaran memasukkan Van Persie, Giggs dan Young tetapi semuanya sudah terlambat. Kenapa Giggs tak main dari awal? Lawan Sunderland tak main dan beliau sudah bersara dari pentas antarabangsa.



Chelsea akan bertemu pasukan yang tidak kurang hebatnya, Manchester City di peringkat separuh akhir Piala FA 2012/2013. Tahniah kedua pasukan yang berjaya mara dan berpeluang besar memenangi Piala FA musim ini.



Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2012/2013


Chelsea vs Manchester City

14 April 2013 (Ahad)

11.00 pm waktu Malaysia, Live @ Astro Super Sport 3 (817) HD (831)


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Taktik Ferguson Bawa Padah | United Kempunan Piala FA 9 Tahun "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Liverpool vs Man Utd
03.00 am, 18 Okt 2016

Watch LIVE Here

KL GANGSTER 2
Hot Movie in Town!! [Klik]

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets