Showing posts with label ibadah. Show all posts

 

Kadar Harga Zakat Fitrah 2015 1436H Seluruh Negeri Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

ZAKAT MENYUCIKAN HARTA



JADUAL KADAR HARGA ZAKAT FITRAH 2015 1436H SELURUH NEGERI MALAYSIA


Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca blog Kafe Que. Dugaan paling besar sepanjang bulan puasa kali ini adalah pertindihan dengan Kejohanan Copa America 2015 yang baru saja berakhir. Tidak dinafikan memang ramai peminat bola sepak di negara Malaysia. Tetapi jangan sampai kita leka untuk beribadat.



Walaupun sibuk dengan tugas harian dan persiapan raya, jangan kita lupa untuk bayar zakat fitrah untuk tahun ini. Mengapa perlu bayar zakat? Sebabnya adalah untuk membersihkan dan menyucikan harta kita, insyallah harta dan rezeki kita akan bertambah lagi. Ada beberapa pandangan mengenai lokasi di mana kita patut membayar zakat fitrah. Seelok-eloknya kita bayar di mana kita mencari rezeki atau kata mudahnya tempat kita bekerja.



Gaji atau pendapatan yang kita dapat setiap bulan, bukan milik kita 100%. Ada bahagian orang lain yang kita tak sedari. Berzakatlah kerana itu merupakan rukun Islam. Allah akan melipat kali gandakan rezeki kita. Mungkin bukan dalam bentuk wang ringgit tapi dalam bentuk kesihatan dan kebahagian. Waallahualam.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Kelebihan Berpuasa Pada Hari Arafah 9 Zulhijjah | Hari Wukuf

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

MARI REBUT PELUANG



Sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelma, eloklah kita berkongsi amalan sunat yang dapat memberi pahala kepada semua umat Islam. Jika dibandingkan dengan Hari Raya Aidil Fitri, sambutan Hari Raya Korban ini mungkin tidak semeriah 1 Syawal. Tetapi ganjaran yang menanti lebih besar.



Dalam bulan ini juga umat Islam seluruh dunia mengerjakan haji (rukum Islam ke-5) dan melaksanakan ibadah korban. Pada mereka yang sudah mampu eloklah pergi menunaikan haji sementara kita dikurniakan kesihatan. Jika belum, kita boleh tunaikan ibadah korban yang sangat dituntut. Ramai yang mengelak bila diajak membelanjakan sedikit harta ke jalan Allah. Sebenarnya banyak kelebihan bagi mereka yang berkorban. Baca sini.



Amalan sunat yang biasa kita dengar ialah puasa pada hari Arafah atau 9 Zulhijjah. Mungkin entri ini agak lewat untuk mengajak kita sama-sama berpuasa sunat bermula dari 1 Zulhijjah atau 9 hari pertama dalam bulan Zulhijjah

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Kadar Harga Zakat Fitrah 2014 | 1435H Semua Negeri di Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

ZAKAT MENYUCIKAN HARTA

JADUAL KADAR HARGA ZAKAT FITRAH 2014 1435H SELURUH NEGERI MALAYSIA


Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca blog Kafe Que. Dugaan paling besar sepanjang bulan puasa kali ini adalah pertindihan dengan Kejohanan Piala Dunia 2014. Tidak dinafikan memang ramai peminat bola sepak di negara Malaysia. Tetapi jangan sampai kita leka untuk beribadat.



Gambar di atas menunjukkan kadar bayaran zakat untuk semua negeri di Malaysia. Jangan kita lupa untuk bayar zakat fitrah untuk tahun  ini. Mengapa perlu bayar zakat? Sebabnya adalah untuk membersihkan dan menyucikan harta kita, insyallah harta dan rezeki kita akan bertambah lagi. 



Gaji atau pendapatan yang kita dapat setiap bulan, bukan milik kita 100%. Ada bahagian orang lain yang kita tak sedari. Berzakatlah kerana itu merupakan rukun Islam. Allah akan melipat kali gandakan rezeki kita. Mungkin bukan dalam bentuk wang ringgit tapi dalam bentuk kesihatan dan kebahagian. Waallahualam. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Kadar Harga Zakat Fitrah Tahun 2013 Seluruh Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

HARGA ZAKAT FITRAH TAHUN 2013


JADUAL KADAR HARGA ZAKAT FITRAH 2013 BAGI NEGERI PERLIS KEDAH PERAK KELANTAN TERENGGANU SELANGOR KUALA LUMPUR PUTRAJAYA PAHANG MELAKA NEGERI SEMBILAN JOHOR SABAH SARAWAK LABUAN
sumber : mymetro


Tinggal 1 minggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Kebiasaannya ramai yang akan tertanya-tanya mengenai kadar harga zakat di negeri masing-masing. Lembaga Zakat Selangor telah menetapkan kadar RM 7.00 seorang pada tahun 2013. Bagaimana pula dengan negeri lain?


Apa itu zakat fitrah? Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan bersempena dengan bulan Ramadhan dan juga hari raya Fitrah (aidil-Fitr). Dinamakan juga dengan zakat al-Abdan dan ar-Ru-us (zakat badan dan kepala) kerana ia diwajibkan ke atas setiap batang tubuh orang Islam tanpa kecuali sama ada kecil atau besar, tua atau muda, lelaki atau wanita, miskin atau kaya, merdeka atau hamba. 


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/