NO COMMENTS
Kelebihan Berpuasa Pada Hari Arafah 9 Zulhijjah | Hari Wukuf
Penulis: Que | Kategori: agama , amal , hari raya aidil adha , ibadah , pahala , puasa , tazkirah
MARI REBUT PELUANG
Sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelma, eloklah kita berkongsi amalan sunat yang dapat memberi pahala kepada semua umat Islam. Jika dibandingkan dengan Hari Raya Aidil Fitri, sambutan Hari Raya Korban ini mungkin tidak semeriah 1 Syawal. Tetapi ganjaran yang menanti lebih besar.
Dalam bulan ini juga umat Islam seluruh dunia mengerjakan haji (rukum Islam ke-5) dan melaksanakan ibadah korban. Pada mereka yang sudah mampu eloklah pergi menunaikan haji sementara kita dikurniakan kesihatan. Jika belum, kita boleh tunaikan ibadah korban yang sangat dituntut. Ramai yang mengelak bila diajak membelanjakan sedikit harta ke jalan Allah. Sebenarnya banyak kelebihan bagi mereka yang berkorban. Baca sini.
Amalan sunat yang biasa kita dengar ialah puasa pada hari Arafah atau 9 Zulhijjah. Mungkin entri ini agak lewat untuk mengajak kita sama-sama berpuasa sunat bermula dari 1 Zulhijjah atau 9 hari pertama dalam bulan Zulhijjah.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq