Showing posts with label sukan. Show all posts

 

Keputusan Siaran Langsung Malaysia vs Liverpool 24 Julai 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

WASPADA LIVERPOOL 

liverpool vs malaysia malam ini astro, malaysia lawan liverpool 2015 astro

Keputusan akhir : Liverpool 1-1 Malaysia XI

Liverpool harus berwaspada dengan taktik pasukan Malaysia malam ini jika mereka tidak mahu menerima kekalahan pertama dalam siri jelajah pra-musim 2015. Walaupun pasukan senior kebangsaan kerap kali dibelasah sebelum ini, kelab Inggeris itu tidak boleh memandang rendah kehebatan Harimau Malaya yang berbekalkan semangat Hari Raya dan bantuan 'Awang Imports'.



FAM juga bijak memilih lawan yang memberi impak besar kepada pembangunan bola sepak tanah air. Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka bakal dipenuhi dengan majoriti penyokong-penyokong Harimau Malaya dari seluruh negara. Perubahan ini menunjukkan petanda positif untuk sukan bola sepak Malaysia.



Semalam dalam perlawanan tertutup, Liverpool FC mengajar Felda United cara bermain bola sepak sebenar dengan keputusan 7-0. Penyerang terbaru mereka, Danny Ings mencatatkan hatrick pertama bersama Liverpool. Kali terakhir Liverpool datang ke Malaysia pada tahun 2011 dengan kemenangan 6-3 ke atas skuad Datuk K. Rajagobal ketika itu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual dan Keputusan International Champions Cup 2015 | Manchester United

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

UNITED SIAP SEDIA

champions cup 2015 waktu malaysia




Manchester United merupakan salah satu kelab gergasi yang telah mengesahkan penyertaan dalam aksi pemanas badan International Champions Cup (ICC) 2015. Dalam edisi lepas, Manchester United dinobatkan selaku juara menewaskan musuh tradisi Liverpool 3-1 dalam perlawanan akhir. Kali ini format pertandingan di ubah kepada 3 bahagian lokasi.



10 kelab akan bermain di zon Amerika Utara, 3 kelab di China dan Australia dengan Real Madrid menyertai kejohanan di kedua-dua zon Asia. Manchester United, Chelsea, Barcelona dan PSG antara kelab yang menyertai zon Amerika Utara.



Manchester City, Real Madrid dan Roma akan bermain di Australia manakala Inter Milan, AC Milan dan Real Madrid sekali lagi bakal berentap di China. Perlawanan berprofil tinggi ini sangat berkesan untuk melihat sejauh mana persediaan setiap kelab sebelum bermulanya musim baru bola sepak bulan depan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pemain Manchester United ke USA Tour Perlawanan Pra Musim 2015/2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

MUKA BARU BAKAL BERAKSI



Skuad Manchester United akan memulakan sesi latihan sempena perlawanan pra musim US Tour 2015 minggu ini. 4 muka baru Depay, Darmian, Schweinsteiger dan Schneiderlin sudah menyertai skuad dan bakal beraksi dalam perlawanan pembukaan menentang Club America pada 18 Julai nanti. Pengurus pasukan, Louis Van Gaal telah menamakan 26 pemain bagi menghadapi 4 perlawanan di International Champions Cup yang dimenangi United musim lalu.



Angel Di Maria dan Marcos Rojo yang terlibat dengan komitmen Copa America 2015 direhatkan sehingga skuad pulang ke England. Victor Valdes dan Rafael keduanya tidak dibawa bersama dan masih menjadi misteri. 



Manchester United akan menentang Club America (18 Julai), San Jose Earthquakes (22 Julai), Barcelona (26 Julai) dan Paris Saint German (30 Julai). Peminat United sudah tentu tidak sabar untuk menyaksikan kelibat Memphis Depay, Matteo Darmian, Bastian Schweinsteiger dan Morgan Schneiderlin dalam barisan utama nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Sah] Bastian Schweinsteiger, Morgan Schneiderlin, Matteo Darmian Milik Manchester United 2015/2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

BAHANG EPL SEMAKIN TERASA



Berita gembira untuk semua peminat kelab Manchester United!! 3 lagi pemain baru bakal mewarnai kancah Liga Perdana Inggeris bersama United. Selepas pembelian awal Memphis Depay di penghujung musim lalu, Louis Van Gaal membawa masuk Matteo Darmian, Bastian Schweinsteiger dan Morgan Scheneiderlin ke Old Trafford untuk memperkuatkan skuad sedia ada.



Kali ini semua pembelian berjaya dimuktamadkan sebelum mereka berlepas ke Amerika Syarikat untuk siri jelajah perlawanan pemanas badan dan International Champions Cup 2015. Akhirnya United bakal mempunyai gandingan barisan tengah antara yang terkuat dalam EPL selepas pemergian Roy Keane dan Paul Scholes. Pengalaman Bastian dan komitmen Schneiderlin membolehkan United mengawal bola dan bertahan lebih baik.



Matteo Darmian akan menggantikan tempat Rafael dan Valencia yang terpaksa beraksi di bek kanan hampir keseluruhan musim lepas. Kemampuan Darmian untuk bertahan dan menyerang akan mengembalikan kegemilangan lagenda Gary Neville. Tahniah United kerana bersiap awal untuk musim yang penuh mencabar nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Online Malaysia vs Liverpool 24 Julai 2015 Friendly

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

HARGA BERMULA RM 58

HARGA TIKET MALAYSIA VS LIVERPOOL 2015 ONLINE


Kelab bola sepak EPL, Liverpool bakal hadir ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan terakhir Asia Tour dengan pasukan pilihan Harimau Malaya pada 24 Julai depan. Pertembungan 'sengit' ini akan berlangsung pada jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.



Anak buah Dollah Salleh yang dikecam hebat ketika tewas 0-6 kepada Palestin dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2019 tempoh hari bakal berdepan tugas berat untuk menahan asakan pemain-pemain hebat seperti Sturridge, Adam Lallana, Henderson, Firminho dan ramai lagi.



Peminat bola sepak tempatan dan kelab Liverpool FC boleh mendapatkan tiket awal secara atas talian di www.tickethotline.com.my sekarang! Harga tiket bermula dari RM 58 hingga RM 428. Perlawanan Malaysia vs Liverpool sekadar perlawanan persahabatan dan tiada kesan pada ranking pasukan negara. FAM memang terbaik!!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pemain Pilihan Malaysia vs Liverpool 24 Julai 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

GILIRAN LIVERPOOL UJI HARIMAU MALAYA


LIVE : Malaysia XI vs Liverpool FC 24.7.2015 [Klik]

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai pasukan pilihan Malaysia yang akan menentang kelab elit Liga Perdana Inggeris, Liverpool pada 24 Julai 2015. Seperti sebelum ini ketika menentang Tottenham, 5 pemain import akan diturunkan untuk memperkuatkan barisan kebangsaan. Maklumlah pasukan negara baru saja dibelasah 0-6 oleh Palestin  tempoh hari.



Liverpool dalam siri jelajah Asia untuk perlawanan pemanas badan sebelum bermula kempen Liga Perdana Inggeris bulan depan. Malaysia merupakan destinasi terakhir sebelum mereka pulang ke England.



Peminat Liverpool di negara ini boleh mendapatkan tiket perlawanan di laman web ticketpro. Beberapa muka baru yang dibawa masuk turut sama menyertai siri jelajah itu nanti. Mampukah Malaysia dengan bantuan awang import mengekang asakan anak buah Brendan Rodgers??

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

KEPUTUSAN AKHIR JUARA COPA AMERICA 2015 | CHILE

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

ARGENTINA KECEWA LAGI


Keputusan penuh Copa America 2015 [Klik]

Sejarah besar terlakar di Stadium Santiago sebentar tadi apabila Chile yang juga bertindak selaku tuan rumah dinobatkan selaku juara Piala Copa America 2015! Alexis Sanchez menjadi wira negaranya apabila menyudahkan sepakan penentuan penalti dengan penuh bergaya menewaskan Romero.


Perlawanan agak hambar dengan insiden kecederaan Di Maria ketika permainan baru memasuki minit ke-29 mengubah rentak permainan Argentina. Messi yang dikawal ketat tiada ruang untuk merencanakan gerakan. Kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat 90 minit apabila peluang keemasan disia-siakan Higuain dalam masa kecederaan.



Masuk masa tambahan 30 minit kedua pasukan bermain dengan lebih hati-hati. Peluang terbaik diperolehi Alexis yang mengambil kesempatan di atas kesilapan Mascherano. Rembatan penyerang Arsenal itu bagaimanapun sedikit tersasar. Tiada jaringan dan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung FINAL COPA AMERICA 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

ARGENTINA VS CHILE


Keputusan Lengkap Perlawanan Copa America 2015 [Klik]

Argentina bakal menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan Copa America 2015 yang juga merupakan edisi ke-44 hujung minggu ini. Diperkuatkan dengan pemain handalan seperti Messi (Barcelona), Aguero (Manchester City) dan Di Maria (Manchester United), mereka mempunyai peluang cerah menjuarainya sekaligus mengubati kekecewaan di final Piala Dunia 2014.



Dalam pusingan separuh akhir Argentina membelasah Paraguay 6-1 dengan Di Maria kembali menunjukkan taring sebenar beliau yang hilang ketika berada di England. Sebelum ini di peringkat kumpulan kedua pasukan seri 2-2 setelah Argentina mendahului 2-0 pada satu ketika. Chile yang menewaskan Peru akan mengharapkan pemain utama mereka Alexis Sanchez untuk mencipta peluang dan menjaringkan gol.



Kali terakhir Argentina muncul juara Copa America pada tahun 1993 dan layak ke final dalam edisi 2004 dan 2007 sebelum tewas kepada musuh tradisi Brazil. Chile pula bakal melakar sejarah jika menang dalam perlawanan akhir nanti. Rekod pertemuan jelas memihak kepada Argentina tetapi kelebihan Chile beraksi di hadapan penyokong sendiri mungkin akan menjadikan saingan lebih sengit.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Perlawanan Liga Hoki Dunia 2015 Malaysia vs India di Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

SUKU AKHIR LIGA HOKI DUNIA 2015



Keputusan akhir : Malaysia 2-3 India

Buat pertama kali Blog Kafe Que akan memberi liputan berkaitan sukan hoki. Kebiasaan blog ini dipenuhi dengan artikel bola sepak dan badminton kerana itu adalah kepakaran sejak sekian lama. Tetapi atas sebab sokongan moral, kami akan memberi yang terbaik untuk sukan Malaysia.



Awal pagi esok jam 00.00 am pasukan negara akan menentang juara Asia, India dalam saingan suku akhir kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2015. Ini merupakan perlawanan penting buat negara di mana dengan kemenangan Malaysia akan layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil.



Speedy Tigers perlu menggunakan peluang terbaik ini untuk layak secara automatik. Setakat ini hanya 4 pasukan sudah mengesahkan tempat di Olimpik iaitu India, Jerman, Belanda dan Argentina. Kalai terakhir Malaysia layak ke Olimpik pada tahun 2000 di Sydney. Rekod pertemuan dua perlawanan terakhir nampak seimbang masing-masing dengan 1 kemenangan. Peluang masih terbuka untuk pasukan negara untuk membuktikan sesuatu. Ayuh Malaysia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Separuh Akhir COPA AMERICA 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

BRAZIL TERKANDAS



Brazil gagal menepati ramalan layak ke pusingan separuh akhir Copa America 2015. Tanpa kapten mereka Neymar, Brazil kurang menyengat di bahagian serangan. Juara bertahan Uruguay juga menerima nasib yang sama apabila terpaksa bermain 9 orang sebelum tewas 0-1 kepada pasukan tuan rumah Chile.



Argentina kini menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan Copa America 2015 setelah layak menerusi sepakan penalti yang penuh mendebarkan. Walaupun menguasai permainan, ketangkasan penjaga gol Colombia dan Arsenal David Ospina menepis percubaan demi percubaan berbahaya.



Di separuh akhir nanti, Chile akan berdepan Peru manakala Argentina menentang wakil kumpulan yang sama iaitu Paraguay. Pusingan separuh akhir akan bermula pagi esok. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Perpindahan Terkini Pemain Bola Sepak Musim 2015/2016 Paling Mahal

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

2015 TRANSFER WINDOW

gosip perpindahan pemain epl 2015-16, senarai jual beli pemain arsenal bagi musim 2015/2016


Musim 2014/2015 yang telah berakhir menyaksikan Barcelona berjaya meraih 3 trofi utama iaitu La Liga, UEFA Champions League dan Copa Del Rey. Gandingan 3 serangkai mereka Messi, Neymar dan Suarez cukup berbisa dan bakal menguasai bola sepak Eropah untuk 3 hingga 5 tahun nanti.



Keputusan Luis Suarez meninggalkan kelab Liverpool nampak tepat sekali kerana hanya semusim sahaja beliau sudah merangkal 3 trofi utama. Angel Di Maria berpindah dari kelab juara Eropah 10 kali Real Madrid dengan rekod perpindahan termahal EPL untuk bermain di Manchester United yang tiada komitmen UCL. Namun permulaan yang baik gagal diteruskan dan menyaksikan beliau berada di bangku simpanan sahaja.



Radamel Falcao yang dipinjam dari AS Monaco dengan bayaran gaji tinggi juga gagal menyerlah dan pulang semula ke kelab asalnya walaupun Manchester United mempunyai peluang untuk membeli pemain tersebut.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Suku Akhir COPA AMERICA 2015 | Senarai Pasukan Yang Layak

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

BRAZIL DAN ARGENTINA TEPATI RAMALAN




Brazil dan Argentina masing-masing menepati ramalan layak ke suku akhir Copa America 2015 dengan menjuarai kumpulan B dan C. Chile selaku tuan rumah juga layak setelah menjuarai kumpulan A. Dari 12 negara mengambil bahagian hanya 8 pasukan yang terpilih untuk meneruskan saingan dari 3 kumpulan.



Format pemilihan ke suku akhir di Copa Amerika 2015 sedikit berbeza dengan pertandingan lain yang anda pernah lihat. Secara logiknya, dari 3 kumpulan hanya 6 pasukan yang akan layak secara automatik dengan syarat mereka menduduki 2 tempat teratas. Baki 2 pasukan terpaksa ditentukan dengan kaedah lain.



3 pasukan terbaik di tempat ke-3 setiap kumpulan akan dikumpul dalam liga berasingan untuk menentukan 2 pasukan teratas yang akan layak ke pusingan suku akhir Copa America 2015. Pasukan yang menamatkan saingan di tempat tercorot pula akan tersingkir secara automatik.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Malaysia vs Palestin 16 Jun 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

HARIMAU PERLU BANGKIT


Keputusan akhir : Malaysia 0-6 Palestin


Keputusan seri 1-1 dengan Timor Leste minggu lepas memberi tamparan hebat untuk skuad Malaysia. Sudahlah beraksi di tempat sendiri, tiba-tiba dengan permainan berbaki 2 minit masa kecederaan pintu gol negara dibolosi. Semuanya gara-gara hilang tumpuan di saat akhir.



Kelebihan 1 gol sebenarnya belum cukup selesa kerana dalam bola sepak apa-apa boleh berlaku. Tapi yang peliknya pasukan kita tidak pernah belajar dari kesilapan. Peluang yang banyak disia-siakan. Lawan hanya perlu satu peluang untuk dijaringkan dan mereka sudahkan dengan sempurna untuk mencuri 1 mata berharga dibawa pulang.



Malam ini tugas Malaysia lebih berat. Palestin pernah menewaskan Malaysia 2-0 pada tahun 2013 walaupun negara mereka ketika itu sedang bergelut dengan peperangan. Apa lagi yang boleh ditunjukkan oleh pasukan Malaysia? Seri atau kalah?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung FINAL Badminton Individu Sukan SEA 2015 | Pemain Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

2 EMAS DALAM TANGAN



Kejutan besar terjadi di gelanggang badminton semalam apabila kedua-dua perseorangan lelaki negara mara ke final seterusnya memastikan kutipan emas dalam acara tersebut. Chong Wei Feng menewaskan pemain Thailand dalam 3 set sebelum Mohamad Arif menumbangkan wakil tuan rumah dengan straight set.



Dalam acara beregu wanita, Vivian dan Woon menepati ramalan ke final dan mereka ditemani rakan seperjuangan Amelia dan Soong untuk menentukan pingat emas dan perak. Malaysia berpeluang meraih emas ketiga jika beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying berjaya mengetepikan cabaran beregu Indonesia.



Ayuh rakyat Malaysia kita beri sokongan padu kepada pemain kita walaupun 2 emas sudah dalam genggaman. Tahniah kontinjen badminton negara yang berjaya melepasi kutipan pingat dalam Sukan SEA yang lalu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Final Bola Sepak Sukan SEA 2015 | Thailand vs Myanmar

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

THAILAND PILIHAN


Keputusan akhir : Thailand 3-0 Myanmar

Thailand malam ini turun selaku juara bertahan ibu segala pingat emas Sukan SEA dalam acara bola sepak. Kejayaan membelasah Indonesia 5-0 di separuh akhir memberi keyakinan kepada mereka. Myanmar yang menewaskan Vietnam 2-1 dijangka berdepan tugas sukar menyekat kemaraan Thailand.
Pada perlawanan penentuan tempat ke-3/4 petang tadi, Vietnam membelasah Indonesia 5-0 untuk menamatkan saingan dengan pingat gangsa. Pasukan Malaysia pula hanya berjaya menamatkan saingan di peringkat kumpulan. Tuan rumah Singapura juga menerima nasib yang sama walaupun sudah mengatur jadual memihak kepada mereka.



Dari rekod 5 pertemuan terakhir, pasukan remaja Thailand belum pernah tewas dengan Myanmar. Jika dilihat dari corak  permainan Thailand, hanya mereka yang mampu memberi saingan kepada kuasa besar Asia seperti Jepun, Korea Selatan dan Iran.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Final Badminton Sukan SEA 2015 | Malaysia vs Thailand

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

PERAK DALAM TANGAN


Keputusan akhir : Malaysia 0-3 Thailand

Kejutan pasukan wanita negara menewaskan pasukan pilihan Indonesia 3-1 di pusingan separuh akhir memberi khabar gembira dari kem badminton Malaysia. Kecemerlangan itu bagaimanapun gagal disusuli oleh pasukan lelaki yang tewas 2-3 kepada musuh yang sama semalam. Hari ini mereka bakal berdepan satu lagi tugas berat menentang Thailand yang semakin menunjukkan peningkatan.



Persorangan wanita pertama Thailand, Ratchanok Intanon kini menduduki ranking ke-5 dunia. Ini sedikit menyukarkan pemain kita untuk mencuri mata permulaan. Harapan kita menerusi acara beregu Vivian Kah Mun/Woon Khe Wei untuk menyamakan kedudukan. Seterusnya perlawanan agak seimbang dan pasukan mana lebih bersemangat dan mampu menangani tekanan ada kelebihan.



Apa yang agak menarik mengenai pasukan Malaysia adalah perseorangan ketiga negara, Goh Jin Wei yang hanya berusia 15 tahun. Beliau sebelum ini membantu pasukan negara menewaskan Vietnam 3-2 dengan memenangi perlawanan 3 set. Harapan besar seluruh rakyat Malaysia untuk melihat pasukan negara merangkul pingat emas pertama acara badminton hari ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Malaysia vs Laos Sukan SEA 11 Jun 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

SASAR TEMPAT KETIGA


Keputusan akhir : Malaysia 3-1 Laos

Pasukan Harimau Muda bakal menamatkan cabaran bola sepak di Sukan SEA 2015 malam ini. Setelah laluan ke separuh akhir tertutup, kini hanya tempat ketiga yang menjadi rebutan antara Malaysia dan Laos. Ketika ini kedua pasukan terikat dengan 6 mata hasil 2 kemenangan dan 2 kekalahan. Tetapi Malaysia memiliki kelebihan berdasarkan perbezaan jaringan.



Ini bermakna untuk kekal berada di tempat ke-3, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 1 mata atau seri dengan Laos. Jika tewas, kita akan jatuh ke tangga ke-4 kumpulan B. Perlawanan malam ini hanya melibatkan maruah pasukan Malaysia yang gagal menyaingi pencapaian di Myanmar 2013. Beralih ke kumpulan A, Myanmar mengesahkan status selaku juara kumpulan. Singapura dan Indonesia akan menentukan 1 lagi slot ke separuh akhir serentak dengan perlawanan Malaysia vs Laos.



Rekod pertemuan sebelum ini, pasukan Malaysia B23 pernah menang 2 kali ke atas Laos B23. Mungkin dengan status pasukan pilihan meletakkan para pemain dalam keadaan tertekan. Apa yang penting mereka harus bermain sesuai dengan keadaan dan taktik. Kawalan bola lebih kemas dan penyudah yang tajam mampu menghasilkan kemenangan!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Terkini Piala Copa Amerika 2015 Waktu Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

BRAZIL & ARGENTINA SIAP SEDIA



Demam bola sepak kembali lagi. Kejohanan Copa Amerika bakal bermula awal pagi esok. Pasukan manakah menjadi pilihan anda? Argentina, Brazil, Colombia, Uruguay atau Jamaica? Buat mereka yang tidak pernah mendengar tentang Copa Amerika, di sini ada sedikit info untuk anda. Copa America 2015 merupakan pertandingan bola sepak terbesar benua Amerika Selatan. Ianya membabitkan 12 negara yang mana 10 berasal dari benua Amerika Latin itu manakala 2 lagi menjadi pasukan jemputan.



Chile telah dipilih selaku penganjur untuk edisi ke-44 ini yang akan berlangsung pada 12 Jun hingga 5 Julai 2015. Uruguay turun selaku penyandang juara dan berita kurang enak didengar mengenai pemain terbaik kejohanan 2011, Luis Suarez tidak akan beraksi ekoran masih lagi menjalani penggantungan perlawanan kerana kesalahan menggigit pemain Italy di Piala Dunia 2014.



Melihat kepada prestasi semasa, dua kuasa besar Amerika Selatan Argentina dan Brazil menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai Copa America 2015. Kedua-dua negara itu bakal diketuai penyerang Barcelona Lionel Messi dan Neymar. Negara manakah bakal juara?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Perlawanan Badminton Malaysia di Sukan SEA 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

HARAPAN EMAS



Masalah demi masalah yang melanda kem badminton negara memperlihatkan kemerosotan sejak akhir-akhir ini. Dek kerana itu tiada harapan diletakkan kepada pasukan badminton negara untuk meraih banyak emas dalam edisi Sukan SEA 2015. Dari 7 kategori yang dipertandingkan harapan mungkin tertumpu pada kategori berpasukan lelaki dan beregu lelaki yang diperkuatkan oleh pemain no.1 negara Datuk Lee Chong Wei.



Di samping itu juga, harapan negara bergantuing kepada beregu wanita selaku pemegang pingat emas Sukan SEA 2013 dan beregu campuran yang disasarkan layak ke final untuk cuba merampas emas dari pasukan Indonesia. Jumlah 4 pingat emas dilihat cukup baik jika dibandingkan dengan pencapaian 1 pingat emas ketika di Myanmar.



Namun begitu, pemain Malaysia harus berhati-hati dengan pencabar utama Indonesia, Thailand dan Singapura yang juga mempunyai kekuatan masing-masing. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Malaysia vs Timor Leste 11 Jun 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

BURU 3 MATA


Keputusan akhir : Malaysia 1-1 Timor Leste

Misi Harimau Malaya bermula malam ini. Timor Leste bakal menjadi penanda aras sejauh mana kemampuan kita mengharungi cabaran kumpulan A bersama kuasa besar Asia. UAE, Arab Saudi dan Palestin dijangka memberi tentangan hebat dalam usaha Malaysia untuk cuba mendapatkan tiket automatik ke Piala Asia 2019.



Malaysia ketika ini berada di bawah Timor Leste mengikut ranking terbaru FIFA. Jika kita menang, peluang untuk melonjak ke ranking lebih tinggi agak cerah. Tambahan pula perlawanan malam ini akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kelebihan penyokong sendiri mungkin memberi sedikit kelebihan dengan syarat semua pemain memberi fokus 100%.



Tiada rekod pertemuan sebelum ini antara skuad senior Malaysia dan Timor Leste. Cuma perlawanan skuad bawah 23 tahun di Sukan SEA tempoh hari memihak kepada Malaysia. Dollah Salleh pasti mahu menajamkan bahagian serangan yang buntu ketika perlawanan persahabatan dengan Hong Kong yang berakhir 0-0.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/