Home » , , , , , , , » FA Cup : Keputusan Perlawanan Manchester United vs Reading 19 Februari 2013

FA Cup : Keputusan Perlawanan Manchester United vs Reading 19 Februari 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

MANCHESTER UNITED MARA KE SUKU AKHIR


Updates : Undian peringkat Suku Akhir [Klik]

Seperti diharapkan, pasukan paling menonjol di EPL mara ke Suku Akhir Piala FA Inggeris 2012/2013. Manchester United melakukan 8 pertukaran pemain dari pasukan yang bermain di Madrid tempoh hari. Hanya De Gea, Welbeck dan Jones kekal dalam kesebelasan utama.


Permainan bermula baik bagi pasukan tuan rumah dan nyaris-nyaris mendapatkan gol awal. Ketangkasan Federici sebaliknya menjadi penghalang. Separuh pertama tamat dengan keputusan 0-0 dan dicemari dengan insiden Jones yang mangalami kecederaan buku lali.


Nani masuk pada minit ke-42 dan sejak saat itu beliau memberi masalah baru kepada pertahanan Reading. Reading masih mampu bertahan hinggalah pada minit ke-64 apabila SAF memasukkan penyerang sensasi Robin Van Persie. Kemasukan pemain antarabangsa Belanda ini akhirnya berbaloi apabila pertahanan Reading tampak resah.


Minit ke-69 Nani mencuri bola hantaran Valencia kepada Van Persie dan merembat masuk untuk gol pertama United. Kebolehan Nani memang tidak boleh disangkal. Cuma kadang-kadang beliau gemar melakukan sesuatu yang sukar.


Selang 3 minit giliran Chicharito pula menambah duka Reading dengan Nani kini sebagai arkitek. Kedudukan 2-0 memberi keselesaan pada United. Sebenarnya kemasukan Van Persie memberi banyak ruang kepada pemain lain untuk melakukan gerak kerana pertahanan Reading akan sentiasa memberi lebih perhatian lebih kepada penyerang berbisa itu.


Namun kelekaan United akhirnya dihukum oleh Reading pada minit ke-81. SAF memasukkan Carrick menggantikan Anderson untuk mengawal bahagian tengah.

Keputusan akhir Manchester United 2-1 Reading.


Video Highlight Perlawanan Manchester United vs Reading | English FA Cup




Lawan United di suku akhir akan ditentukan minggu hadapan. TREBLE still On

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " FA Cup : Keputusan Perlawanan Manchester United vs Reading 19 Februari 2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets