Home » , , , , , , , , , , , , » Jadual Keputusan Undian Separuh Akhir Piala Capital One 2014/2015

Jadual Keputusan Undian Separuh Akhir Piala Capital One 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

CHELSEA DAN LIVERPOOL BERENTAP

JADUAL CHELSEA VS LIVERPOOL PIALA LIGA CAPITAL ONE CUP CARLING CUP MUSIM 2014 2015 WAKTU MALAYSIA

Keputusan saingan pusingan ke-5 Piala Capital One [Klik]


Liverpool mencerahkan harapan untuk memenangi satu-satunya kejuaraan yang realistik pada musim ini dengan menewaskan pendahulu liga divisyen bawah, Bournemouth awal pagi tadi. Keputusan 3-1 itu melayakkan mereka ke semi final Capital One Cup 2014/2015. Sebelum berangan-angan menjulang piala, Liverpool terlebih dahulu perlu melepasi pertemuan menentang pasukan bimbingan 'The Special One'.



Chelsea mara selepas menewaskan pasukan Derby County juga dengan jaringan 3-1. Satu lagi pertemuan adalah antara Tottenham yang menewaskan Newcastle United 4-0 melawan Sheffield United yang mengejutkan Southampton 1-0 di suku akhir. Setiap pasukan akan bermain 2 kali dalam perlawanan timbal balik pada bulan Januari 2015.



Chelsea sememangnya pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Capital One 2014/15. Jose Mourinho bijak menyusun strategi dan pemilihan pemain. Liverpool perlu mengorbankan perlawanan EPL sekiranya mahu kesebelasan terbaik mereka mengekalkan tahap kecergasan sebelum untuk menyekat kemaraan Chelsea.



Sama seperti yang pernah dibincangkan sebelum ini, kejohanan Piala Capital One ini mengganggu fokus jika pasukan anda bersaing dalam lebih 2 kejuaraan. Contohnya Chelsea, Tottenham dan Liverpool bakal bermain perlawanan EPL, Piala FA dan Piala Capital One dalam bulan Januari 2015. Lebih sukar untuk Chelsea kerana mereka juga mendahului EPL dengan Manchester City dan Manchester United mengekor rapat dan hanya menunggu kesilapan dilakukan untuk memintas kedudukan.



Berikut adalah undian perlawanan Piala Capital One 2014/15 Pusingan Separuh Akhir


Liverpool vs Chelsea

Tottenham vs Sheffield United


Perlawanan dijangka pada 21/22 & 28/29 Januari 2015

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Jadual Keputusan Undian Separuh Akhir Piala Capital One 2014/2015 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets