1
COMMENT
Nasib Kelab EPL Dalam UEFA Champions League 2014/2015
Penulis: Que | Kategori: arsenal , barcelona , bola sepak , chelsea , EPL , liverpool , manchester city , sukan , suku akhir , UEFA Champions League
TINGGAL SATU LAGI
Terkini : Manchester City juga gagal mara ke suku akhir [Klik]
Liga Perdana Inggeris berdepan risiko berkemungkinan kehilangan wakil di pusingan suku akhir UEFA Champions League 2015 jika Manchester City seri atau tewas kepada Barcelona awal pagi esok. Malang menimpa Chelsea dan Arsenal kerana mereka disingkirkan berdasarkan peraturan gol di tempat lawan biarpun agregat berkesudahan 3-3.
Liverpool seperti diketahui umum gagal melepasi peringkat kumpulan dengan Real Madrid dan FC Basel melayakkan diri ke pusingan 16 terakhir. Musim lalu, Manchester United dan Chelsea menjadi wakil England dan hanya Chelsea sahaja yang mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Atletico Madrid.
Pencapaian buruk ini sedikit sebanyak mencalarkan imej EPL yang begitu gah dihebahkan menerusi saluran televisyen. Manchester City ketinggalan 1-2 kepada Barcelona dan mereka perlu menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol untuk mara ke suku akhir. Setakat hari ini, 6 pasukan sudah mengesahkan tempat ke suku akhir. Rujuk entri terdahulu di sini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq