Home » , , , , , , , , , , » Tips Nak Jimatkan Kos Pemberian Duit Raya Tahun Ini

Tips Nak Jimatkan Kos Pemberian Duit Raya Tahun Ini

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2013



Salam Ramadhon buat semua pembaca Blog Kafe Que. Hari ini nak bagi tips sket pada korang yang terpaksa akan keluarkan duit raya tahun ini. Umum dah tau yang tahun ni penjawat awan tak dapat bonus. Tapi ditukarkan kepada bantuan khas AidilFitri sebanyak RM500 untuk kakitangan gred 1-54 dan RM250 untuk pesara kerajaan. Alhamdulillah ada jugak dapat kan.


Mungkin yang kerja swasta ada company yang bagi bonus. Tahniah la. Rezeki Hari Raya. Berbelanjalah berpada-pada mengikut kemampuan masing-masing. Jangan lupa simpan jugak sket untuk masa depan. Oh ya untuk penjawat awan mereka juga dapat Kenaikan 1 tangga gaji bermula bulan Julai [Klik sini]





Semenjak dah kerja ni memang setiap tahun pening bila tiba Hari Raya. Berapa duit nak kena tukar kat bank. Kira balik bilangan anak buah, sedara-mara, pakcik makcik (tak termasuk ahli keluarga yang memang wajib diberi)


So dengan bajet yang agak terhad bagaimana cara kita nak kurangkan jumlah duit raya tanpa mengecewakan mereka yang mengharap. Hehe. Yelah raya kan setahun sekali (Raya Korban jarang pulak tengok orang bagi duit raya ni). Jom kita bincangkan.





Tips #1

Tambah kuantiti helaian duit kertas

Sejak tahun lepas kita dah mula pakai duit kertas baru dari Bank Negara. Kalau dulu kita biasa bagi RM50 tahun ni kita tukar sket kepada RM 20 x 2 = RM40. Nilai pun tak jauh beza ditambah pulak dengan warna oren RM 20 yang lebih menarik. Hihi


Kalau dulu kita biasa bagi RM 5 boleh kita tukar bagi RM 1 x 3 = RM 3. Budak-budak ni suka kalau dapat banyak helai. Haha. Ini bukan kes kedekut tau tapi hanya bermain dalam bajet yang mungkin tidak seberapa.



sampul duit raya 2013 lumia iphone lumia upin ipin, tips kurangkan kos duit raya


Tips #2

Beli sampul duit raya design yang unik

Budak-budak sekarang suka kartun. Jadi boleh lah cari design sampul duit raya Upin Ipin, Ben 10, Angry Bird, Boboi Boy. Ini permainan psikologi namanya. Bagi dorang terpesona dengan keindahan sampul duit raya hingga terlupa akan isi nya yang semakin susut nilai. Lalala. Apalah salahnya untuk kita melabur beberapa sen tapi boleh cover 1 atau 2 ringgit.


Promosi Sampul Raya Design Eksklusif | iPhone Lumia Samsung Upin Ipin [Klik]


Untuk yang dewasa sket boleh bagi design smartphone sebab dorang ni dah terdedah dengan kecanggihan gadjet. Secara tak langsung boleh kurangkan nilai duit raya disebabkan harga gadjet tersebut sudah mencecah ratusan dan ribuan ringgit. Bijak tak? Bagi yang teringin nak beli sampul duit raya boleh dapatkan di sini.





Tips #3

Gantikan dengan kupon atau baucer percuma yang anda ada

Bagi korang yang suka shopping ni mesti ada dapat baucer atau kupon pembelian produk ke makanan ke. Yelah nak bagi duit cash tak cukup. Jadi kita gunakan baucer tu (yang kita mungkin tak pakai). Sekurang-kurangnya dorang boleh guna nanti. Tak semestinya kena duit tunai. Kalau orang bagi barang mahal tak kan nak tolak pulak kan.




Cukup lah 3 tips ni. Hope korang leh dapat idea dan strategi pemberian duit raya tahun 2013. Selamat mencuba dan Selamat Hari Raya!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Tips Nak Jimatkan Kos Pemberian Duit Raya Tahun Ini "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets