Home » , , , , , , » SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN SUKU AKHIR MANCHESTER UNITED VS CHELSEA | ENGLISH FA CUP 2013 QUARTER FINAL

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN SUKU AKHIR MANCHESTER UNITED VS CHELSEA | ENGLISH FA CUP 2013 QUARTER FINAL

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

PUSINGAN SUKU AKHIR PIALA FA INGGERIS 2012/2013




Updates : Video Highlight Perlawanan United vs Chelsea [Klik]

Manchester United mahu melupakan kontroversi kekalahan kepada Real Madrid dengan menewaskan Chelsea awal pagi esok. Dua pasukan gergasi EPL ini mempunyai sejarah tersendiri dalam persaingan Piala FA Inggeris. Chelsea dengan rekod 4 kejuaraan dalam 6 musim terakhir. United pula masih lagi gagal memenangi Piala FA sejak 2004.



Semalam Wigan mencatatkan kemenangan besar 3-0 ke atas Everton di Goodison Park dan layak ke pusingan separuh akhir. Bagitu juga dengan Manchester City yang mudah menewaskan Barnsley (kelab Divisyen 2) 5 gol berbalas 0.



2 lagi perlawanan bakal ditentukan malam ini dan awal pagi esok. Millwall dan Blackburn akan melengkapkan senarai pasukan yang akan mara ke pusingan separuh akhir.


Melihat dari prestasi semasa United masih unggul dalam kejohanan domestik. Kedudukan EPL setakat ini United mendahului Chelsea dengan 19 mata. Suatu ketika dulu Chelsea merupakan pasukan yang belum pernah kalah. Tapi ekoran beberapa masalah penukaran pengurus semuanya hilang dalam sekelip mata.






Perlawanan peringkat Eropah, Chelsea tewas 0-1 kepada juara Romania Steaua Bucharest. Rafa Benitez merehatkan beberapa pemain utama untuk mengekalkan kecergasan mereka sebelum bertandangkan ke Old Trafford. Yang pasti jarak perjalanan dari Romania ke England bakal mengganggu persediaan mereka.


Kekurangan beraksi dalam Europa League ialah jadual perlawanan setiap Khamis/Jumaat yang begitu rapat dengan jadual domestik.



Manchester United sebaliknya tiada banyak gangguan kecuali mental yang masih terkejut dengan keputusan pengadil perlawanan yang melayangkan kad merah kepada Nani. Chicharito yang mempunyai rekod baik bertemu Chelsea mungkin akan diturunkan bersama pemain yang tidak terlibat dengan perlawanan dengan Real Madrid.



Video Highlight Perlawanan Klasik Piala FA Manchester United vs Chelsea






Saksikan Perlawanan Manchester United vs Chelsea | Piala FA Inggeris 2012/2013




11 Mac 2013 (Isnin)

12.30 am, waktu Malaysia

Live @ Astro SupeSport Plus (810)

Live Streaming [Click Here]


FA CUP REPLAY

1 April 2013 (Isnin)

7.30 pm, waktu Malaysia

Live @ Astro SupeSport 3 (817)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN SUKU AKHIR MANCHESTER UNITED VS CHELSEA | ENGLISH FA CUP 2013 QUARTER FINAL "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets