Amalan Sunat Di Hari Raya Aidil Adha
Penulis: Que | Kategori: cuti , event , hari raya aidil adha , islam , perayaan , sunat , tazkirah , tips
SELAMAT HARI RAYA KORBAN 2013
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh pembaca Blog Kafe Que yang beragama Islam. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah korban dengan penuh ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Bagi mereka yang mampu tetapi tidak berkorban anda perlu tanya pada diri sendiri. Harta lebih penting atau keredhaan Allah.
Dalam hal ini Rasulullah S.A.W memberi jaminan dengan sabdanya yang bermaksud:
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Riwayat al-Tirmizi)
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Riwayat al-Tirmizi)
Korban ini bukan semata-mata menyembelih binatang tetapi lebih besar dari itu. Aidiladha dapat mengikis kelekaan terhadap keduniaan. Ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai harta duniawi atau sanggup mengeluarkan sebahagiannya bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.
Antara amalan sunat pada Hari Raya Aidil Adha ialah:
- Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
- Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
- Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
- Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
- Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidil Adha.
- Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
- Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
- Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
- Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
- Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
- Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
- Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.
kredit : Shafiqolbu
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..