Showing posts with label wigan. Show all posts

 

Siaran Langsung Perlawanan Manchester United vs Wigan | Community Shield 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

TROFI PERTAMA DAVID MOYES?


POSTER BANNER MANCHESTER UNITED VS WIGAN COMMUNITY SHEILD 2013,PERISAI KOMUNITI 2013/2014



Seminggu sebelum bermulanya kempen English Premier League (EPL) 2013/2014, kita akan disajikan dengan perlawanan Perisai Komuniti antara pasukan Manchester United vs Wigan. Kenapa Wigan yang dipilih? Kerana mereka menjadi Juara Piala FA Inggeris menewaskan pasukan Manchester City. United pula layak sebagai Juara EPL musim lepas.



Perlawanan ini dilihat sebagai penanda aras kemajuan pasukan United di bawah kendalian pengurus baru, David Moyes. Mungkin juga trofi pertama untuk David Moyes di Old Trafford. Rekod menunjukkan United sudah menang 19 kali dalam perlawanan Community Shield. Wigan pula tersingkir ke divisyen 1 akhir musim lepas selepas hanya mampu menduduki tangga ke-18 EPL.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

KEPUTUSAN FINAL ENGLISH FA CUP : MANCHESTER CITY VS WIGAN | 12 MEI 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ANDA SUDAH PERCAYA PADA NASIB??


Manchester City 0-1 Wigan

Jangan ada yang cuba menidakkan kemenangan berharga Wigan ke atas Manchester City dalam Final Piala FA Inggeris 2013 awal pagi tadi. Jaringan Watson pada minit terakhir perlawanan seolah-olah memberi tamparan yang sama kepada Manchester City ketika memenangi kejuaraan EPL musim lalu. Sudah berkali aku menulis pasal nasib dalam bola sepak selain kualiti permainan.


Dalam perlawanan kalah mati anda mungkin mengharungi 5-6 perlawanan dan diundi bersama pasukan yang kurang ternama. Faktor nasib memainkan peranan penting di situ. Berlainan dalam liga di mana anda harus melalui 38 perlawanan yang sengit untuk bergelar juara. Renungkan lah.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/