Kelebihan Berpuasa Pada Hari Arafah 9 Zulhijjah | Hari Wukuf
Penulis: Que | Kategori: agama , amal , hari raya aidil adha , ibadah , pahala , puasa , tazkirah
MARI REBUT PELUANG
Sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelma, eloklah kita berkongsi amalan sunat yang dapat memberi pahala kepada semua umat Islam. Jika dibandingkan dengan Hari Raya Aidil Fitri, sambutan Hari Raya Korban ini mungkin tidak semeriah 1 Syawal. Tetapi ganjaran yang menanti lebih besar.
Dalam bulan ini juga umat Islam seluruh dunia mengerjakan haji (rukum Islam ke-5) dan melaksanakan ibadah korban. Pada mereka yang sudah mampu eloklah pergi menunaikan haji sementara kita dikurniakan kesihatan. Jika belum, kita boleh tunaikan ibadah korban yang sangat dituntut. Ramai yang mengelak bila diajak membelanjakan sedikit harta ke jalan Allah. Sebenarnya banyak kelebihan bagi mereka yang berkorban. Baca sini.
Amalan sunat yang biasa kita dengar ialah puasa pada hari Arafah atau 9 Zulhijjah. Mungkin entri ini agak lewat untuk mengajak kita sama-sama berpuasa sunat bermula dari 1 Zulhijjah atau 9 hari pertama dalam bulan Zulhijjah.
Kelebihan berpuasa pada 9 Zulhijjah (Hari Wukuf) ialah Allah akan ampunkan dosa kita pada tahun lalu dan tahun depan. Hebat kan? Selain berpuasa kita digalakkan berzikir,bertahmid, bertahlil, bertakbir dan selalu berdoa pada Allah.
“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (Hadis Muslim).
Marilah kita sama-sama berpuasa sunat pada Hari Arafah (Sabtu - 4 Oktober 2014) dan lakukan amalan untuk menambah pahala. Lafaz niat puasa seperti di bawah.
kredit : shafiqolbu |
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..