Pameran MAHA 2014 Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang | 20 - 30 November
Penulis: Que | Kategori: ekspo , event , isu semasa , maha , pameran , program , weekend
AGROTEKNOLOGI PEMANGKIN TRANSFORMASI
Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2014) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan bermula 20 hingga 30 November depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Pada tahun ini, MAHA 2014 bertemakan Agroteknologi-Pemangkin Tranformasi.
Mungkin ada di antara anda yang belum pernah ke pameran MAHA. Ianya merupakan pameran terbesar untuk peladang, penternak dan nelayan seluruh Malaysia. Bagi pengunjung, MAHA 2014 akan dibuka kepada orang awam pada 22 November 2014 bermula 10 pagi sehingga 10 malam.
Banyak aktiviti yang menarik disediakan seperti seminar, pertandingan dan jualan murah untuk produk-produk keluaran tempatan yang berasaskan pertanian. Sempena cuti sekolah yang bakal menjelma, boleh kita bawa anak-anak ke pameran ini untuk melihat lebih dekat bagaimana proses susu lembu dan beras dijalankan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari lawam web MAHA 2014. Di bawah ini disediakan pelan tapak MAEPS sempena MAHA 2014.
Klik Gambar Untuk Lebih Jelas |
Bayaran parking untuk MAHA 2014 adalah RM 5 untuk kereta dan RM 2 untuk motosikal sekali masuk.
Peta Lokasi MAHA 2014 | MAEPS
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..