Showing posts with label isu semasa. Show all posts

 

Ramalan Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu AJL 29 | 18 Januari 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

SIAPA JUARA AJL 29?



Bagi menghangatkan debaran Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 yang bakal berlangsung malam esok, kita cuba ramalkan siapa bakal pemenang-pemenangnya. AJL ke-29 akan bersiaran pada 18 Januari 2015 (Ahad) jam 9.00 malam di Stadium Putra Bukit Jalil. Anda boleh saksikan siaran langsung di TV 3 atau di laman web Tonton.



Tahun ini tema yang dipilih ialah 'Gema dalam Muzik' yang pastinya menekankan elemen bunyi-bunyian yang menarik dan terkini. Pamoga Qu Puteh telah berbesar hati menaja perjalanan majlis dan bersama Nu Sentral.



Pemenang AJL 29 bakal menerima trofi dan wang tunai yang cukup lumayan. Tempat pertama akan menerima wang tunai RM 50,000, diikuti tempat kedua RM 35,000 dan ketiga RM 20,000. Bagi kategori vokal dan persembahan terbaik, mereka bakal menerima wang tunai berjumlah RM 12,000.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tarikh Tutup Permohonan Online Rumah PRIMA 2015 | 7 Projek di Kuala Lumpur Perak Johor Melaka

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

CEPAT DAFTAR

Klik untuk imej lebih jelas
Perumahan PPA1M Bukit Jalil 2015 [Klik]

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) telah mula membuka permohonan untuk 7,116 unit rumah bagi tujuh projek kediaman Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Melaka dan Johor.



Antara lokasi tujuh projek tersebut ialah Alam Damai, Kuala Lumpur; Bandar Meru Raya, Perak; Sungai Petani 1, Kedah; Kuala Ketil, Kedah; Bandar Layangkasa, Johor; Tebrau, Johor dan Melaka Tengah 1. Harga yang ditawarkan 20 peratus lebih rendah dari harga pasaran dengan kualiti yang hampir sama.



Pendaftar PR1MA boleh  membuat permohonan untuk projek pembangunan yang dipilih melalui laman web PR1MA di www.pr1ma.my sebelum tarikh tutup permohonan pada 28 Februari 2015 ini. Bagi mereka yang belum berdaftar diminta mendaftar di laman web terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Anda juga boleh merujuk syarat kelayakan dan jenis rumah yang ditawarkan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tarikh Terkini Pembayaran Bonus 2015 Kakitangan Awam Pesara Kerajaan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

BONUS DIAWALKAN

JADUAL BAYARAN BONUS KERAJAAN JANUARI 2015


Sejak bencana banjir melanda negara, tiba-tiba timbul banyak khabar angin mengenai pembayaran bonus yang sepatutnya dijadualkan pada 22 Januari 2015 diawalkan ke 5 Januari 2015. Ternyata viral itu adalah tidak benar sama sekali. Kini maklumat sahih yang baru dipetik dari akhbar Berita Harian Online hari ini menyatakan kerajaan telah bersetuju supaya bonus 2015 dibayar pada 15 Januari 2015.



Keputusan ini dibuat memandangkan kerajaan prihatin terhadap penjawat awam yang menjadi mangsa banjir dan juga membantu mereka  menyediakan semula kelengkapan persekolahan anak-anak yang dijangkakan pada 11 dan 12 Januari 2015. Bencana yang melanda telah merosakkan harta benda dan kebanyakan mereka yang terlibat terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.



Kepada mereka yang tidak terlibat dengan bencana ini bolehlah menggunakan 1% dari bonus yang diperolehi untuk membantu mereka yang memerlukan. Kerajaan sebelum ini telah bersetuju untuk memberi imbuhan tahunan 2014 atau bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Baru Minyak Petrol dan Diesel Bermula 1 Januari 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

 HADIAH TAHUN BARU

berapa harga petrol ron 95 ron 97 2015, GAMBAR PETROL MINYAK TURUN 2015

Tips : 10 Cara Nak Jimatkan Minyak Kereta Anda [Jom baca]


Berita panas! Harga minyak petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak 35 sen berkuatkuasa 12.01 tengah malam, 1 Januari 2015. Ini menjadikan harga baru untuk minyak RON95 bersamaan RM 1.91 seliter dan RON97 RM 2.11 seliter.



Bagi minyak diesel penurunan sebanyak 30 sen menjadikan harga baru RM 1.93 seliter. Pada 21 November2014, Kabinet memutuskan bahawa penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal seperti yang dilakukan untuk penetapan harga RON97 sejak Julai 2010.



Harga runcit petroleum di negara ini ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) sejak tahun 1983, iaitu kerajaan menetapkan harga runcit pada suatu paras tertentu dengan sebarang perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit. Jadi adakah ramai akan beralih kepada RON97 selepas ini? Atau pun stok RON97 akan kerap kehabisan disebabkan permintaan ramai?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tabung Sumbangan Derma Mangsa Banjir 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

JOM BANTU 

nombor akuan maybank media prima tv3

Tabung NSTP - Media Prima

Maybank : 5141 0532 0757


Bencana banjir melanda Malaysia saban tahun. Apa yang mengejutkan, pada tahun ini lebih teruk berlaku negeri Kelantan. Ada rumah yang hanya nampak bumbung saja. Hospital turut dimasuki air dan pesakit-pesakit terpaksa dipindahkan ke tempat selamat. Haiwan yang tidak sempat melarikan diri hanyut di bawa arus deras.



Ibu bapa yang sudah mempersiapkan keperluan persekolahan anak-anak juga pasrah. Mungkin bukan rezeki mereka kali ini. Sempena perayaan Hari Natal semalam, ramai yang bercadang untuk pulang ke kampung halaman. Bagi kawasan yang terlibat dengan banjir, jalan raya sudah dinaiki air. Bekalan elektrik juga terputus.  Ada kaum keluarga yang tidak dapat dihubungi. Ini semua dugaan.



Paling menyedihkan bila mereka terpaksa bertarung untuk hidup disebabkan bekalan makanan yang lambat tiba atas faktor-faktor tertentu. Mari sama-sama kita ringankan beban mangsa-mangsa banjir di beberapa kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan mungkin ada yang bakal dinaiki air lagi selepas ni. Bagi mendapatkan info tepat mengenai banjir boleh layari laman ini

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

JADUAL PERJALANAN BALIK KAMPUNG PLUS | HARI KRISMAS DAN TAHUN BARU 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

JADUAL PERJALANAN BALIK KAMPUNG SEMPENA CUTI PERAYAAN HARI KRISMAS 2014 DAN TAHUN BARU 2015

Klik gambar untuk lebih jelas

PLUS seperti biasa telah mengeluarkan jadual perjalanan balik kampung untuk semua pengguna lebuhraya seperti perayaan sebelum ini. Tujuannya untuk mengurangkan kesesakan lalulintas apabila semua pengguna keluar dalam waktu serentak.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Kalendar Hari Cuti Am 2015 | Seluruh Negeri di Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

JADUAL CUTI 2014

JADUAL CUTI SEKOLAH 2015 SELURUH NEGARA


Tidak sampai dua minggu lagi kita akan melangkah ke tahun 2015. Sekolah pun hampir dibuka semula. Setiap tahun paling dinantikan ialah kalendar cuti am dan negeri. Secara teori setiap negeri akan ada lebih kurang 19 hari cuti umum tak termasuk Sabtu dan Ahad. Malaysia memang banyak cuti!



Sampaikan terlalu sayangkan cuti kerajaan siap bagi cuti ganti jika hari pelepasan am tu jatuh pada hari  Jumaat, Sabtu atau Ahad (bergantung pada negeri). Contohnya pada tahun 2015, cuti Hari Wesak pada hari Ahad. Jadi bagi negeri yang sepatutnya cuti pada hari Ahad mereka akan dapat cuti ekstra pada hari Isnin.



Banyak kegunaan kalendar cuti ni. Bagi mereka yang nak buat kenduri kahwin, doa selamat, hari keluarga dan melancong eloklah buat perancangan dari sekarang. Antara tarikh menarik untuk cuti panjang pada Tahun Baru Cina dan Hari Merdeka.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pameran MAHA 2014 Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang | 20 - 30 November

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

AGROTEKNOLOGI PEMANGKIN TRANSFORMASI

POSTER MAHA 2014


Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2014) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan bermula 20 hingga 30 November depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Pada tahun ini, MAHA 2014 bertemakan Agroteknologi-Pemangkin Tranformasi.



Mungkin ada di antara anda yang belum pernah ke pameran MAHA. Ianya merupakan pameran terbesar untuk peladang, penternak dan nelayan seluruh Malaysia. Bagi pengunjung, MAHA 2014 akan dibuka kepada orang awam pada 22 November 2014 bermula 10 pagi sehingga 10 malam.



Banyak aktiviti yang menarik disediakan seperti seminar, pertandingan dan jualan murah untuk produk-produk keluaran tempatan yang berasaskan pertanian. Sempena cuti sekolah yang bakal menjelma, boleh kita bawa anak-anak ke pameran ini untuk melihat lebih dekat bagaimana proses susu lembu dan beras dijalankan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

SIARAN LANGSUNG MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 DI ASTRO WARNA

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

KUMPULAN VIRUS CALON JUARA?

SIARAN LIVE MAHARAJALAWAK MEGA 2014 DI ASTRO WARNA

Tiket Masuk Percuma MLM2014 di sini [Klik]

Program lawak nombor satu negara kembali! Maharaja Lawak Mega 2014 merupakan edisi ke-4 dengan menampilkan barisan pelawak lama dan baru. Buat pertama kalinya tiada peserta dari Indonesia dalam rancangan yang bertemakan 'Super Hero' tahun ini. #superherolawak



Sistem pemarkahan pula akan meliputi 70 peratus penilaian dari juri tetap dan jemputan manakala 30 peratus lagi undian dari peminat.  Para peserta diberi kebebasan untuk membentuk kumpulan mereka sendiri. Beberapa gandingan baru bakal diuji keserasian mereka dengan Zizan dan Rahim R2 mengubah haluan mereka kali ini.



Setelah berakhir Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2014, lima kumpulan baru akan menyertai senarai 10 kumpulan peserta yang layak secara automatik. Antara kumpulan yang bakal bertanding ialah Bocey, Kepoh, Sepahtu, Virus, Shake, Comey, Nabil, Shiro, Ekzos, Wala, Jalor, Sayot, SYJ, Samurai dan Zero.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Kadar Kompaun Saman JPJ | Nombor Plat Kenderaan Tidak Mengikut Spesifikasi

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

TUKAR ATAU BAYAR SAMAN

denda tidak tukar no plat baru, plat kete ikut spek jpj november 2014, isu jpj saman no plat tak ikut sukatan


Bermula 1 November 2014, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melakukan operasi besar-besaran bagi mengambil tindakan kepada pengguna kenderaan yang melanggar peraturan dan spesifikasi. Antara kesalahan yang paling popular ialah pengubahsuaian nombor pendaftaran kenderaan atau nombor plat.



Bagi penggemar kenderaan, aktiviti ubah suai sudah pasti sinonim dengan mereka untuk nampak bergaya di atas jalan raya. Mengubah spesifikasi nombor plat seperti saiz dan jenis 'font' semakin berleluasa. Berlainan pula dengan pembeli daif yang langsung tidak mengetahui spesifikasi sebenar JPJ. Mereka ini akan menjadi mangsa keadaan jika nombor plat mereka dipasang oleh kedai yang hanya mengejar keuntungan.



Jika disabit kesalahan, anda mungkin dikenakan kompaun bergantung kepada jenis kenderaan. Bagi semua kenderaan 250 cc dan ke atas akan dikenakan denda kompaun sebanyak RM100 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM150 (jika diselesaikan antara dua minggu dan sebulan) dan RM250 (jika diselesaikan selepas sebulan).

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Pesara Kerajaan Bajet 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

BONUS DIBAYAR BERSAMA GAJI JANUARI 2015

JADUAL BAYARAN BONUS KERAJAAN JANUARI 2015

Update : Bonus 2015 akan dibayar pada 15 Januari 2015

Bonus kakitangan awam yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2015 bulan lalu akan dibayar bersama gaji Januari 2015. Walaupun terdapat gesaan dari CUEPACS supaya pembayaran dilaksanakan tahun ini, Ketua Setiausaha Negara memaklumkan ianya tidak dapat ditunaikan.



Faktor utama mereka meminta bonus diawalkan kerana bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak sekaligus meringankan beban kewangan mereka. Persoalannya adakah rayuan ini menunjukkan penjawat awam bergantung harap kepada kerajaan untuk perbelanjaan yang sememangnya dirancang saban tahun?



Sepatutnya mereka perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk anak-anak dan tidak bergantung kepada bonus sahaja. Apa akan jadi kalau bonus tidak diberi selepas ini? Adakah anak mereka tidak dapat ke sekolah lagi? Untuk pelajar sekolah kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan persekolahan sebanyak RM100.



Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam akan diterima pada 22 Januari 2015 (Khamis). Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Video Siaran Langsung Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2014 | Astro Warna

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

16 KUMPULAN BAKAL BERENTAP

LIVE ASTRO KERUSI PANAS MAHARAJA LAWAK MEGA 2014, KERUSI PANAS MLM 2014, BILA LOKASI KERUSI PANAS MAHARAJALAWAK 2014 31 OKTOBER 7 NOVEMBER 2014

Video Penuh Kerusi Panas Maharaja Lawak 2014 Percuma [Klik]


Selepas berakhirnya program Super Spontan 2014, Astro kembali mempersembahkan program lawak nombor 1 di Malaysia, Maharaja Lawak Mega 2014! Program ini akan bermula secara rasminya pada 14 November nanti dengan menampilkan 14 kumpulan. 10 kumpulan sudah layak secara automatik terdiri daripada Virus, Shiro, Nabil, Bocey, Sepahtu, SYJ, Comey, Jalor, Sayot dan Kepoh



4 lagi tempat akan diisi oleh pemenang dari Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2014 malam ini. Antara kumpulan yang bertanding ialah Ekzos, Mamu, Sakan, Samurai, Cak, Spark, Qtaro, Token, Chilok, Badboy, Zero, Glory, Shake, Gap2, Jbond dan Wala.



Gelanggang Kerusi Panas MLM 2014 akan berlangsung 2 episod bermula jam­ 10 malam ini di Royal Teater Shah Alam yang turut disiarkan di Astro Warna dan Mustika HD. Siapa 4 kumpulan yang akan layak ke Maharaja Lawak 2014? Mereka akan diadili oleh 3 juri profesional yang akan diketahui nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Pembentangan BAJET 2015 | Siaran Langsung 10 Oktober 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ISU KOS SARA HIDUP & GST JADI TUMPUAN

siaran langsung bajet 2015 10 oktober 2014, link live streaming bajet 2015, aplikasi smartphone bajet 2015


Petang ini seluruh rakyat Malaysia akan menantikan Pembentangan Bajet 2015 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Parlimen Malaysia. Ini merupakan bajet terakhir untuk Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10).



Antara isu yang paling hangat dibangkitkan ialah kos sara hidup yang semakin tinggi saban hari. Masih segar dalam ingatan, kenaikan harga petrol RON 95 dan Diesel sebelum Hari Raya Aidil Adha. Akibatnya ramai peniaga yang mungkin akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan mereka. Bagaimana pula cabaran untuk kita hadapi GST pada tahun depan?



Ada juga pihak yang menggesa supaya kerajaan membuat pelepasan cukai kepada golongan pertengahan. Ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban hidup mereka. Untuk penjawat awam, sudah pasti mereka tertunggu-tunggu berita baik walaupun produktiviti kerja yang masih di tahap sederhana. Layakkah bonus diberi saban tahun?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Minyak Petrol RON95 dan Diesel NAIK 20 sen seliter bermula 2 Oktober 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

 HADIAH RAYA KORBAN?


Tips : 10 Cara Nak Jimatkan Minyak Kereta Anda [Jom baca]


Berita panas! Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan Diesel dikurangkan (harga minyak naik la tu) sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 tengah malam, 2 Oktober 2014.



Harga baru bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan Diesel RM2.20 seliter. Rasanya tahun lepas dah naik 20 sen. Dalam masa setahun saja rakyat terpaksa menanggung kenaikan 40 sen bagi seliter minyak RON 95 dan Diesel. Kalau naik harga minyak saja tak pe. Nanti semua barang pun naik jugak!



Siap sedialah anda semua. Jom isi minyak malam ini! Kalau tak bajet balik kampung Hari Raya Aidil Adha akan lari. Berkorban apa saja. Di sini lahirnya sebuah cinta. Oh Malaysiaku.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tempah Ibadah Korban Murah 2014 Secara Online | Serendah RM 280

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PANTAS DAN BOLEH DIPERCAYAI

kredit eQurban[klik]


Anda berminat untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun 2014? Mampu beli smartphone beribu-ribu tetapi tak mampu nak korban seekor lembu? Harga lembu di Malaysia sangat mahal? Kini anda tiada lagi alasan! Laman eQurban[klik] menawarkan harga yang lebih murah untuk mereka yang berhajat.



1 bahagian lembu berharga RM 280 bersamaan dengan 78 sen sehari. Duit boleh cari. Lebih banyak kita bersedekah lebih banyak rezeki yang kita dapat. Tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Boleh jadi dalam bentuk kesihatan, kemudahan untuk mendapatkan sesuatu, terselamat dari kemalangan. Semua kuasa Allah.



Masih ragu-ragu? Layari laman web eQurban[klik] untuk maklumat lanjut dan aktiviti yang mereka lakukan. Di sana anda boleh lihat senarai peserta ibadah korban 2014. Tarikh tutup 30 September 2014  jam 11.59 pm.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perjalanan Balik Kampung PLUS | Cuti Hari Raya Aidilfitri 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

Klik rajah untuk imej yang lebih jelas
Diskaun & Rebat Tol Hari Raya Aidilfitri 2014 [Klik]

Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada 28 dan 29 Julai 2014 ini, pihak PLUS telah mengeluarkan jadual perjalanan balik kampung untuk semua pengguna jalan raya. Tujuannya bagi memberi kelancaran lalu lintas kepada mereka yang bakal bercuti. Kalau boleh cuba ikut seperti mana yang telah dirancangkan.



Lebuhraya PLUS memang sudah terlalu padat bila cuti panjang. R&R juga tak mampu menampung jumlah penggguna yang semakin meningkat setiap tahun. Ramai yang pilih untuk bertolak lewat malam atau pun awal pagi untuk mengelakkan jem. Tapi waktu-waktu begitu lebih terdedah kepada kemalangan disebabkan keadaan cuaca yang gelap.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

BONUS BANTUAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2014 UNTUK PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

 RM 500 UNTUK PENJAWAT AWAM | RM 250 UNTUK PESARA




Alhamdulillah. Syukur dengan pengumuman Perdana Menteri semalam. Kerajaan dengan bermurah hati akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai hadiah persiapan menyambut Aidilfitri kepada penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54.



Selain dari penjawat awam, bantuan khas itu akan turut dinikmati 684,000 pesara kerajaan, yang akan menerima RM250 setiap seorang sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. Pembayaran akan dibuat pada 15 Julai 2014 ke dalam akaun masing-masing.



Jadi kepada mereka yang akan terima duit tu jangan terlalu boros. Sepatutnya persiapan kewangan dah dilakukan lebih awal. Bantuan khas ini hanya untuk top up mana yang kurang. Contohnya duit raya untuk anak-anak, ibu bapa & perbelanjaan luar jangka.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Penuh Aktiviti Festival Belia Putrajaya 23 hingga 25 Mei 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

DARI BELIA UNTUK BELIA



Kementerian Belia dan Sukan bakal menganjurkan program tahunan terbesarnya iaitu Festival Belia Putrajaya 2014 bermula 23 hingga 25 Mei ini di Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya. Festival ini akan menjadi kemuncak sambutan Hari Belia Negara 2014 dan mengetengahkan konsep yang agak berbeza iaitu `lihat dan rasa' selari dengan citarasa anak muda masa kini.



Uniknya kali ini, festival yang diisi dengan 60 segmen itu akan dipecahkan kepada empat zon (utara, selatan, timur dan barat) dan memberi fokus kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan. Tema pada tahun ini adalah  'Dari Belia Untuk Belia' sekali gus menjadi medium terbaik untuk golongan belia mempamerkan bakat terpendam.



Antara segmen yang akan diadakan sempena festival berkenaan adalah pameran pekerjaan, jualan dan pameran buku, pidato, larian zombi, tilawah al-Quran, nasyid, pameran gajet, kejohanan futsal, kejohanan seni mempertahankan diri, peperangan bantal dan banyak lagi.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pesta Buku Antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur | 24 April - 4 Mei 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

JOM BORONG BUKU



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan bermula esok 24 April hingga 4 Mei 2014. Lokasi seperti biasa di PWTC Kuala Lumpur. Pelbagai syarikat penerbit buku akan menyertai program ini. Apa yang pasti anda akan mendapat diskaun istimewa bagi buku-buku terpilih. Boleh lah borong supaya dapat pelepasan cukai.



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 akan dibuka pada jam 10 pagi setiap hari. Mereka yang mempunyai anak kecil eloklah bawa mereka melihat buku-buku dan mendidik budaya membaca sejak dari kecil.



Masuk adalah percuma. Anda boleh menggunakan pengangkutan awam ke PWTC atau parking di Hentian Putra. Selamat memborong!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Lee Chong Wei vs Simon Santoso Terbuka Singapura 13 April 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

FINAL BADMINTON SINGAPORE OPEN 2014


Lee Chong Wei kalah 15-21,10-21

Datuk Lee Chong Wei seperti biasa menjadi wakil tunggal Malaysia yang layak ke perlawanan akhir Kejohanan Super Series Terbuka Singapura 2014. Semalam Lee Chong Wei terpaksa berhempas pulas untuk menang dalam rubber set menentang pemain muda India, K. Srikanth 17-21,21-14,21-19 di peringkat separuh akhir.



Dengan ketiadaan Chen Long, harapan China untuk mara ke final Singapore Open berkubur apabila wakil mereka Du Pengyu tewas kepada pemain Indonesia, Simon Santoso yang menjadi lawan Lee Chong Wei dalam perlawanan akhir petang ini.



Sebagai rekod, dari 10 pertemuan antara kedua pemain, Simon Santoso hanya pernah menang sekali ke atas Datuk Lee Chong Wei.. Itu pun ketika pertemuan di Terbuka Jepun 2009. Jadi tiada masalah untuk Lee Chong Wei melebarkan rekod kemenangan petang ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/