Home » , , , , , , , , , , , , , , , , , » Keputusan Undian Pusingan 16 Terakhir Kalah Mati UEFA Champions League 2014/15

Keputusan Undian Pusingan 16 Terakhir Kalah Mati UEFA Champions League 2014/15

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

HANYA LIVERPOOL TERSINGKIR

UNDIAN PUSINGAN 16 KALAH MATI LIGA JUARA EROPAH 2014/15


Liverpool menjadi satu-satunya kelab England yang gagal melepasi peringkat kumpulan untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Di awal musim dulu aku pernah meramalkan bahawa kelab ini akan berdepan kesukaran dengan kehilangan Suarez dan komitmen dalam perlawanan Eropah. Tetapi ada peminat tegar mereka yang tidak mahu terima alasan tersebut.



Kini semua sudah menjadi kenyataan dan dia sendiri mengakui bahawa Suarez sebenarnya yang menaikkan nama Liverpool dan bukannya Brendan Rodgers. Faktor pengalaman memainkan peranan penting dalam perlawanan dengan pasukan elit di Eropah. Kita boleh persoalkan di mana 'squad depth' yang dimiliki Liverpool? Adakah mereka mengharapkan kepada Sturridge seorang? Itu boleh dikatakan sebagai 'one man team'.



Lupakan kisah sejarah Liverpool di UCL 2014/15. Luis Suarez sendiri tidak percaya beliau mampu memenangi trofi bersama Liverpool sebelum berpindah ke Barcelona. Chelsea menjadi pasukan tunggal yang menamatkan saingan selaku juara kumpulan dan memiliki kelebihan mengelak dari bertemu pasukan handalan seperti Real Madrid, Barcelona dan Bayern Munich.



Di bawah ini merupakan jadual jangkaan undian yang bakal diadakan minggu depan. Kita pisahkan juara kumpulan dan naib juara kumpulan. Ada beberapa syarat yang perlu diambil kira dalam proses undian nanti.


1) Juara kumpulan tidak boleh diundi bersama juara kumpulan yang lain.

2) Kelab yang bermain dalam satu kumpulan tidak boleh diundi bersama

3) Kelab yang bermain dalam liga domestik yang sama juga tidak boleh diundi bersama



Balang Juara Kumpulan : Real Madrid, Atletico Madrid, Barcelona, Monaco, Borussia Dortmund, Bayern Munich, Chelsea, Porto


Boleh diundi dengan : Juventus, Bayer Leverkusen, Arsenal, Manchester City, Paris Saint-Germain, Schalke, Shakhtar Donetsk
Boleh diundi dengan : Basel, Bayer Leverkusen, Arsenal, Manchester City, Paris Saint-Germain, Schalke, Shakhtar Donetsk
Boleh diundi dengan : Juventus, Basel, Bayer Leverkusen, Arsenal, Manchester City, Schalke, Shakhtar Donetsk
Boleh diundi dengan : Juventus, Basel, Arsenal, Manchester City, Schalke, Shakhtar Donetsk
Boleh diundi dengan : Juventus, Basel, Manchester City, Paris Saint-Germain, Shakhtar Donetsk
Boleh diundi dengan : Juventus, Basel, Arsenal, Paris Saint-Germain, Shakhtar Donetsk
Boleh diundi dengan : Juventus, Basel, Bayer Leverkusen, Paris Saint-Germain, Shakhtar Donetsk
Boleh diundi dengan : Juventus, Basel, Bayer Leverkusen, Arsenal, Manchester City, Paris Saint-Germain, Schalke


Balang naib juara kumpulan : Juventus, Basel, Bayer Leverkusen, Arsenal, Manchester City, PSG, Schalke 04, Shakhtar Donetsk


Boleh diundi dengan : Real Madrid, Monaco, Borussia Dortmund, Bayern Munich, Barcelona, Chelsea, Porto
Boleh diundi dengan : Atletico Madrid, Monaco, Borussia Dortmund, Bayern Munich, Barcelona, Chelsea, Porto
Boleh diundi dengan : Atletico Madrid, Real Madrid, Barcelona, Chelsea, Porto
Boleh diundi dengan : Atletico Madrid, Real Madrid, Monaco, Bayern Munich, Barcelona, Porto
Boleh diundi dengan : Atletico Madrid, Real Madrid, Monaco, Borussia Dortmund, Barcelona, Porto
Boleh diundi dengan : Atletico Madrid, Real Madrid, Borussia Dortmund, Bayern, Chelsea, Porto
Boleh diundi dengan : Atletico Madrid, Real Madrid, Monaco, Barcelona, Porto
Boleh diundi dengan : Atletico Madrid, Real Madrid, Monaco, Borussia Dortmund, Bayern Munich, Barcelona, Chelsea



Pusingan kalah mati 16 terakhir dijadualkan pada 18/19 dan 25/26 Februari 2015 untuk perlawanan pertama dan timbal balik pada 11/12 dan 18/19 Mac 2015.






Keputusan Undian Pusingan Kalah Mati UEFA Chanpions League 2014/15

Paris Saint-Germain vs Chelsea

Manchester City vs Barcelona

Bayer Leverkusen vs Atletico Madrid

Juventus vs Borussia Dortmund

Schalke 04 vs Real Madrid

Shakhtar Donetsk vs Bayern Munich

Arsenal vs AS Monaco

FC Basel vs FC Porto



Siaran Langsung Undian Pusingan 16 UCL 2014/2015

15 Disember 2014 (Isnin)

7.00 pm waktu Malaysia


Live di Astro Supersport (810) HD (831)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Keputusan Undian Pusingan 16 Terakhir Kalah Mati UEFA Champions League 2014/15 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets