NO COMMENTS
Live Streaming Pembentangan BAJET 2015 | Siaran Langsung 10 Oktober 2014
Penulis: Que | Kategori: astro , bajet 2015 , bonus , isu semasa , kerajaan , live streaming , najib , siaran langsung , tv3
ISU KOS SARA HIDUP & GST JADI TUMPUAN
Petang ini seluruh rakyat Malaysia akan menantikan Pembentangan Bajet 2015 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Parlimen Malaysia. Ini merupakan bajet terakhir untuk Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10).
Antara isu yang paling hangat dibangkitkan ialah kos sara hidup yang semakin tinggi saban hari. Masih segar dalam ingatan, kenaikan harga petrol RON 95 dan Diesel sebelum Hari Raya Aidil Adha. Akibatnya ramai peniaga yang mungkin akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan mereka. Bagaimana pula cabaran untuk kita hadapi GST pada tahun depan?
Ada juga pihak yang menggesa supaya kerajaan membuat pelepasan cukai kepada golongan pertengahan. Ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban hidup mereka. Untuk penjawat awam, sudah pasti mereka tertunggu-tunggu berita baik walaupun produktiviti kerja yang masih di tahap sederhana. Layakkah bonus diberi saban tahun?
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq