NO COMMENTS
Analisis : Punca Malaysia Menang Lawan Vietnam | Mara Ke Final Piala AFF Suzuki 2014
Penulis: Que | Kategori: AFF SUZUKI , analisis , bola sepak , dollah salleh , final , formasi , harimau malaya , malaysia , penjaring gol , piala aff suzuki 2014 , separuh akhir , sukan , taktik , thailand , vietnam
AKHIRNYA DOLLAH SEDAR
Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata apa yang peminat bola sepak tempatan saksikan di kaca TV semalam. 4 gol berjaya dijaringkan di kala Harimau Malaya mengganas di bumi Hanoi. Orang yang paling gembira pastinya Dollah Salleh yang menerima tempias kritikan corak permainan buruk di Shah Alam tempoh hari.
Bukan mudah untuk menyerap segala tekanan apabila tewas di laman sendiri. Apatah lagi dalam kejohanan yang mengambil kira bilangan gol di tempat lawan. Rombakan kepada barisan utama skuad negara nyata membuahkan hasil. Kali ini pujian harus diberikan kepada jurulatih kerana beliau melakukan kajian terperinci bagaimana cara permainan pasukan Vietnam.
Kemenangan 4-2 di Hanoi menjadikan Malaysia menang secara agregat 5-4 dan mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 berdepan Thailand juga dalam format timbal balik. Perlawanan pertama dijadualkan pada 17 Disember dan perlawanan di Kuala Lumpur pada 20 Disember nanti.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq