Home » , , , , , , , , , , , » FA CUP : Keputusan Perlawanan Manchester United vs Chelsea | Suku Akhir 11 Mac 2013

FA CUP : Keputusan Perlawanan Manchester United vs Chelsea | Suku Akhir 11 Mac 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

 UNITED MENSIAKAN 2 GOL AWAL


FT : Manchester United 2-2 Chelsea

Dua (2) gol awal dalam 11 minit gagal digunakan oleh Manchester United untuk menempah tempat ke separuh akhir Piala FA 2012/2013. Chelsea memulakan perlawanan dengan kesilapan Cech yang cuba keluar dari kawasan gol untuk menangkap bola tinggi Carrick. Chicharito yang sering menjadi masalah untuk pertahanan Chelsea mudah menanduk masuk ke arah gawang yang terbuka pada minit ke-5.


Selang 6 minit kemudian, giliran Rooney pula menambah derita Chelsea dengan gol sepakan percuma yang menerjah masuk ke jaring melepasi semua pemain dalam kotak penalti. Jika dilihat dari penguasaan bola United sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk menambah jaringan. 2 peluang terbaik disiakan Rooney dan Chicharito.




Kegagalan itu meletakkan United hanya 2 gol di depan tamat separuh  masa pertama. Mula separuh masa kedua United masih mengawal permainan sehingga Rafa Benitez mengeluarkan Lampard dan Moses dan membawa masuk Mikel dan Hazard. Chelsea semakin berbahaya dengan counter attack dan hasilnya Hazard berjaya merapatkan jurang dengan gol pada minit ke-59. Ramires menyamakan kedudukan pada minit ke-69 untuk menyelamatkan status Chelsea selaku juara bertahan.



SAF menyalahkan faktor keletihan sebagai punca keputusan itu. Pada pemerhatian aku separuh masa kedua midfield United sedikit longgar. Chelsea nyata bermain lebih baik dan berhak mendapatkan gol penyamaan.



Carrick dan Cleverley hilang punca

Mungkin perlawanan UEFA Champions League menyebabkan keletihan. Sepatutnya SAF memasukkan Anderson menggantikan Cleverley. Stamina Anderson boleh mematahkan counter attack Chelsea.


Valencia dan Rafael hilang bola

Masalah ketara United ialah mudah hilang bola apabila mahu melakukan gerakan. Hampir semua bola jatuh ke kaki pemain Chelsea dan United dipaksa bertahan.


Kagawa bukan winger yang baik

SAF pun tahu yang Kagawa bukan pemain sayap. Dia lebih menjadi jika diletakkan di belakang penyerang. Kenapa Young tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama?







Kini United harus melalui perlawanan ulangan di Stamford Bridge. Pemenang perlawanan itu nanti akan bertemu Manchester City di separuh akhir Piala FA 2012/2013.



FA CUP 1/4 Finals Replay

Chelsea vs Manchester United

8.30 pm waktu Malaysia, 1 April 2013



Video Highlight Perlawanan Suku Akhir Piala FA | Manchester United vs Chelsea

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " FA CUP : Keputusan Perlawanan Manchester United vs Chelsea | Suku Akhir 11 Mac 2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets