Showing posts with label perayaan. Show all posts

 

SAMPUL DUIT RAYA 2014 MURAH | FROZEN MINION LUMIA SAMSUNG & UPIN IPIN

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

STICKY POST HINGGA RAYA 


Menjual Sampul Duit Raya 2014 Design Terkini


DAPATKAN SAMPUL PERCUMA!!
PROMOSI AIDILFITRI

Murah Kualiti Kreatif Cun


Boleh campur-campur design


SAMPUL RAYA MURAH 2015 KLIK SINI


SAMPUL RAYA FROZEN 2014, SAMPUL DUIT RAYA ANIMASI FROZEN, SAMPUL RAYA MINION, SAMPUL RAYA FROZEN MURAH
Sampul Duit Raya Frozen (Sold Out)


SAMPUL DUIT RAYA 2014 MINION
Sampul Duit Raya Minion (Sold Out)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Kadar Harga Zakat Fitrah 2014 | 1435H Semua Negeri di Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

ZAKAT MENYUCIKAN HARTA

JADUAL KADAR HARGA ZAKAT FITRAH 2014 1435H SELURUH NEGERI MALAYSIA


Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca blog Kafe Que. Dugaan paling besar sepanjang bulan puasa kali ini adalah pertindihan dengan Kejohanan Piala Dunia 2014. Tidak dinafikan memang ramai peminat bola sepak di negara Malaysia. Tetapi jangan sampai kita leka untuk beribadat.



Gambar di atas menunjukkan kadar bayaran zakat untuk semua negeri di Malaysia. Jangan kita lupa untuk bayar zakat fitrah untuk tahun  ini. Mengapa perlu bayar zakat? Sebabnya adalah untuk membersihkan dan menyucikan harta kita, insyallah harta dan rezeki kita akan bertambah lagi. 



Gaji atau pendapatan yang kita dapat setiap bulan, bukan milik kita 100%. Ada bahagian orang lain yang kita tak sedari. Berzakatlah kerana itu merupakan rukun Islam. Allah akan melipat kali gandakan rezeki kita. Mungkin bukan dalam bentuk wang ringgit tapi dalam bentuk kesihatan dan kebahagian. Waallahualam. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Lokasi Speed Trap Cuti Tahun Baru Cina 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

ELAKKAN DARI  KENA SAMAN



Sepanjang musim Perayaan Tahun Baru Cina 2014, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi bersepadu dengan menggunakan pendekatan penguatkuasaan, kejuruteraan dan pendidikan bertujuan mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya. Mereka akan dibantu seramai 1,270 ahli Skuad Muda 1JPJ (SM1JPJ) sepanjang kempen tahun ini.



Skuad sukarelawan itu membantu 254 pasukan anggota JPJ mengambil gambar dan merekodkan nombor pendaftaran kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas. Kenderaan barangan dilarang memasuki jalan raya pada 29 dan 30 Januari iaitu dua hari sebelum Tahun Baru Cina, dan 8 dan 9 Februari, dua hari selepas perayaan bertujuan untuk mengelakkan kesesakan.



Selain itu, penurunan had laju bagi jalan persekutuan dan jalan negeri sebanyak 10km/j akan berkuatkuasa sehingga 7 Februari ini. Bersiap sedialah anda.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Diskaun Rebat Tol Tahun Baru Cina 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

DISKAUN & REBAT 5 % - 37.5 %

REBAT TOL LPT PLUS TAHUN BARU CINA 2014


Menjelang Perayaan Tahun Baru Cina 2014 esok pengguna lebuhraya akan menikmati diskaun dan rebat tol 5% hingga 37.5% di beberapa plaza tol terpilih. 18 lebuhraya akan memberikan diskaun tertentu pada kenderaan kelas pertama bermula 29 Januari sehingga 4 Februari 2014


Antara lebuhraya yang terlibat adalah :

SMART, AKLEH, GUTHRIE, LKSA, DUKE, SKVE, KLK, LPT1, NPE, MEX, NNKSB, Besraya, SDE, LDP, SPRINT, LEKAS and BORR.


Rebat 20 % | PLUS

PLUS pula akan memberikan rebat 20% kepada pengguna kelas pertama yang menggunakan SmartTAG dan Touch n Go untuk 5 lebuhraya dari 29 Januari hingga 4 Februari 2014. Lebuhraya tersebut ialah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), PDH, ELITE, KLBK dan LINKEDUA.

Bagi lebuhraya di Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar terkecuali dari tawaran rebat ini.
 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Kalendar Hari Cuti Am 2014 | Seluruh Negeri di Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

JADUAL CUTI 2014

DOWNLOAD HARI CUTI 2014, JADUAL CUTI UMUM NEGERI KELANTAN, KEDAH, SELANGOR, JOHOR, PAHANG, KUALA LUMPUR, PERAK, SABAH, SARAWAK, PUTRAJAYA, PERLIS, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, TERANGGANU, BILA HARI CUTI 2014


Selamat bercuti semua. Hari ini penganut agama Kristian menyambut Hari Natal. Tak sampai seminggu lagi kita akan melangkah ke tahun 2014. Sekolah pun hampir dibuka semula. Setiap tahun paling dinantikan ialah kalendar cuti am dan negeri. Secara teori setiap negeri akan ada lebih kurang 18 hari cuti umum tak termasuk Sabtu dan Ahad. Malaysia memang banyak cuti!



Sampaikan terlalu sayangkan cuti kerajaan siap bagi cuti ganti jika hari pelepasan am tu jatuh pada hari  Jumaat, Sabtu atau Ahad (bergantung pada negeri). Contohnya pada tahun 2014, kita akan sambut Hari Merdeka pada hari Ahad. Jadi bagi negeri yang sepatutnya cuti pada hari Ahad mereka akan dapat cuti ekstra pada hari Isnin.



Banyak kegunaan kalendar cuti ni. Bagi mereka yang nak buat kenduri kahwin, doa selamat, hari keluarga dan melancong eloklah buat perancangan dari sekarang. Antara tarikh menarik untuk cuti panjang pada Tahun Baru Cina dan Hari Merdeka.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tema Majlis Sambutan Maal Hijrah 1435 H | 2013 M

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

TEMA MAAL HIJRAH 1435H

TEMA MAAL HIJRAH 2013 1435H, APA TEMA SAMBUTAN MAAL HIJRAH TAHUN INI 2013, SAMBUTAN MAAL HIJRAH 5.11.2013

Doa akhir tahun dan awal tahun [Klik]

Malam ini seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan tahun baru 1435H. Bersempena dengan itu, Majlis Sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 5 November 2013 bersamaan hari Selasa bertempat di PICC, Putrajaya.


Tema pada tahun ini ialah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Acara akan bermula pada jam 9.30 pagi. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat menghadiri majlis itu.


Kemuncak majlis sambutan ialah penganugerahan Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan dan seorang lagi tokoh peringkat antarabangsa.


Forum Perdana Khas sempena Maal Hijrah akan berlangsung di Masjid Negara mulai 5.30 petang ini, disusuli majlis bacaan Yasin serta bacaan doa akhir dan awal tahun.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perjalanan Balik Kampung PLUS | Cuti Deepavali dan Awal Muharram 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

REBAT TOL BERMULA 31 OKT 2013


REBAT TOL 20% AWAL MUHARAM 2013
kredit : TheMalaysianInsider


Menjelang cuti perayaan Deepavali (2 November 2013) dan Awal Muharram (5 November 2013) pihak plus sekali lagi mengeluarkan jadual waktu perjalanan bagi mengelakkan kesesakan trafik. Cadangan ini khas untuk pengguna Lebuhraya Utara-Selatan.



Pengguna sistem elektronik Lebuhraya PLUS akan menikmati rebat tol sebanyak 20%  pada hari ini (31 Oktober 2013) dan 10% pada 2 dan 7 November 2013. Kempen ini menggalakkan mereka untuk beralih kepada sistem yang lebih pantas dan menjimatkan.



Selamat bercuti kepada semua pembaca setia Blog Kafe Que. Berhati - hati di jalan raya dan  ingatlah orang yang tersayang. Rujuk jadual di bawah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Amalan Sunat Di Hari Raya Aidil Adha

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

SELAMAT HARI RAYA KORBAN 2013


PERKARA AMALAN SUNAT DI HARI RAYA HAJI KORBAN AIDIL ADHA, AMALAN SUNAT HARI RAYA AIDILADHA


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh pembaca Blog Kafe Que yang beragama Islam. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah korban dengan penuh ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Bagi mereka yang mampu tetapi tidak berkorban anda perlu tanya pada diri sendiri. Harta lebih penting atau keredhaan Allah.



Dalam hal ini Rasulullah S.A.W memberi jaminan dengan sabdanya yang bermaksud:

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Riwayat al-Tirmizi)



Korban ini bukan semata-mata menyembelih binatang tetapi lebih besar dari itu. Aidiladha dapat mengikis kelekaan terhadap keduniaan. Ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai harta duniawi atau sanggup mengeluarkan sebahagiannya bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perjalanan Balik Kampung PLUS | Hari Malaysia 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

RANCANG PERJALANAN UNTUK ELAKKAN KESESAKAN 





Sempena Perayaan Hari Malaysia ke-50 (jubli emas), pihak PLUS mengeluarkan cadangan Jadual Waktu Perjalanan Balik Kampung dan Bercuti untuk panduan kita semua. Memandangkan Hari Malaysia jatuh pada 16 September 2013 (Isnin), maka ramai antara kita yang akan menggunakan peluang ini untuk pulang ke kampung atau melancong dalam negara.



Isu yang biasa kita dengar ialah kesesakan trafik luarbiasa di lebuh raya PLUS. Antaranya jika menghala ke selatan bermula dari tol Bangi hingga ke Senawang. Bagi yang menghala ke Utara kesesakan teruk akan berlaku dari Slim River hingga ke Tapah. Bila kereta terlalu banyak di lebuh raya maka peratus untuk berlaku kemalangan akan meningkat.



Faktor utama kemalangan adalah kecuaian dan mengantuk kerana terlalu lama memandu. Jadi rancanglah perjalanan anda dengan baik supaya kita selamat pergi dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Lokasi & Kawasan SPEEDTRAP Sepanjang Hari Raya 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

JIMATKAN DUIT ANDA

lokasi speedtrap sempena hari raya 2013, kawasan speedtrap hari raya aidilfitri 2013, berapa had laju di jalan raya 2013, cara nak detect speedtrap dengan mudah


Sepanjang musim perayaan Aidilfitri 2013, pihak polis melancarkan Ops Selamat yang bertujuan mengurangkan kadar kemalangan dan kes pecah rumah. Bagi yang bakal pulang ke kampung sila pastikan keadaan rumah anda berkunci dan diawasi CCTV.  Sila patuhi had laju Jalan Persekutuan dan Negeri yang diturunkan kepada 80km/j.



Aku ada terbaca komen dan perbincangan pasal kenapa perlu had laju diturunkan. Melambatkan perjalanan lagi adalah. Sebenarnya peraturan tu dibuat bersebab. Yang paling mudah supaya nampak pihak berkenaan melakukan kerja. Yang keduanya dapat mengurangkan kadar kemalangan maut.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Kadar Diskaun & Rebat Tol Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

DISKAUN 5 % HINGGA 37.5 %


DISKAUN DAN REBAT TOL CUTI AIDILFITRI 2013, SENARAI LEBUH RAYA YANG BAGI DISKAUN,diskaun tol hari raya 2013,diskaun lebuhraya 2013


Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013 yang bakal menjelang tak sampai seminggu lagi, sebanyak 22 lebuh raya di seluruh negara bakal memberikan diskaun dan rebat kepada pengguna yang ingin pulang ke kampung. Dikhabarkan diskaun dari 5 % hingga 37.5 %. Dari jumlah itu, 17 lebuh raya akan memberikan diskaun bermula 7 hingga 9 Ogos 2013.


Dapatkan Sampul Raya Percuma Di Sini [Klik]


Bagi 5 lagi lebuh raya kendalian PLUS, pengguna KELAS 1 (kenderaan ringan) yang membayar secara elektronik akan ditawarkan rebat 20 % pada 5 dan 6 Ogos serta 14 dan 15 Ogos nanti. Kalau dengar pasal diskaun semua akan berebut untuk balik kampung pada hari-hari tersebut. Rancang pemanduan anda. Jangan kerana diskaun yang tak seberapa nyawa pula melayang.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tips Nak Jimatkan Kos Pemberian Duit Raya Tahun Ini

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2013



Salam Ramadhon buat semua pembaca Blog Kafe Que. Hari ini nak bagi tips sket pada korang yang terpaksa akan keluarkan duit raya tahun ini. Umum dah tau yang tahun ni penjawat awan tak dapat bonus. Tapi ditukarkan kepada bantuan khas AidilFitri sebanyak RM500 untuk kakitangan gred 1-54 dan RM250 untuk pesara kerajaan. Alhamdulillah ada jugak dapat kan.


Mungkin yang kerja swasta ada company yang bagi bonus. Tahniah la. Rezeki Hari Raya. Berbelanjalah berpada-pada mengikut kemampuan masing-masing. Jangan lupa simpan jugak sket untuk masa depan. Oh ya untuk penjawat awan mereka juga dapat Kenaikan 1 tangga gaji bermula bulan Julai [Klik sini]



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Kadar Harga Zakat Fitrah Tahun 2013 Seluruh Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

HARGA ZAKAT FITRAH TAHUN 2013


JADUAL KADAR HARGA ZAKAT FITRAH 2013 BAGI NEGERI PERLIS KEDAH PERAK KELANTAN TERENGGANU SELANGOR KUALA LUMPUR PUTRAJAYA PAHANG MELAKA NEGERI SEMBILAN JOHOR SABAH SARAWAK LABUAN
sumber : mymetro


Tinggal 1 minggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Kebiasaannya ramai yang akan tertanya-tanya mengenai kadar harga zakat di negeri masing-masing. Lembaga Zakat Selangor telah menetapkan kadar RM 7.00 seorang pada tahun 2013. Bagaimana pula dengan negeri lain?


Apa itu zakat fitrah? Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan bersempena dengan bulan Ramadhan dan juga hari raya Fitrah (aidil-Fitr). Dinamakan juga dengan zakat al-Abdan dan ar-Ru-us (zakat badan dan kepala) kerana ia diwajibkan ke atas setiap batang tubuh orang Islam tanpa kecuali sama ada kecil atau besar, tua atau muda, lelaki atau wanita, miskin atau kaya, merdeka atau hamba. 


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

SAMPUL DUIT RAYA 2013 MURAH | DESIGN IPHONE LUMIA SAMSUNG S3 & UPIN IPIN

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

STICKY POST HINGGA RAYA 

Menjual Sampul Duit Raya 2013 Design Terkini

DAPATKAN SAMPUL PERCUMA!!
PROMOSI AIDILFITRI

Murah Kualiti Kreatif Cun


Boleh campur-campur design


Sampul duit raya 2012, murah design lumia dan iphone promosi borong percuma eksklusif tempah,kreatif,borong
Lumia inspirasi dari Nokia Lumia

Sampul duit raya 2012, murah design lumia dan iphone promosi borong percuma eksklusif tempah
 iRaya inspirasi dari iPhone 

SAMPUL DUIT RAYA 2013 DESIGN SAMSUNG S3 IPHONE LUMIA UPIN IPIN, SAMPUL RAYA 2013 PERCUMA
Samsung inspirasi dari Samsung S3

SAMPUL RAYA 2013 PERCUMA, NAK BELI SAMPUL RAYA 2013 TERBAIK
Aidilfitri inspirasi dari Upin & Ipin

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

SALAM MAULIDUR RASUL 2013M | BERSELAWATLAH KAMU

Penulis: Que | Kategori: , , ,

JOM SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W




Sabda Nabi s.a.w : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali. Barangsiapa berselawat ke atas ku100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atas ku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka”.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

JADUAL PERJALANAN BALIK KAMPUNG PLUS | HARI KRISMAS DAN TAHUN BARU 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

JADUAL PERJALANAN BALIK KAMPUNG SEMPENA CUTI PERAYAAN HARI KRISMAS 2012 DAN TAHUN BARU 2013

JADUAL PERJALANAN BALIK KAMPUNG PLUS 2012 CUTI PERAYAAN KRISMAS TAHUN BARU 2013,DISKAUN TOL HARI KRISMAS 2012 20%,REBAT TOL HARI KRIMAS 2012 25 DISEMBER,KAD TOUCH N GO PLUSMILES,HIGHWAY PLUS LINKEDUA,BKE,JAMBATAN PULAU PINANG,WAZE
Klik gambar untuk lebih jelas


PLUS telah mengeluarkan jadual perjalanan balik kampung untuk semua pengguna lebuhraya seperti perayaan sebelum ini. Tujuannya untuk mengurangkan kesesakan lalulintas apabila semua pengguna keluar dalam waktu serentak.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Jadual Kadar Harga Diskaun Tol Lebuhraya Sempena Hari Raya Aidilfitri 2012

Penulis: Que | Kategori: , ,

Salam.. 

Hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum umat Islam menyambut kedatangan 1 Syawal 1433H


Tentu ramai yang sudah membeli-belah persiapan raya. Maklumlah kakitangan awam baru saja dapat bonus 9 Ogos yang lepas.


Jalan TAR, SOGO dan sewaktu dengannya memang akan sesak dengan kehadiran ribuan manusia yang nak shopping raya. Last minit ni mesti diskaun lelong kaw2 punye.


diskaun tol highway plus hari raya 2012,senarai tol plaza diskaun rebat 10 - 37.5%,berapa diskaun tol hari raya 2012,jadual kadar harga diskaun tol hari raya 2012,pandu cermat jiwa selamat,tol separuh harga


Kementerian Pelajaran Malaysia juga baru-baru ini mengumumkan 16 & 17 Ogos sebagai Cuti Sekolah berganti.


So ramai parent yang terpaksa mengubah plan asal bagi mengelakkan jem sewaktu pulang ke kampung.


Jadi tanpa buang masa mari kita lihat senarai plaza tol yang terlibat dalam pemberian diskaun 10 - 37.5% sepanjang waktu cuti Hari Raya ini.



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Selamat Hari Malaysia | Kemerdekaan Ke-54 "Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"

Penulis: Que | Kategori: ,

Salam Hari Malaysia kepada semua. Lately agak busy dengan majlis jamuan hari raya sampai takde mase nak update blog. Siap kena wat show pulak tu. Teringat zaman kegemilangan dulu2.. Hehe.. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati pembentukan Malaysia yang terdiri dari Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (1963). Hanya perpaduan antara semua kaum yang boleh mengekalkan keharmonian negara tercinta ini.





Tahun ini Hari Malaysia disambut bersama Hari Kemerdekaan negara ke-54 yang bertemakan "Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera". Hargailah negara kita. Jangan jadi orang yang buta sejarah yang tak kenal siapa pejuang siapa pemberontak. Sekian.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Soalan Klise di Hari Raya | Bila lagi ni?

Penulis: Que | Kategori: , ,

Salam Aidil Fitri buat pembaca sekalian.Setelah lama bercuti raya, kini Kafe Que kembali beroperasi. Selamat kembali bertugas kepada yang bekerja.. Selamat kembali meneruskan pengajian kepada yang masih menuntut. Mesti seronok kan cuti panjang menziarah sanak saudara, makan ketupat rendang. Yang still dapat duit raya lagi syok, tapi yang kena bagi duit raya pun best kot.. Korang beraye mane?? Aku sempat pi Kuantan, Segamat dan Muar. Raya ke-2 memang sesak gile la. Sangkut atas jalan berejam-jam.. Sabor je lahh!!


"Tiket PERCUMA Konsert Suara Kami"

soalan klise di pagi hari raya, bila nak kawin ni,lirik lagu tiga kata kru video,makna cinta
Duit raya nilai berganda


Biasa la bile tak jumpe macam-macam la cerita. Dan soalan klise setiap kali nak beransur mesti sama. Tak paham betullah.. "Ni bila lagi nak rasa nasi minyak??" Eh beli je la kat kedai kan.. Bukan aku tak nak kawin, tapi aku tak tau nak kawin ngan sape.. Masalah kan..

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Bersalam di pagi raya di mana silapnya | Mahram vs Haram

Penulis: Que | Kategori: ,

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca blog Kafe Que yang beragama Islam.. Persiapan macam mane?? Zakat dah bayar?? Duit raya dah masuk sampul?? Kalau belum masih ada masa lagi. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan yang dilakukan sepanjang perkenalan. Maklumlah manusia ni tak boleh lari dari buat salah. Nak bagi duit raya kat semua tak dapat la kan sebab ramai sangat plus semua dah besar-besar. Jadi sempena Syawal yang bakal menjelma Kafe Que menyediakan sedikit pedoman untuk kalian semua.

"Iklan paling cool bulan ini"

video ustaz muhammad irwan,mahram vs haram ustaz irwan,suara takbir cover version,maksud mahram dan muhrim,definisi mahram mengikut islam,larangan bersalam dengan bukan mahram,siapa mahram kita,ciri mahram,syarat mahram,hukum bersalam di pagi raya



Anda tau siapa mahram anda? Kadang kala orang tersilap dengan istilah muhrim. Dua-dua ini mempunyai maksud yang jauh berbeza. Mahram ialah orang yang mempunyai pertalian darah dan diharamkan berkahwin dengannya sama ada haram sementara atau buat selama-lamanya. Muhrim pula merujuk kepada orang yang memakai ihram sewaktu menunaikan umrah atau haji.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/