Home » , , , , , , , , , , , , , , , » Senarai terkini kelab yang layak ke pusingan kalah mati UEFA Champions League 2014/15

Senarai terkini kelab yang layak ke pusingan kalah mati UEFA Champions League 2014/15

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

REAL MADRID DAN BAYERN MUNICH MARA


Keputusan Undian Pusingan Kalah Mati Liga Juara-Juara Eropah [Klik]

Dua bekas juara UEFA Champions League, Real Madrid dan Bayern Munich mara ke pusingan 16 terakhir dengan bergaya apabila mengutip mata penuh dari empat perlawanan setakat ini. Lebih manis bagi skuad kendalian Pep Guardiola yang telah mengesahkan status juara kumpulan E biarpun berbaki 2 perlawanan.



Selain itu, kelab Jerman Borussia Dortmund yang diundi bersama Arsenal dan Galatasaray dalam kumpulan D juga layak ke pusingan seterusnya dengan 12 mata. Kumpulan F menyaksikan kelab gergasi PSG dan Barcelona turut mara. Porto melengkap senarai awal 6 pasukan yang layak ke pusingan kalah mati.



Kelebihan jelas memihak kepada pasukan yang mengesahkan status juara kerana mereka tidak perlu menang untuk baki perlawanan dan menurunkan pemain simpanan. Namun awas kerana peraturan UEFA melarang mana-mana pasukan yang sengaja menamakan pasukan lemah dalam satu-satu perlawanan.



Harus diingat juara kumpulan akan mengelak dari bertemu juara kumpulan lain dalam undian pusingan kalah mati nanti. Oleh sebab itu kelab seperti Real Madrid, Dortmund, PSG, Barcelona dan Porto harus meneruskan momentum sehingga status juara kumpulan sah menjadi milik mereka.



Kedudukan terkini peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2014/2015




Nasib Liverpool dan Manchester City dalam bahaya untuk tersingkir dari kejohanan UEFA Champions League kerana hanya mampu mengutip 3 dan 2 mata dari 4 perlawanan. Dua kelab ini paling menonjol musim lepas di EPL dengan status juara dan naib juara. Pun begitu, masalah dalaman yang menghantui kelab-kelab itu menggangu perjalanan mereka di pentas Eropah.



Harapan England kini hanya terletak di tangan Chelsea dan Arsenal yang dilihat mampu memberikan saingan ke pusingan seterusnya. Liverpool pula mungkin akan beraksi di UCL buat kali terakhir musim ini setelah melihat corak taktikal Brendan Rodgers yang seakan-akan menyerah kalah kepada Real Madrid di Bernabeu.



Kumpulan A : Atletico Madrid (juara kumpulan| Juventus (naib juara)


Kumpulan B : Real Madrid (juara kumpulan) | Basel  (naib juara)


Kumpulan C : Monaco (juara kumpulan) | Leverkusen (naib juara)


Kumpulan D : Dortmund (juara kumpulan) | Arsenal  (naib juara)


Kumpulan E : Bayern Munich (juara kumpulan) |  Manchester City (naib juara)


Kumpulan F : Barcelona (juara kumpulan) | PSG (naib juara)


Kumpulan G : Chelsea (juara kumpulan) | Schalke (naib juara)


Kumpulan H : Porto (juara kumpulan) | Shakhtar (naib juara)



Nota : Juara kumpulan layak dan memiliki kelebihan mengelak juara kumpulan lain dalam undian pusingan kalah mati. Pasukan tempat ketiga akan menyertai pusingan kalah mati Europa League.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Senarai terkini kelab yang layak ke pusingan kalah mati UEFA Champions League 2014/15 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets