Home » , , , , , , , » Kadar Kompaun Saman JPJ | Nombor Plat Kenderaan Tidak Mengikut Spesifikasi

Kadar Kompaun Saman JPJ | Nombor Plat Kenderaan Tidak Mengikut Spesifikasi

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

TUKAR ATAU BAYAR SAMAN

denda tidak tukar no plat baru, plat kete ikut spek jpj november 2014, isu jpj saman no plat tak ikut sukatan


Bermula 1 November 2014, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melakukan operasi besar-besaran bagi mengambil tindakan kepada pengguna kenderaan yang melanggar peraturan dan spesifikasi. Antara kesalahan yang paling popular ialah pengubahsuaian nombor pendaftaran kenderaan atau nombor plat.



Bagi penggemar kenderaan, aktiviti ubah suai sudah pasti sinonim dengan mereka untuk nampak bergaya di atas jalan raya. Mengubah spesifikasi nombor plat seperti saiz dan jenis 'font' semakin berleluasa. Berlainan pula dengan pembeli daif yang langsung tidak mengetahui spesifikasi sebenar JPJ. Mereka ini akan menjadi mangsa keadaan jika nombor plat mereka dipasang oleh kedai yang hanya mengejar keuntungan.



Jika disabit kesalahan, anda mungkin dikenakan kompaun bergantung kepada jenis kenderaan. Bagi semua kenderaan 250 cc dan ke atas akan dikenakan denda kompaun sebanyak RM100 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM150 (jika diselesaikan antara dua minggu dan sebulan) dan RM250 (jika diselesaikan selepas sebulan).



Bagi pemilik motosikal di bawah 250 cc akan dikenakan denda RM70 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM120 (antara dua minggu dan sebulan) dan RM200 (jika lebih dari satu bulan). Jadi mulakan menyemak susunan nombor pendaftaran anda sekarang. Usah biarkan saman JPJ menghantui anda.



Semak kadar kompaun saman JPJ di sini [Klik]



Biasanya harga untuk menukar nombor plat sekitar RM 20 - RM 35 depan dan belakang. Untuk bakal pembeli kereta atau motosikal baru pastikan anda membawa salinan spesifikasi seperti rajah di bawah supaya nombor plat anda menggunakan spesifikasi yang betul.



Klik untuk lebih jelas

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

4 Responses to " Kadar Kompaun Saman JPJ | Nombor Plat Kenderaan Tidak Mengikut Spesifikasi "

  1. Najib Ariyan Ali Basha Says:

    Ubahsuai dah tak terkawal di negara ni... bagi negara kecik senang nak kuatkuasakan... jalanraya pun bagus... tu pun ada yg lolos...

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Unknown Says:

    Kalau xnk bayar saman no plet tu apa akibatnya?

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  3. Unknown Says:

    Mcm mna sy nak dpt kn rm250 sblan ni ye

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  4. Unknown Says:

    Macam mna sy nak buat untuk dapat kan rm250 sebulan ni

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets